Bercumbu adalah salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Tidak hanya ketika melakukan hubungan intim, cumbuan boleh diberikan pada setiap masa dan ketika. Malah bercumbu juga mempunyai banyak kelebihan.

MEMANIPULASI KUASA CIUMAN

Mereka yang mengetahui kuasa sebenar cumbuan  sebenar ciuman sering memanipulasi cumbuan untuk kepentinagn diri, dalam cara yang baik. Contohnya, jika isteri hendak meminta sesuatu daripada suami, dan si suami pula seperti berat untuk memberi. Si isteri hanya perlu memujuk suami disertakan dengan cumbuan. Pastinya si suami akan lemah dan menurut kehendak si isteri.

Para suami  yang tahu mengenai teknik sebenar cumbuan pula sering menggunakan kuasa cumbuan ketika  menggoda isteri untuk melakukan hubungan intim, terutama sekali apabila isteri tiada mood untuk bersama. Mereka akan cumbu isteri mereka sehingga isteri lemah dan bersedia untuk aksi seterusnya di ranjang.

TEKNIK CUMBUAN BASAH

Cara bercumbu ini mudah dilakukan tetapi jarang diamalkan oleh pasangan ketika bercumbu. Caranya amat mudah. Sebelum bercumbu dengan pasangan, basahkan dahulu bibir anda dengan lidah. Perbuatan ini bukan sahaja akan membuat bibir anda kelihatan lebih menggiurkan, malah ia juga dapat memberi nikmat cumbuan yang baharu buat pasangan.

Anda boleh bercumbu dengan pasangan dengan teknik ciuman basah ini pada bibir dan juga zon erotik yang lain pada tubuh si dia seperti leher, dada, peha, punggung dan sebagainya.

TEKNIK HEMBUSAN

Teknik hembusan ini adalah lanjutan daripada teknik cumbuan basah. Cara bercumbu ini amat hebat dan boleh  menaikkan bulu roma pasangan anda. Selepas anda bercumbu dengan pasangan  menggunakan teknik cumbuan basah, bahagian yang dicumbu akan basah dengan air liur anda. Hembus bahagian  ini dengan lembut dan lihat si dia meggeliat kesedapan.

Jika anda ingin memberi lebih nikmat kepada pasangan, jilat titik ghairah  pada tubuh beliau kemudian lakukan  teknik hembusan  ini pada  kawasan tersebut. Teknik ini lebih berkesan dilakukan  pada bahagian-bahagian sensitof tubuh pasangan  seperti payudara dan pangkal paha.

TEKNIK MENYEDUT

Cara bercumbu ini juga jarang diamalkan oleh pasangan  ketika bercumbu. Teknik ini dilakukan dengan menyedut ketika bercumbu, seperti anda menyedut straw ketika minum. Tetapi awas, jangan menyedut terlalu kuat. Ramai yang gagal menahan  diri ketika dikawal nafsu lalu menyedut dengan terlalu kuat ketika mengamalkan teknik ini. Akibatnta pasangan akan berasa sakit pada bahagian yang disedut.

Cara bercumbu ini lebih berkesan dilakukan  selepas anda melakukan  teknik ciuman basah dan teknik hembusan. Bahagian kering yang dihembus pada teknik hembusan  akan kembali basah apabila disedut dengan teknik ini. Ini akan membuatkan pasangan anda lebih ghairah. Teknik ini sesuai dilakukan pada bahagian yang lembut seperti bibir, cuping teling, leher dan pangkal bahu, belakang lengan, payudara, puting payudara, pangkal paha dan punggung.

TEKNIK MENGGIGIT

Cara bercumbu ini walaupun kedengaran mudah dilakukan, namun memerlukan  teknik yang betul. Ramai yang mengetahui gigitan pada tubuh pasangan  ketika melakukan hubungan intim boleh memberi nikmat yang hebat. Malangnya tidak ramai yang tahu teknik  menggigit yang betul. Ramai yang menggigit dengan rakus dan gelojoh, akibatnya pasangan berasa sakit dan hilang mood untuk aksi seterusnya.

Cara menggigit yang betul adalah dengan  melakukan  gigitan-gigitan lembut, di selang-seli dengan cumbuan. Bukannya terus menggigit pasangan. Dalam erti kata lain, gigit, lepaskan dan cium. Bukannya gigit,gigit dan terus menggigit. Teknik ini boleh dilakukan pada bibir, payudara, pangkal paha dan kemaluan pasangan. Anda boleh mengulangi teknik ini berkali-kali untuk membuatkan ghairah pasangan  anda tiba ke puncak.