Pemilihin aksesori yang sempurna mampu memberikan penampilan lebih menyerlah buat ratu sehari.

Pemilihan kalung atau rantai juga perlu diberi perhatian agar ia tampak sempurna buat diri dan personaliti anda. Anda perlu mengenal pasti rantai yang sesuai dengan bentuk leher anda supaya ia kelihatan terletak dan seimbang.

Sesungguhnya pemilihan rantai yang ideal boleh memberi impak menawan buat keseluruhan gaya ratu sehari anda.

IKLAN

Tip Memilih Rantai Perkahwinan Sempurna Mengikut Bentuk Leher

Leher Pendek

Wanita yang mempunyai leher pendek sesuai untuk menggayakan rantai yang berjuntai berbentuk V. Rantai jenis ini akan membuatkan leher anda tampak jinjang dan panjang. Selain itu, pilih kalung yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang dimana ia hanya sekitar 2 ke 3 inci di bawah tulang belikat.

IKLAN

Tip Memilih Rantai Perkahwinan Sempurna Mengikut Bentuk Leher

Leher Kurus Dan Panjang

Elakkan mamakau rantai berbentuk V kerana ia akan membuatkan leher anda terlihat panjang dan tidak seimbang. Anda boleh memilih rantai yang berbentuk melingkar di sekitar leher dan tidak menjuntai. Seperti contoh, pemilihan rantai mutiara yang melingkari leher cukup sesuai dan sempurna kerana bentuknya yang bulat akan memberikan  keseimbangan buat penampilan anda.

IKLAN

Leher Besar

Wanita yang mempunyai bentuk leher yang besar juga boleh memakai rantai, namun anda harus bijak memilih rantai yang sempurna. Rantai jenis berantai panjang dimana panjangnya melebihi 18 inci di bawah tulang belikat merupakan pilihan yang tepat.

Leher Melebar

Leher melebar ialah bentuk leher yang semakin mendekati tulang belikat. Pilih rantai yang panjang menjuntai dengan 24 inci di bawah tulang belikat untuk memberikan bentuk leher yang lebih seimbang. Sebaiknya, anda boleh memilih rantai yang nipis di bahagian atas dan semakin melebar di bahagian bawah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI