Penggunaan bunga harum sundal malam memberikan sentuhan klasik buat gubahan sirih junjung ini.
Bahan-bahan:
Daun sirih, bunga peacock, bunga ros, bunga carnation, bunga harum sundal malam, span basah
Langkah demi langkah:
- Cucukkan bunga harum sundal malam di tengah-tengah span basah.
- Hias di sekeliling bunga tadi dengan daun sirih.
- Kemudian, serikan dengan bunga carnation.
- Selang-selikan pula dengan bunga ros.
- Langkah akhir, hiasi dengan bunga peacock mengikut kesesuaian.
Tahukah Anda
Harum sundal malam atau nama saintifiknya, Polianthes tuberosa boleh diproses menjadi wangian, minyak urut dan juga lotion. Perhiasan bunga ini pada upacara perkawinan di nusantara dikatakan memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru. Mengikut kajian, haruman yagn dihasilkan oleh bunga harum sundal malam ini juga mampu meningkatkan libido.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Rasa Air Sirap Kenduri Kahwin Tak Sama Macam Kita Bancuh, Rupa-rupanya Ini Resipi Rahsia Nak Bagi Sedap
Kalau pergi ke kenduri kahwin, air sirap antara minuman yang ‘wajib’ ada. Selalunya kenduri di kampung-kampung, minuman air sirap inilah yang menjadi minuman utama para tetamu.
Sama ada perasan atau tidak, biasanya air sirap yang dihidangkan pada majlis kenduri kahwin, rasanya berbeza berbanding dengan air sirap yang kita buat sendiri di rumah. Sebenarnya ada rahsia nak bagi sedap air sirap ini rupanya.
Berikut perkongsian daripada Azizah Zainudin menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Air Sirap Mak Su
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su.
Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.
Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.
Air sirap je pun!
Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi.
BAHAN-BAHAN:
1kg gula pasir
1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.
2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
3. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.
Selepas ini, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Senang sangat!
Sumber: Azizah Zainudin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kredit foto (top image) topntp26 from Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Kata Beri Pengantin Hadiah Guna Balutan Fabrik Lace, Barulah Ada Kelainan!
Setiap kali berkunjung ke majlis perkahwinan, hadiah buat pengantin menjadi keutamaan. Bermula dari hadiah dan balutan amat ditelitikan apakah yang sesuai khas buat pengantin tambahan pula jika dia merupakan sahabat baik anda.
Sering kali anda membalut hadiah dengan menggunakan pembalut hadiah daripada material kertas yang mempunyai pelbagai corak dan paten. Apa kata kembangkan kreativiti anda dengan gaya yang lebih eksklusif iaitu membalutnya menggunakan fabrik lace dan digandingkan bersama reben satin.
Walaupun ia tidak mudah, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.
Bahan-bahannya:
1. Pembalut kertas
2. Fabrik lace
3. Reben
4. Pin
Tip #1: Gunakan kertas warna dan lace yang sama
Tip #2: Gunakan pin supaya lace di melekat dengan sempurna.
Sebagaimana anda bayangkan, pita pelekat tidak melekat pada fabrik lace. Oleh itu gunakan pin untuk melekatkan fabrik lace dengan sempurna sebelum reben belum diikat.
Tip #3: Gunakan reben bersaiz besar untuk tampil kemas dan menarik.
Penggunaan reben sangat membantu agar balutan tampak lebih kemas. Selepas reben diikat kemas, jangan lupa untuk membuang pin yang melekat sebelumnya.
- Rona merah jambu dan merah merupakan kombinasi warna yang menarik. Jika anda tidak suka membeli fabrik lace, anda boleh mencari baju lama yang mempunyai lace atau langsir di thrift store selain mendapatkan warna yang sesuai dan saiz yang anda inginkan.
Sumber: abeautifulmess.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lauk Jimat PKP, Ikan Asam Garam, Nampak Biasa Tapi Rasanya Tak Ingat Dunia
Lauk paling ringkas adalah lauk paling sedap. Bayangkan goreng ikan asam garam ni dan cicah dengan cabai picit, aduh tak dapat nak digambarkan kenikmatannya.
Cara buat Ikan Asam Garam ni senang sahaja. Hanya lumurkan dengan garam dan asam jawa secukupnya dan perap beberapa hari. Kalau nak masam manis, campurkan sedikit dengan gula.
“Ikan asam garam
First time makan masa mula2 kahwin dengan husband. Mak mertua ajar buat ikan ni.
Cara :
1.Basuh ikan temenung/pelaling bersih-bersih. Kemudian lumur dengan garam dan asam jawa secukupnya.
2.Perp dalam peti ais (bahagian bawah/bukan sejuk beku) untuk 2 hingga 3 hari.
3.Bila nak makan, goreng je. Tak perlu bilas asam jawa. Memang terangkat bila makan dengan nasi panas.
Tips Mak mertua saya – Kalo masa menggoreng tu ikan tak hancur, maksudnya cukup asam dan garamnya.
Selamat mencuba.
Psst- jangan salahkan saya kalo makan bertambah2, menu ni memang boleh buka selera makan.
Psst- disebabkan ramai yg nak tengok rupa ikan ni selepas digoreng, saya sertakan di sini rupa dia..jangan dinilai pada paras rupa, yang penting rasanya.
Sumber : Fatin Azmin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI