Salah satu perkara yang paling penting bagi setiap pengantin ialah dari segi solekan wajah. Juru mekap sememangnya memainkan peranan penting di hari bahagia bagi memastikan penampilan setiap pengantin kelihatan berseri dan menawan di hari perkahwinan.

Kebelakangan ini susuk juru mekap Laudya Cynthia Bella yang selamat bersatu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin mendapat banyak perhatian netizen. Bumiauw atau nama aslinya Mercia Dewi bukanlah orang baharu di dalam dunia rias wajah. Namanya sudah terkenal di kalangan dunia make up artist dan boleh dikira sebagai juru mekap senior di Indonesia.

Namun, siapakah sebenarnya Bumiauw., susuk juru mekap yang bertanggungjawab melakar wajah Bella. Di sebalik kekaguman netizen terhadap hasil kerja Bumiauw, timbul juga kritikan hebat tentang solekan pada wajah Bella di hari bahagianya. Dalam kritikan tersebut, netizen terutama peminatnya ada menyatakan yang mereka kecewa dengan solekan pada wajah Bella. Rata-rata mengatakan solekan Bella tampak tebal selain membuatkan wajahnya kelihatan berusia.

Pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan menyatakan pendapatnya mengenai kritikan diberi  oleh netizen terhadap solekan wajah Bella yang dikatakan tidak sesuai dengan pelakon itu. Menurut laporan Bintang.com, Ivan berkata, pencahayaan yang kurang ketika foto diambil merupakan salah satu fakor membuatkan solekan pada wajah Bella menjadi kurang menyerlah.

IKLAN

Walau bagaimanapun ia mungkin sekadar pendapat masing-masing. Tidak hanya Bella sahaja yang didandani oleh Bumiauw di hari bahagia mereka, ada ramai artis yang dirias oleh Bumiauw di hari perkahwinan mereka. Acha Septriasa dan Titi Rajo Bintang juga mendapat sentuhan keramat daripada air tangan Bumiauw.

Acha dirias menawan dengan riasan Minang dan Jawa. Bumiauw berhasil membuat penampilan Acha semakin berseri di hari perkahwinannya. Titi Rajo Bintang juga tampil sangat menawan dalam riasan Jawa.

IKLAN

Tidak cukup di situ. Bumiauw juga merupakan juru solek pilihan selebriti terkenal Indonesia. Bunga Citra Lestari (BCL), Maia Estianty, Marsha Timothy, Dian Sastrowardoyo, Gita Gutawa dan ramai lagi selebriti menggunakan khidmat juru mekap tersohor ini.

IKLAN

Jom ‘cuci’ mata dengan hasil air tangan Bumiauw.

Credit: Instagram: bumiauw

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI