Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Dekorasi Tak Perlu Nak Ayat Berbunga, Ini Cara Mudah Lamar Pasangan

Tak Perlu Nak Ayat Berbunga, Ini Cara Mudah Lamar Pasangan

Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta, ingin menamatkan zaman percintaan dengan perkahwinan.

Namun, ada juga yang baru kenal tidak sampai sebulan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Bahkan ada juga yang bertemu jodoh atas kehendak keluarga.

Di saat sang kumbang berkata-kata untuk melamar si bunga, pasti saat itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Ianya sentiasa berdua. Namun ada juga si lelaki yang takut untuk melamar gadis pujaan hatinya. Alasan mereka, takut ditolak. Pepatah orang tua mengatakan belum cuba belum tahu.

Jom ikuti beberapa tip mudah melamar pasangan anda.

1. BUNGA
Bunga memang sinonim dengan pasangan bercinta. Lebih-lebih lagi mawar merah yang melambangkan kehangatan cinta dan kasih sayang.

IKLAN

Namun, ada juga wanita yang tidak menyukai mawar. Cara terbaik, belilah bunga kegemarannya. Selitkan sekeping kad berbentuk hati yang bertulis “sudikah kau jadi suriku?” Selepas itu lihat reaksinya. Kalau dia kelihatan teruja, teruskan melamar dengan kata-kata.Pasti dia akan sudi dengan lamaran anda itu.

2. MAKAN MALAM ROMANTIS
Sebelum anda melamar, cuba pilih satu tempat atau lokasi paling romantis untuk anda berdua. Pilih meja yang sedikit jauh dari orang ramai supaya anda berdua selesa. Pastikan anda menempah terlebih dahulu menu kegemarannya supaya anda berdua tidak tertunggu-tunggu makanan terhidang di meja.

Ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan debaran di dada. Di kala alunan muzik perlahan dimainkan, disertai cahaya lilin dengan suasana romantis, teruskan dengan kata-kata anda untuk melamar pasangan anda.

IKLAN

3. JUMPA ‘BAKAL’ MERTUA
Perkara yang paling penting yang harus ada dalam diri seseorang lelaki adalah keberanian dan kesungguhan. Tunjukkan kesungguhan anda dengan berjumpa keluarga pasangan anda. Cuba ambil hati kedua ibu bapanya.

Katakan anda ingin mengambil anak mereka menjadi suri dalam hidup anda. Pasti keluarganya yakin untuk menyerahkan anaknya kepada anda. Jangan lupa! Jaga adab dan percakapan anda.

IKLAN

4. JADI KREATIF
Antara perkara yang paling disukai wanita ialah apabila pasangannya kreatif dalm proses pelamarannya. Sebagai contoh, ketika anda keluar berjalan-jalan dengan pasangan anda, hadiahkan sebiji belon padanya.

Mungkin kedengaran agak kebudak-budakan, namun apabila dia melihat ada sebentuk cincin diikat pada tali belon tersebut, pasti beliau tersenyum bahagia.

Beri kejutan dengan meletakkan beberapa jambak bunga di dalam but kereta anda. Pura-pura ingin mengambil sesuatu dan minta si dia mengambilkannya. Jika anda tidak mahu menggunakan cara seperti ini, anda juga boleh menggunakan cara lain mengikut kreativiti anda.

5. JADI DIRI SENDIRI
Cubalah jadi diri sendiri semasa melamar pasangan anda. Buktikan dengan diri anda sendiri anda mampu menjaga pasangan anda sebaik mungkin. Dari senyuman anda, cara pergerakan dan cara menuturkan kata-kata, cubalah jadi seperti biasa. Ingat! Sekiranya anda menjadi orang lain, pasti kelihatan lebih buruk dimatanya. Jujur dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Anda pasti boleh lakukannya!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI