Bila bibir yang menguntum senyum hitam umpama mereka yang menghisap rokok, terasa diri perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan bibir yang merah seperti sebelumnya. Warna bibir yang sihat nampak segar, lembap dan berwarna merah. Namun, beberapa orang memiliki bibir dengan warna hitam atau lebih gelap.

Terdapat banyak perkara yang menyebabkan warna bibir berubah menjadi lebih gelap. Antaranya kerana radang pada kulit yang dapat menyebabkan perubahan warna pada bibir. Bibir kering juga kerana tidak adanya kelenjar minyak pada bibir.

Anda perlu tahu terlebih dahulu apa yang menyebabkan bibir berwarna hitam. Baru anda dapat memilih cara mengatasi yang sesuai agar hasil yang didapati juga lebih memuaskan.

1. Minyak almond, kunyit dan lemon

Lemon memiliki kandungan yang dapat mencerahkan kulit termasuk bibir. Jadi, anda dapat mencampurkannya dengan kunyit yang mengandungi yang dapat membantu pigmen warna pada bibir untuk berubah. Dengan adanya minyak almond ia mampu melembapkan bibir dan memberi zat daripada vitamin E yang terkandung di dalamnya.

Cara membuatnya:
1. Campurkan perahan lemon 3 sudu makan, serbuk kunyit 2 sudu teh dan minyak almond 1 sudu makan.
2. Campur hingga menjadi pes dan sapukan pada bibir.
3. Biarkan sekitar 20 minit, bilas air biasa.

IKLAN

2. Madu dan mentega

Kandungan vitamin E pada mentega mampu mencerahkan bibir, namun anda dapat menggantinya dengan mentega. Sedangkan untuk madu, ia mengandungi antioksidan yang berupaya mencegah bibir kusam dan kering sebagai cara membuat hitam menjadi merah.

Cara membuatnya:
1. Campurkan madu 1 sudu makan dan mentega 1 sudu teh.
2. Sapukan campuran tersebut pada bibir sambil diurut.
3. Bersihkan pada pagi harinya.

3. Madu dan daun mint

Senangnya Nak Buat! Cuba 5 Resipi Mudah Untuk Bibir Hitam Kembali Merah Bak Delima

IKLAN

Daun mint berkhasiat untuk menghilangkan noda pada bibir sehingga warna bibir kelihatan lebih merah dan segar. Lakukan cara ini sebanyak dua kali sehari untuk hasil yang maksimum.

Cara membuatnya:
1. Campurkan madu 1 sudu makan dan mentega 1 sudu teh.
2. Sapukan campuran tersebut pada bibir sambil diurut.
3. Bersihkan pada pagi harinya.

IKLAN

4. Minyak kelapa

Senangnya Nak Buat! Cuba 5 Resipi Mudah Untuk Bibir Hitam Kembali Merah Bak Delima

Kandungan khasiat di dalam minyak kelapa mampu menjaga bibir tetap lembap dan sihat. Sebagai salah satu cara menghilangkan bibir hitam akibat rokok yang perlu dilakukan ialah menyapukannya di bibir pada siang hari dan malam hari.

5. Tomato

Tomato sering digunakan untuk menjaga kesihatan bibir, termasuk menghilangkan warna hitam pada bibir.

Cara membuatnya:
1. Potong nipis tomato.
2. Gosokkan pada bibir dengan memberikan urutan halus.
3. Bersihkan dengan air.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI