• 110
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    110
    Shares

Siapa tidak mengenali dengan Seniwati Dato’ Dr. Sarimah Ahmad. Sejak dari dulu hingga kini, wajah beliau kekal jelita malah tidak jemu mata memandang. Biarpun sudah meniti usia, beliau cantik pada usianya.

Jika dilihat pada wajah dan fizikalnya, langsung tidak nampak usianya. Buat bakal pengantin, anda ‘wajib’ tahu apa rahsia awet muda beliau dan amalkannya.

Antara tip dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah:

1. BANGUN TIDUR DAN MANDI SEBELUM SUBUH

Seawal usia empat tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh. Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi, beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum menunaikan solat Subuh.

2. MELAKUKAN SENAMAN

Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur, beliau melakukan senaman regangan selama 30 mini, selain melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.

3. AMALKAN MAKANAN SUNNAH

Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan lima orang cicit, beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu sudu extra virgin olive oil yang dicampurkan dengan habbatus sauda, satu sudu madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.

4. MAKAN MASAKAN TANPA MINYAK

Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.

5. MAKAN BUAH-BUAHAN DAN ULAM-ULAMAN

Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.

6. ELAK TIDUR DALAM BILIK BERHAWA DINGIN

Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

7. SETIAP PERBUATAN MESTI IKHLAS

Akhir sekali, tip yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mestilah dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah SWT.

Tip yang beliau berikan ini tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. Oleh itu, jom sama-sama kita amalkan agar sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.

Sumber: tvceramah.com

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: