• 17
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    17
    Shares

Anda baru sahaja berpindah ke kediaman baru bersama suami, pastinya teman-teman baik anda mahu merasai makanan yang dimasak dari air tangan anda sendiri. Tentunya anda dan suami mahu membuat persiapan yang sempurna terutama di ruang tamu dan ruang makan di mana sinilah tetamu bakal berkumpul. Penataan di meja makan lengkap dengan dekorasi serta lipatan napkin mengikut tema majlis yang dirancang menjadikan tetamu yang datang rasa teruja dan berbesar hati. .

Inilah masanya anda menunjukkan kreativiti dengan menghasilkan lipatan napkin yang berseni disusuli dengan hidangan yang enak membuat tetamu rasa kagum dengan kesempurnaan yang ditampilkan oleh anda berdua. Untuk menghasilkan penataan yang memukau, seharusnya bahan dan warna napkin perlu disesuaikan dengan tema majlis  contohnya warna alas meja dan peralatan makannya juga perlu senada agar mencuri tumpuan tetamu dan menghasilkan penataan yang bergaya di meja makan itu nanti.

Tip Menghasilkan Lipatan Napkin Yang Baik :

  1. Jangan membuat lipatan napkin makan dengan bentuk yang terlalu tinggi sehingga menutupi wajah tetamu lain.
  2. Jangan membuat terlalu banyak lipatan kerana napkin makan akan mudah kotor sebelum digunakan, sebaiknya keadaan tangan dalam keadaan kering dan bersih.
  3. Gunakan napkin yang berukuran agak besar (50 cm x 50 cm), kerana memudahkan dalam melipatnya dan hasilnya akan lebih baik dan indah.
  4. Untuk lipatan napkin yang berdiri atau standing, gunakan napkin yang bahannya lebih keras. Bentuk lipatan yang hendak dibuat bergantung pada jenis napkin yang digunakan.
  5. Napkin daripada bahan linen sebaiknya dilipat dengan jenis lipatan yang lebih lembut agar lebih mudah dalam membentuknya.

Sumber: pic pinterest

 

Sumber: pic pinterest

 

Sumber: pic pinterest

 

 

sumber: pic PEXELS

 

sumber: pic PEXELS

 

sumber: pic PEXELS

 

sumber: pic PEXELS

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: