Menurut Ustaz Hanafi jika calon suami tak pandai mengaji tak mengapa. Dari sudut rukun sah tak ada masalah. Tapi dia perlu belajar dari masa ke semasa mendalami ilmu Al-Quran secara berterusan serta istiqomah.

Contoh seperti para sahabat Khalid bin Walid dia tak pandai mengaji Al-Quran, dia hanya menghafal beberapa surah yang tertentu sahaja dan kebanyakkan surah tu ayat lazim kerana dia sibuk pergi berdakwah dan berjuang ke jalan Allah.

“Jadi kita nak minta para ustaz pada hari ini jangan banyak menghukum dalam bab tajwid, benda tu ada kelonggaran dari sudut pandangan yang lain. Allahualam.”

Bukan Tanggungjawab Isteri
Tambahnya lagi, kalau isteri tak boleh bimbing jangan marah. Bukan tanggungjawab isteri untuk mendidik suami pandai mengaji Al-Quran. Tak berdosa kalau tak ajar. Suami yang kena pergi belajar sendiri. Itu tanggungjawab.

Mulakan Ajak Pasangan Mengaji Bersama
Dari sudut Psikologi paling bagus ‘more connection to leave correction.’ Nabi berdakwah ikut kaedah itu. Banyakkan hubungan dan banyakkan puji-pujian untuk memudahkan pembetulan.

Cara Konsistan Baca Al-Quran Walau Bukan Di Bulan Ramadan
Ustaz Hanafi juga berkongsi tip untuk jadi konsistan perlulah menghafal. Mulakan dengan Surah Lazim kemudian cuba menghafal Surah Yasin.

IKLAN

Tegasnya lagi, anda perlu cabar diri sendiri. “Kalau kita tak cabar diri, kita akan pandang Al-Quran ini remeh. Belajar dan terus belajar untuk betulkan bacaan. Ramai orang betulkan bacaan dahulu dan dia tertinggal hafalan. Tapi sebaiknya buat hafalan dan kemudian kita buat pembetulan. Saya sendiri masih belajar dari sahabat-sahabat yang lain.”

Begitu juga dengan selebriti terkenal Irma Hasmie, menyokong kuat usaha ini dan berpendapat banyak hikmah keberkatan apabila mengaji bersama pasangan kerana ia juga dapat mewujudkan kasih sayang.

“Kalau solat bersama pun dapat eratkan silaturahim apatah lagi ketika membaca Al-Quran. Saya cadangkan juga al-quran itu bukan sekadar membaca je kalau boleh sama-sama belajar tadabur Al-Quran.”

IKLAN

Tak ketinggalan juga, pesanan daripada Diana Amir, “Sesibuk mana pun kita, jangan jadikan itu alasan untuk tidak membaca Al-Quran. Bacalah setakat mana yang kita mampu. Ini antara kita dengan Allah. Yang penting kita sendiri sebagai individu kena cari masa untuk baca Al-Quran. Tak perlu tunggu ada pasangan baru nak baca Al-Quran.”itu sekali.”

Terbukti dengan membaca Al-Quran bersama pasangan dapat mengeratkan hubungan rumah tangga hingga ke Jannah. Ini kerana ada pasangan yang usia perkahwinannya sudah 46 tahun, masih mampu hadir ke program #QuranHour ini.

IKLAN

Pasangan ini turut berkongsi rahsia untuk kekal sebegini.
“Dari awal perkahwinan lagi kami sudah terapkan mengaji bersama dan hingga kini kami masih belajar secara berterusan untuk memahami dan mengamalkan Al-Quran.

Nasihat Untuk Bakal Pengantin
“Kalau suami tak pandai mengaji jangan sorok. Kena beritahu isteri. Dia perlu belajar, tak perlu malu dan isteri perlu sabar. Kalau tak dapat hari-hari perlu buat seminggu sekali, kalau tak dapat sebulan sekali. Yang penting berterusan.”

Maka beruntunglah bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga kerana dapat melakukan banyak ibadah sekaligus dapat meluangkan masa berkualiti bersama pasangan masing-masing.

Surah yang diamalkan dalam rumah tangga
Surah Al-Qadr, Surah Al- Syarh dan kebanyakannya surah makkiyah. Surah-surah yang diturunkan di Mekah. Banyakkan membaca surah itu InsyaAllah jiwa akan tenang.

Sebenarnya yang lebih penting adalah memahami dan mengamalkan ayat Al-Quran.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI