Perkongsian dari Seri Ara Bela di laman facebooknya, persediaan buat wanita apabila berkahwin perlu siapkan diri tentang banyak kemungkinan yang bakal berlaku. Sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingin sediakan payung sebelum hujan. Ikuti perkongsian wanita cekal ini.

Tadi baru jer kak tim terbaca pasal isu2 rumah tangga kes penceraian dan distress para isteri sehingga hilang pertimbangan sampai sanggup bunuh anak buatkan kak tim takut.

 

Ada pulak yg suka post pasal indahnya berumah tangga macam bulan dan bintang. Namun kebanyakkannya hanya menceritakan yang indah2 sahaja. Sedangkan setiap perkahwinan itu pasti ada pahit manisnya juga.

 

Kak tim kehilangan husband ketika anak2 masih kecil dan tak tahu apa2. Diorang hanya dapat rasa kasih sayang seorang ayah sekejap saja.Sesungguhnya itulah perancangan Allah Taala…

 

Sayu hati bila dengar anak-anak selalu tanyakan pasal ayah diaorg.Hampir setiap hari kak tim ditanya “Mama….bila kita nak jmpa ayah? Chacha rindu sangat dekat ayah” bila soalan ni ditanya, kak tim terus rasa sebak. Anak-anak ni masih kecil dan tak tahu apa-apa pun. Awal-awal memang kak tim sendiri jujur akui hampir setiap hari mengalir air mata memikirkan nasib anak-anak.

 

Bukan mudah nak galas tanggungjawab ibu dan ayah dalam suatu masa. Tapi alhamdulillah, walaupun bergelar ibu dan ayah kak tim dapat mengharungi masa-masa bersama anak ini dengan baik walaupun ketiadaan suami.

 

Untuk adik-adik dan yang sebaya dengan kak tim yang baru mendirikan rumah tangga atau berkeinginan untuk berkahwin harus ingat 5 perkara ini:

1. Jangan Bergantung Sepenuhnya Pada Suami
Bagi kak tim, walaupun tugas mencari nafkah tu tugas suami. Namun sebagai seorang isteri kita harus ada sifat empati. Kalau boleh bantu sama2 cari nafkah, dan buat persediaan sendiri kalau apa2 terjadi di masa depan. Jika ada apa2 terjadi kepada suami kita(minta dijauhkan) kita ada bekalan untuk membesarkan anak2.

Punca ramai ibu tunggal yang gagal meneruskan kehidupan selepas ditinggal suami atau kematian suami adalah mereka sebelum ini terlalu bergantung pada suami sehinggakan tiada persediaan di hari mendatang.

IKLAN

Alhamdulillah kak tim sendiri selepas pemergian husband, mak ayah ,mak mertua abang2 ipar adik beradik dan kawan2 yang sentiasa memberi semangat sehingga kak tim ada bisnes kak tim sendiri iaitu Seri Ara Bela Beauty. Alhamdulillah, hingga kini dah lebih 300 unit terjual atas usaha kak tim dan team Seri Ara Bela.

2. Pastikan Suami, Diri Sendiri Dan Anak-anak  Ada Perlindungan Insurans Atau Takaful
Yang ni paling kak tim nak tekankan, kak tim bukan agent insurans atau takaful so korang jangan pulak pm kak tim tanya mana yang terbaik. Pastikan korang survey betul2 k, jangan terpedaya dengan janji2 manis agent. Pilih yang betul2 beri manfaat pada diri dan keluarga jika terjadi apa2.

IKLAN

3. Kalau Bergaduh Jangan Terbawa-bawa
Lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pergaduhan dan perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit kan?
Tapi kak tim nak pesan, kalau ada berselisih atau bergaduh tu, janganlah terbawa2. Kalau boleh sebagai seorang isteri, kita kena pandai lihat keadaan dan waktu yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kalau sedang bertengkar dalam kereta atau di tempat awam, kalau boleh jangan melampau2. Tunggu dah balik, cari lah cara untuk berbincang dengan husband. Yela, cuba awak fikir suami tengah drive dan awak bergaduh. Tak ke bahayakan semua penumpang kalau driver tak fokus?

IKLAN

4. Tunjuk Tauladan Dan Contoh Yang Baik Pada Anak-anak
Sebagai seorang isteri dan ibu, pasti kita nk tengok anak2 membesar jadi insan yang beragama dan berperibadi baik kan? Jadi kita sendiri harus jadi contoh dan tunjuk cara yang betul pada mereka. Apabila solat, ajak anak2 sama solat supaya mereka akan terbiasa lama2 nanti. Jika ada perselisihan faham sesama pasangan, selesaikan di bilik atau luar dan jangan sesekali bertengkar didepan anak2.

5. Minta Maaf Pada Suami Sebelum Tidur
Kadangkala kita ada terguris perasaan suami dan kita tak perasan pun, so kak tim sarankan korang minta maaf sebelum tidur, walaupun korang rasa tak ada salah yang korang buat. Ego seorang lelaki ini tinggi, sama juga dengan perempuan. Tapi hati mereka senang cair bila orang yang dia sayang melakukan perkara sebegitu.

Akhir sekali, jagalah rumah tangga kalian supaya berkekalan hingga akhir hayat. Tiada siapa yang boleh memutuskan ikatan itu selain dari ajal Allah Taala saja. Suami adalah pelindung kita, orang yang bakal bimbing kita ke syurga.

 

Selagi kalian ada masa dan peluang ni, gunakan sebaiknya jangan bila sudah tiada tiada guna menangis air mata darah sekalipun.

 

Dan kak tim nak mintak jasa baik kalian sedekahkan Al-Fatihah pada arwah suami kak tim Noorazhar Bin Mohamed Nurdin(3 tahun 3 bln 1 hari) supaya rohnya dicucuri rahmat.

 

(Sayang semoga kita bertemu di jannah..i akan menjaga amanah yg ALLAH berikan kepada kita agar menjadi anak-anak yang soleh&solehah AFREAL IDRIS ,AFRIEYAN IDRIS,AFRIENA IRDINA & AFRIESSA IRDINA.)
Share kalau rasa bermanfaat.

Sediakan Payung Sebelum Hujan, Ini 5 Perkara Penting Buat Bakal Pengantin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI