Biasanya bab nak meluahkan isi hati masa bercinta ni, lelaki yang akan luahkan perasaan dahulu. Jarang-jarang wanita nak mulakan mungkin sebab malu. Namun dalam mendapatkan jodoh tak semestinya nak tunggu lelaki mulakan langkah.

Dalam zaman sekarang, kita kena ubah persepsi “perigi cari timba” yang telah diterapkan dalam pemikiran masyarakat. Seeloknya kita berbalik kepada ajaran Islam itu sendiri. Bagaimana Islam mengajar wanita yang berkeinginan untuk bernikah menyuarakan keinginannya?

Tidak salah jika wanita yang memulakan dahulu langkah dan cuba mengurat lelaki. Paling penting, kena yakin dengan kesolehan, akhlak dan ketaatan lelaki itu kepada Allah.

Buang persepsi malu dan istilah “perigi cari timba”, gadis ini berkongsi bagaimana dia meluahkan hasratnya berkenalan dengan seorang jejaka yang akhirnya menjadi tunangan dia sekarang.

“Saya pun tak sangka Ariff terima salam perkenalan saya, awalnya malu nak mulakan perkenalan tapi tak sangka Ariff terima akhirnya,” beritahu Aimi ketika Admin Pesona Pengantin berhubung dengannya.

Tiada Istilah Perigi Cari Timba! Kisah Gadis Ini Mengurat Tunang Dapat Perhatian Netizen

IKLAN

“EFFORT WEH EFFORT…”

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN

Tiada Istilah Perigi Cari Timba! Kisah Gadis Ini Mengurat Tunang Dapat Perhatian Netizen

IKLAN

Tiada Istilah Perigi Cari Timba! Kisah Gadis Ini Mengurat Tunang Dapat Perhatian Netizen

Tiada Istilah Perigi Cari Timba! Kisah Gadis Ini Mengurat Tunang Dapat Perhatian Netizen

Alahai sweet kan baca kisah mereka! Admin doakan semoga perjalanan cinta Aimi dan Ariff akan ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Malu adalah sifat wanita. Sesungguhnya sifat malu itu dikurniakan pada setiap insan. Tapi biarlah malu itu pada tempatnya. Siapa yang memulakan langkah dahulu sama ada lelaki ataupun wanita, itu tidak penting. Yang penting langkah sudah bermula. Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial dan maksiat yang semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Tiada istilah “perigi cari timba” dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah. Jangan pandang rendah pada wanita yang ingin melamar lelaki pilihan mereka, sebaliknya berbanggalah. Tak semua wanita mampu melakukannya. Yang penting jangan sembarangan. Perlu ada cara-cara yang masih berlandaskan agama. 

Sumber: Twitter Aimi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI