Setiap bakal mempelai pastinya ingin melakukan sendiri untuk persiapan hari berbahagia nanti kerana ia lebih jimat dan mudah. Mari ikuti tip untuk menghasilkan cenderahati, moga-moga ianya membantu anda dalam pemilihan dan penghasilannya. Selamat mencuba.

Tip menghasilkan cenderahati

1.Tentukan jumlah kuantiti cenderhati yang ingin dihasilkan  agar tidak terkurang atau terlebih dengan jumlah tetamu yang diundang.

2.Sebaiknya cenderahati yang dihasilkan tidak terlalu rumit untuk disiapkan. Memandangkan anda perlu membuatnya dalam kuantiti yang banyak.

3.Kira kos menghasilkan  cenderahati untuk memastikan anda tidak terlebih bajet dikemudian hari.

4.Sebaiknya cenderahati yang diberikan boleh dijadikan kenang-kenangan untuk tetamu atau pemberian makanan ringan.

5.Kombinasikan beberapa warna-warna menarik untuk mencipta gaya cenderahati yang istimewa dan tampak mewah.

6.Sebaiknya gunakan  glu gun untuk melekatkan barangan cenderahati. Ini kerana ia lebih mudah dan hasil tampalan kraf lebih kemas berbanding gam berbentuk cecair.  

Anda mungkin suka klik 'Pemilihan Busana Si Pengapit'

Sumber gambar: internet