Cinta adalah sesuatu yang abstrak, tetapi dapat dirasai. Oleh karena itu, cinta harus diungkapkan bukan hanya terkubur di dalam hati. Sayangnya, tidak semua wanita memiliki cukup keberanian untuk mengungkapkan perasaannya.

Hal inilah yang harus segera disedari oleh lelaki. Meskipun lelaki diciptakan dengan hati yang tegar, ini bukan bererti lelaki tidak dapat mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh wanita yang menaruh hati padanya.

Namun demikian, mengungkapkan rasa cinta kepada seseorang nyatanya tidak semudah yang dibayangkan. Pada wanita khususnya, mengungkapkan perasaan suka pertama kali kepada seorang lelaki masih menjadi sesuatu yang tabu untuk dilakukan.

Maka wahai lelaki, jangan biarkan wanita menunggu anda terlalu lama. Jangan biarkan rasa cintanya kepada anda mulai pudar dan akhirnya anda menyesal.

Berikut 7 tanda seorang wanita mencintai anda secara diam-diam.

Tatapan Matanya

Pernahkah anda merasakan ada seseorang mencuri-curi pandang ke arah anda ketika sedang makan di kantin, duduk di depan meja kerja atau saat hadir dalam sebuah acara pesta bersama sahabat. Biasanya, bagaimana cara wanita menatap seorang lelaki menunjukkan perasaannya yang sebenar dan itu tidak boleh dibohongi.

Senyuman

Perhatikan, setiap kali anda berhadapan dengannya apakah ada senyuman tulus menghiasai bibir cantiknya? Jika ya, tunggu dahulu jangan terburu-buru menganggapnya serius, masih ada beberapa tanda lain yang perlu anda ketahui untuk semakin memastikan bahawa si dia betul-betul mencintai anda.

Cara Berbicara

Cara berbicara seorang wanita juga boleh menjadi kayu ukur bagi para lelaki untuk mengetahui apakah ia sedang tertarik dengan anda atau tidak. Hal ini sama seperti ketika anda sedang berbicara dengan orang tua atau dengan seseorang yang sangat anda kasihi, akan ada rasa hormat dan kata-kata lembut keluar daripada mulut manisnya.

Berusaha Meniru Kebiasaan Anda

Dek kerana tidak memiliki cukup keberaniaan untuk mengutarakan perasaannya secara langsung kepada anda, maka ia mencari cara lain untuk menunjukkannya. Caranya ialah dengan cara meniru kebiasaan atau hal-hal yang selama ini anda sukai.

Memberi Perhatian

Jangan ragukan perhatian daripadanya, tetapi juga jangan buru-buru terlalu percaya diri dengan apa yang si dia berikan kepada anda. Ada perbezaan yang perlu anda fahami, apakah perhatian yang si dia tunjukkan betul-betul kerana rasa cinta atau hanya kerana alasan simpati belaka. Perhatian yang seorang wanita tunjukkan kerana sedang jatuh cinta biasanya lebih istimewa dan anda betul-betul menjadi satu-satunya insan di dalam hatinya.

Senang Membantu

Setiap kali anda memerlukan bantuan, tidak pernah keluar kata penolakan daripadanya. Selain itu, si dia lebih senang menghabiskan waktunya bersama dengan anda daripada melakukan kegiatan yang lain bersama teman-temannya.

Selalu Ingin Dekat Dengan Anda

Ketika anda dan si dia keluar bersama menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan tanpa anda sedari si dia cenderung lebih senang berjalan di sebelah anda.

Dalam hubungan percintaan, setiap wanita sangat berharap agar pihak lelakilah yang melakukan inisiatif pertama mengutarakan perasaan. Namun, banyak kes yang terjadi para lelaki memendam perasaan dan akhirnya berakhir dalam penantian yang tak kunjung tiba.

Tak kurang juga rasa sesal dan terkilan setelah mengetahui bahawa sebetulnya anda berdua sama-sama saling menyukai. Namun semuanya sudah terlambat kerana masing-masing atau salah satu pihak sudah terikat dengan hubungan cinta.