• 9.4K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    9.4K
    Shares

Perlu diketahui bahawa, isteri yang membebel sudah pasti ada sebabnya, mereka bukan sengaja mahu membebel, tapi sebagai tanda mereka sayang kita, mereka ambil berat, mereka meluahkan perasaan, sebagai tanda protes dan lain-lain lagi.

Inilah keistimewaan wanita. Perkongsian  Khairul Amir melayan isterinya Farhana Ismail, cukup buat kita mengerti, pentingnya si isteri ini buat dirinya. Sekuat mana pun dia membebel, kalau suami dah setia, dialah satu-satunya isteri pertama dan terakhir.

 

Khas buat isteriku Farhana Ismail.

Ermm berbini sorang ni pun ingat senang ka. Ada sorang dah macam ada 10 bini riuh rumah. Tambah-tambah jenis kuat merajuk macam bini aku ni. Serius kadang-kadang rasa macam hidup dengan manusia ka taliban ni.

Aku terbuang sambai belacan tumbuk dia dalam peti ais pun dia merajuk tak mau makan nasik. Nak tunjuk rajin basuh peti ais pun salah ka???? Haish.. haish.. hari-hari merajuk. Aku cepuk sekali baru dia tau. Nasib baik sayang kalau dak lama dah aku jahit mulut herot dia tu.

Tapi seburuk mana pun perangai mulut capoi, mulut hinggaq, mulut macam jubox ayam berak tak reti basuh tu.. Itu yang buat aku rindu hari-hari. Kluaq p beli gula tepi rumah pun dah rasa rindu teramat sangat. Tu diaaaaa tak sabaq balik rumah wei haha.

Sampai ja depan pintu rumah dia beletiaq lagi.. brettt,, brett.. silap beli gula. Aku pi beli gula pasiaq dia suruh beli gula-gula kat anak.! Hishh macam-macam.. Nasib la bini sorang kalau 10 aku tak taw laaa macamana nak tahan telinga depa punya bletiaq.. Kalau ada jawatan kosong jadi DJ radio aku suruh dia p keja dah.

Tapi dalam bletiaq-bletiaq dia pun empa tak taw kesusahan yang pernah kami tempoh bersama. Waktu aku susah dulu masa baru kahwin kami ni nak ada RM10 dalam poket hari-hari pun susah. Jangan kata soping nak beli spenda baru pun jenuh kumpoi duit syiling.

Tu belum time ada anak lagi. Part susu anak tu membuatkan bini aku betui-betui nak bantu aku. Dia nak yang terbaik untuk kami semua.

Masa mula-mula dia buat online dulu aku bagi RM200 ja. Modai dari situ la dia rolling juai barang siam. Tak sangka bole jadi sampai 20k lepas tu buat produk sendiri terus kepada 200k hinggalah ke angka nilai juta ria yang pertama.

Ya Allah besar sungguh rahmat Mu. Tiap-tiap malam dia bersengkang mata aku tengok dia duk picit hp sampai pagi buta. Kalau laki yang jenis jeles silap-silap kena baling da hp tu. Tak pun bangun-bangun terkejut punya pasai sampai terajang jatuh kateyy.

Jaga-jaga dari tidoq nampak rambut panjang berjuntai ja kat cahaya putih. Kena hari pakai baju kelawaq putih lagi la terkejut. Main p lah janji mulut tak bletiaq macam radio sudah.

Bila bini aku mula bisnes online makin rancak kesian plak kat dia sapa nak tolong so aku pun berenti keja sebab tengok masyukkkkk.. So fulltime kami buat bisnes online. Buat kerja sekali ngan bini tensen wei. Klah lagi macam keja makan gji. Kalau majikan aku khojoh dengan batang penyapu dah mulut tu…haha

Bayangkan kalau bini aku tak stat buat bisnes online. Taktaw la macam mana kedaan ekonomi kami lani. Tak dak la sehebat orang lain. Tp cukup la untuk kami hidup anak beranak.. Tah-tah dok panjat bumbung rumah orang lagi duk pasang kabel, bancuh simen, buat rumah. (AKU MEMANG MINAT BENDA-BENDA ni buat rumah buat landskap. Sampai ke hari ni aku masih panjat bumbung tapi rumah aku la. Dari wayering sampai la pembinaan aku buat sendri. Biasa la kedekut demi nak berjaya.
Isteriku Pembakar Semangat
Kiranya 100% aku renovate rumah aku hasil dari air tangan aku sendiri. Kadang-kadang bila terlampau main henpon buat aku rindu ketagih sangat nak main simen macam dulu-dulu. Besaq sungguh rezeki anak-anak dengan bini aku ni.

Tak sampai 2 tahun hidup kami bertukaq 100% dari dulu. Kalau dulu masa jatuh pernah dihina. Kawan-kawan hat keja gobemen duk kutuk aku keja tak tetap keja kontrak tapi lani kami dah buktikan kami pun bole berjaya. Asalkan hang usaha. Yang penting BINI KU PEMBAKAR SEMANGAT AKU UNTUK KAMI LEBIH BERUSAHA..demi anak-anak n company.

Kalau tak dak bini aku sapa la yang nak nasihat aku. Nak ajaq bisnes online kat aku. Kalau tak dak dia sapa yang nak gerak aku subuh hari-hari. Sapa nak peluk aku malam-malam bagi semangat suruh sabaq n yakin dengan rezeki Allah.

Terima kasih sayang sebab bagi abang anak-anak yang comel lagi manis kuat beli mainan..

Hargailah selagi ada. Motor keta tolak tepi dulu nanti depa jeles. Pastu merajuk. Sesungguhnya bini kita la sumber kekuatan kita tulang belakang tulang kaki tulang ayam sedap dimakan begitu saja.

Lagi satu belanja lah bini gunalah duit gaji kita tinggal separuh pun tak pa janji bini bahagia. Senyum gembira kerana belanja yang paling terbaik adalah berbelanja kepada isteri. Itu juga dianggap bersedekah. Maka dengan itu hang sedekah la banyak-banyak kat bini hang noh. hahaha gamak rasa dah pokai hampa pow balik bini hampa. Alaaa laki bini takkan berkira kot…

Kita suami biaq tak kaya pun tak pa janji boleh buat bini bahagia wang bukan segalanya bRo!

Tapi kalau ada RM10 hargai la dia RM8 untuk kita RM2 pun dah cukup.

Tahukah anda bini ni hang tak beli barang mahai pun dia tetap akan suka even benda tu cekelat hack sebijik pun tapi kalau hang bagi seperais kat dia taraa sayang abg beli sekelat kat sayang. tobatt dia happy. Tambah-tambah kalau guna duit laki. Laki dia suka..duit depa… depa simpan rapat. amboiiii amboiiii nyanyi skit.

Satu lagi mohon jangan kecam habang sebab habang masih dalam mood orang baru bernikoh. Nak dekat anebesery kami dah oi…kira terobekk lani… Nak baca hang baca la tak mau sudah. Janji bini aku baca k bye. Mohon biniku kurangkan beletiaq di pagi hari sebelum gosok gigi (busuk gigi buruk)

Nanti ada jawatan kosong DJ radio empa tolong habaq sat weeiiiiii aku nak hantaq bini p intebiuuuu…..200% cukup syarat!!!!!!k bye!!!

 

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: