Bila putus cinta, ada masa kita rasa sakit, ada masa kita rasa down dan pelbagai perasaan negatif datang. Tapi cara menghilangkannya berlainan buat setiap individu, Di Rome, akibat putus cinta dengan kekasih lamanya, wanita ini mengambil keputusan berkahwin dengan dirinya sendiri pada ulang tahunnya yang ke-40 tahun. Baginya mungkin ini cara terbaik untuk mencintai dirinya dahulu sebelum mencintai orang lain.

Memetik artikel dari Sinar Harian,

Seorang wanita Itali mengahwini dirinya sendiri dalam satu upacara lengkap dengan gaun perkahwinan, kek tiga tingkat, pengapit dan dihadiri 70 orang tetamu.

“Saya sangat percaya, setiap daripada kita mesti mencintai diri sendiri terlebih dahulu,” kata Laura Mesi seorang pelatih kecerdasan berusia 40 tahun.

Perkahwinan seumpama ini digelar ‘sologomy’ di seluruh dunia.

IKLAN

Laura berkata, idea mahu berkahwin dengan diri sendiri datang tahun lalu selepas hubungan cintanya selama 12 tahun berakhir.

“Saya memberitahu rakan dan keluarga, jika saya tidak menemui pasangan yang sesuai pada ulang tahun kelahiran ke 40, saya akan berkahwin dengan diri sendiri,” katanya kepada akhbar La Repubblica.

Kata Laura, dia adalah wanita Itali pertama yang melakukan perkahwinan demikian.

Di Kanada sebuah agensi dikenali sebagai ‘Marry Yourself Vancouver’ ditubuhkan setahun lalu ekoran pertambahan jumlah orang bujang. – BBC

IKLAN

 

Selepas Hubungan Cinta 12 Tahun Berakhir, Wanita Ini Nekad Kahwini Diri Sendiri

IKLAN

Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik. … Ya, putus cinta itu sangat perit dan sakit. Ada hikmahnya di sebalik yang berlaku. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya ditemukan jodoh yang lebih baik.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI