Debaran semakin kemuncak buat finalis dalam merebut piala Anugerah Andaman & Busana Pesona Pengantin 2015/2016. Pada tarikh keramat iaitu 22 Mac 2016.

Bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, finalis dari 5 Zon akan dipertandingkan iaitu  Zon Selatan: Melaka/Johor, Zon Utara: Perak/Pulau Pinang/Kedah/Perlis, Zon Borneo: Sabah/Sarawak, Zon Tengah: N.Sembilan/Selangor/Kuala Lumpur dan Zon Pantai Timur: Kelantan/Terengganu/Pahang.

Cabaran buat finalis kali ini adalah menghasilkan rekaan busana dan solekan mengikut konsep yang telah diberi iaitu MODEN KONTEMPORARI.

Matlamat Anugerah ini adalah bagi mengetengahkan dan melahirkan jurusolek andaman pengantin serta pereka fesyen busana pengantin yang mampu bersaing, lebih profesional dan terkenal melalui  jenama Pesona Pengantin.

Anugerah Andaman & Busana Pesona Pengantin
-Mengangkat jenama Pesona Pengantin, sebagai platform utama kepada pemain industri untuk berhubung terus dengan butik-butik andaman dan perkahwinan.

-Mengangkat industri Solekan Andaman dan Rekaan Busana Pengantin sebagai salah satu elemen terpenting dalam Industri Perkahwinan.

-Mengetengahkan bakat-bakat baru dalam kedua-dua industri di mana Pesona Pengantin sebagai platform utama.

-Mengukuhkan hubungan  Pesona Pengantin dengan pemain industri (wedding players) dalam usaha memartabatkan industri perkahwinan Malaysia.

Kemuncak
Ikuti finale Anugerah Andaman dan Busana Pesona Pengantin pada 22 Mac 2016 di Instagram dan Facebook Pesona Pengantin. Nantikan update terkini juga rekaan yang hebat-hebat dari semua finalis.

Buat finalis selamat berjaya dan jangan lupa untuk ‘hashtag’ #AnugerahAndamanBusanaPesonaPengantin #PesonaPengantin. Support Anugerah Andaman Busana Pesona Pengantin. Support industri kita. Jom.