Perasaan pertama kali ingin keluar bertemu si dia pastinya gemuruh dan berdebar-debar. Tambahan lagi, si dia adalah orang yang anda suka dan merupakan calon tebaik untuk dijadikan buah hati. Dalam keterujaan untuk keluar first date itu, ada beberapa perkara yang harus anda ikuti.
Ini penting bagi memastikan semua yang anda rancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Jangan pula saat pertama kali berjumpa, si dia sudah merasa bosan dan mendapati anda seorang yang menjengkelkan.
Oleh itu, jom kita lihta tip dan etika first date yang harus anda ikuti agar si dia merasa selesa dan mula menyukai diri anda!
MENEPATI MASA
IKLAN
masa itu amat penting dan merupakan ukuran yang boleh menilai seseorang individu itu. Jangan biarkan si dia menilai diri anda dengan tidak menepati masa.Mungkin anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas tetapi jangan sampai membuatkan si dia terpaksa menunggu anda terlalu lama. Ia bukanlah impression yang baik. Pastikan anda menghantar pesanan ringkas dan maaf kepada si dia jika terlambat 5 atau 10 minit agar tidak merosakkan mood si dia. Jangan biarkan si dia tertunggu-tunggu.
BERIKAN “EYE CONTACT”
Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan diri anda. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.
IKLAN
KETEPIKAN TELEFON BIMBIT BUAT SEKETIKA
Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan dirimu. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.
IKLAN
JANGAN MUDAH MENGHAKIMI
Ia penting untuk anda kekal dengan pendirian dan prinsip, tetapi ia juga penting untuk pastikan minda anda sentiasa terbuka. Jika anda melihat si dia tampil dengan outfit yang kurang menarik buat anda, jangan terlalu cepat melatah dengan serta merta. Menghakimi menjadi perkara biasa dalam kehidupan, tapi jika pertemuan sulung ini membuahkan impression yang kurang memberangsangkan tidak bererti anda perlu meletakkan titik noktah. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.
JANGAN KONGSIKAN SEMUA PERKARA
Terlalu awal untuk berkongsi kisah hidup anda secara total. Ini adalah peringkat berkenalan, baru mahu mengenali. Jadi seeloknya anda simpan cerita-cerita bersifat terlalu peribadi. Cukup sekadar bercerita yang perlu saja misalnya serba sedikit tentang pengalaman kerja atau sewaktu belajar. Dan lebih bagus jika anda punya cerita yang lucu boleh dikongsikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
5. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don’t just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won’t happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you’ll love it up here.”
Anda faham dengan quotation di atas? Jika ya, lakukan perubahan hidup sekarang. Tiada alasan dan mula tingkatkan tahap ekonomi anda. Walau apa jua keadaan isteri pasti akan membantu dan menyokong setiap apa yang suaminya lakukan. Jatuh bangun bersama, inilah dunia perkahwinan. Jika suami anda gagal, inilah masanya anda berniaga dan berjinak dalam bisnes. Ayuh bermula!
Kaya dengan perniagaan Online
Setiap hari anda sebenarnya menggunakan hampir separuh daripada 24 jam masa yang ada hanya untuk Internet. Check emel serta laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Maka, guna kesempatan ini untuk anda menambah pendapatan. Walaupun untungnya tidak berapa sangat pada permulaannya tetapi lama-kelamaan ia akan bertambah jika sabar untuk mengubah corak ekonomi anda.
Pastikan berbaloi. Anda melanggan pakej Internet berpuluh ringgit setiap bulan, hanya kerana mahu bersosial di laman sosial? Ini tidak bagus sebenarnya. Tidak salah melanggan pakej-pakej tersebut asalkan ia memberi pulangan kepada anda kembali.
Kenapa anda harus berubah dan memilih untuk menjalankan perniagaan online dahulu? Selain zero kos atau modal yang sedikit, ia juga dapat menyasarkan kepada berjuta pelanggan yang sentiasa online.
Menurut pengasas laman web Hidupringkas.com, Mohd Shubhi Abdul (Biz Coaching); berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.
Tahukah anda perniagaan secara online berjalan 24 jam tanpa henti dan mampu memberi pulangan 300 peratus. Jika anda benar-benar komited dalam menjalankan perniagaan.Perniagaan secara kecil-kecilan sebenarnya merangsang otak anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa perlu mengorbankan jawatan yang sedang anda pegang sekarang ini.
Kaya dengan perniagaan Outlet/offline
Jika anda sudah mula mendapat rentak dalam melakukan perniagaan, apa kata beralih kepada perniagaan berbentuk premis kedai. Jika anda yakin dan sudah mula boleh menyusun rentak perniagaan, tiba masanya untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada sistem ‘makan gaji’. Menurut Azizi Ali, jutawan hartanah; tindakan itu kuasa.
Tahukah anda jika anda berniaga maka akan menjana jumlah simpanan (duit) berkali-kali ganda dengan lebih cepat berbanding kaedah makan gaji?. Premis membolehkan anda lebih fokus terhadap perniagaan berbanding perniagaan online.
Kelebihan berniaga: Bilangan pelanggan lebih luas dan ramai tanpa mengira had umur.
Contoh kes: Selama ini anda hanya mengiklankan servis kemahiran membaiki mesin basuh di Internet. Dalam sebulan paling kurang anda menerima lebih daripada lima pelanggan. Maka ini petanda anda patut membuka premis agar dapat mengembangkan perniagaan yang sedang diusahakan.
Pendapatan akan bertambah sekiranya produk dan servis anda dikenali dan diyakini ramai. Harus diingat bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.
Kaya dengan Pelaburan
Jika anda sudah berniaga, mula bijak mempelbagaikan hasil pendapatan anda. Salah satu cara berkesan melalui saham atau unit amanah. Kedua-duanya mampu menjana jumlah simpanan asalkan anda tahu bagaimana untuk menakluki ‘dunia’ ini.
Ramai yang fikir hanya insan kaya sahaja boleh bermain saham atau melabur. Jawapan ini salah sama sekali. Tahukah anda walaupun anda bergaji hanya RM800 tetapi anda masih boleh bermain saham atau melakukan pelaburan?
Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB), Unit Amanah(units trust), simpanan Tabung Haji. Semua contoh-contoh ini boleh membantu menambah pendapatan dan menjadikan anda berduit sebelum umur 40 tahun.
Mulai sekarang, cekal untuk menyimpan sekurangnya RM100 setiap bulan di dalam akaun pelaburan. Contohnya Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB). Jadikan wang pelaburan ini sebagai ‘wang luput’ iaitu duit yang tidak akan anda gunakan untuk perbelanjaan.
Contoh kes: Anda berumur 28 tahun ini dan mula menyimpan RM100 di dalam unit amanah saham. Setahun ia menjadi RM1200. Apabila umur anda mencecah 40 tahun, simpanan ini berjumlah RM14400. Jumlah ini akan bertambah dengan dividen/bonus bergantung kepada polisi syarikat. Sedikit sebanyak jumlah ini membantu meningkatkan jumlah simpanan anda.
Harus anda ingat bahawa menambah pendapatan melalui pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk pendapatan bulanan. Maka anda haruslah bijak merancang bagi mendapatkan pulangan paling kurang tiga kali ganda daripada jumlah pelaburan.
Jika anda mampu berbelanja mewah dari segi makanan dan pakaian, apa kata tukar mood belanja tersebut pada mood pelaburan.
Contoh kes: Dalam sehari anda berhabis untuk makanan sebanyak RM30. Jika dihitung, anda berhabis hampir RM900 sebulan. Mulai sekarang, apa kata dari RM900 tersebut, separuh daripada jumlah ini anda laburkan dalam saham atau unit amanah. Setidaknya tindakan ini dikira bijak kerana anda mampu mendapatkan kedua-dua faedah daripada jumlah asal. Perut kenyang, akaun juga bertambah.
Kaya dengan adanya Aset
Berniaga sudah, melabur pun sudah. Tambah jumlah simpanan dengan memiliki aset tertentu. Contoh; rumah dan tanah. Aset seperti rumah atau tanah juga dikira sebagai harta cuma ia bukan berbentuk wang ringgit. Anda digalakkan melabur dalam dunia hartanah atau rumah kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda dan harganya bertambah sejak hari pertama aset tersebut dibeli.
Sewakan tanah atau rumah untuk mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Menyewakan aset mungkin dikira tindakan lebih bijak berbanding menjual kerana ia juga menambahkan jumlah simpanan.
Bergaji kecil tidak semestinya tidak berpeluang memiliki aset. Jika anda mahu, mula perbaiki ekonomi anda sekarang dengan matlamat untuk memiliki tanah atau rumah. Kemudiannya aset tersebut boleh menjana pendapatan yang lain.
Contoh kes: Ahmad seorang kerani. Dia meniaga sampingan menjual kuih di pejabat dengan keuntungan RM20 sehari dan menjana pendapatan RM600 sebulan. Duit tersebut disimpan tanpa digunakan selama lima tahun telah berjumlah RM36000. Akhirnya Ahmad berjaya memiliki seekar tanah. Tanah tersebut dijual dengan melalui pecahan secara lot dengan pulangan keuntungan puluhan ribu ringgit. Akhirnya ahmad mampu mempunyai simpanan aset melebihi satu juta ringgit sebelum umurnya 40 tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lengkap bila majlis kahwin yang berhias dengan dekorasi menarik ditambah dengan pasangan pengantin yang sudah cantik bergaya tanpa rakaman foto oleh jurufoto profesional. Ada yang menganggap jurufoto tidak penting tetapi hakikatnya amatlah rugi gambar yang diambil hasilnya tidak menarik jika bukan di kalangan profesional yang mengambilnya.
Tidak dinafikan mengupah seorang jurufoto memerlukan kos tertentu. Agar gambar kahwin anda yang beri hasil yang membanggakan, ikut tip berikut sebagai panduan.
Pilih jurufoto yang profesional
Tengok hasil kerja yang dilakukan oleh jurufoto yang akan anda bayar. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang mungkin berkenaan pakej yang ditawarkan. Berbincanglah dengan jurufoto gambar yang bagaimana yang anda inginkan. Gabungan idea bersama dengan jurufoto dapat menghasilkan output yang terbaik. Semasa perbincangan ini anda sudah dapat menilai sejauh mana kepakaran jurufoto itu.
Rancang aturcara majlis perkahwinan dengan sempurna
Agar majlis tidak menjadi kacau bilau, rancang aturcara majlis perkahwinan dengan teratur, pastikan setiap acara diberi waktu yang secukupnya. Sebaiknya berikan satu salinan aturcara majlis. Tugaskan seseorang untuk membantu jurufoto dan memperincikan lokasi setiap acara. Dengan ini, jurufoto dapat merancang posisi-posisi dan sudut-sudut yang menarik untuk mengambil gambar perkahwinan anda.
Bakal pengantin pastikan cukup rehat
Menjelang hari majlis perkahwinan, pastikan yang bakal pengantin mendapat rehat yang secukupnya. Agihkan kerja-kerja kepada yang lain. Jangan pula semua bakal pengantin selesaikan. Ini untuk memastikan bakal pengantin kelihatan segar dan berseri di sepanjang gambar anda dirakamkan.
Ambil gambar dahulu
Selesai sahaja disolek, sebaik-baiknya ambil dulu beberapa keping gambar portrait. Waktu selepas disolek adalah waktu terbaik untuk mengambil gambar. Luangkan sedikit masa untuk jurufoto anda mengambil gambar. Jika ambil lewat, bimbang pengantin akan keletihan dan solekan telah cair atau kusam. Hasilnya, gambar sudah semestinya nampak tidak menarik.
Berlatih untuk senyum dan bergaya
Sebelum majlis perkahwinan, berlatihlah di depan cermin untuk senyum dan bergaya (posing). Jangan nanti pada hari majlis perkahwinan, anda kelihatan masam dan kaku. Ini akan mencacatkan gambar perkahwinan anda.
Sabar menanti gambar disiapkan
Apabila berakhirnya majlis perkahwinan, biasanya jurufoto memerlukan masa satu ke dua minggu untuk menyiapkan gambar anda. Bersabarlah dan beri peluang jurufoto menyiapkan semuanya. Jangan mendesak jurufoto untuk menyiapkan semuanya dengan cepat. Bimbang nanti akibat tergesa-gesa, hasil gambar kahwin anda kabur, gelap dan tidak menarik.
Sumber : http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya ada pengikut dalam Instagram yang mesej pelakon, Siti Elizad yang sanggup untuk bermadu dengannya, atas alasan dirinya belum ada zuriat selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.