Seorang wanita yang mungkin dianggap kaum yang lemah namun disebalik bentuk fizikal dan kelembutan yang terpamer pada wajahnya mempunyai ‘kekuatan’ yang luar biasa.

Beruntungnya si isteri pabila sang suami begitu menghargai dirimu. Seperti yang terkandung dalam catatan Shazli Shots (petikan).

******************************************************************************

ITU ISTERI SAYA

Ada ramai perempuan di muka bumi ini, tapi tkkan sama mcm isteri saya...

Mmg ramai pompuan cantik kt Malaysia ni, tp belum tentu sanggup hidup dgn saya dan buat mcm apa yg dia buat..

  • Dia mengadungkan 3 anak saya.
  • Dia lahirkan anak2 saya.
  • Dia sanggup kahwini saya walaupun masa tu saya pakai motor cup buruk dan dia pakai kancil.
  • Dia sanggup mkn nasi lauk ikan kering.
  • Dia tahan perangai saya.
  • Dia tak kisah saya botak.
  • Dia tak kisah saya boroi.
  • Dia lap badan saya bila saya terlantar sakit.
  • Dia tetap tidur sebelah saya walaupun saya berdengkur tanpa komplen.
  • Dia basuh spender saya.
  • Dia picit badan saya bila saya lenguh.
  • Dia selimutkan saya bila saya tertidur kat katil time dia tgh bercakap.
  • Dia dengar ape yg saya ckp masa mengigau (kalau ada sebut nama perempuan, dia akan wassap dan tanya siapa perempuan tu masa kt opis nanti)
  • Dia basuh dan lipat baju.
  • Dia kemas rumah.
  • Dia gosok baju skolah anak dan baju saya.
  • Dia memasak.
  • Dia ceduk nasi untuk saya.
  • Dia buat air minuman.
  • Dia buat susu anak.
  • Dia gi skolah amik report kad anak.
  • Dia bawak anak2 gi berenang.
  • Dia bawa anak2 gi jenjalan hujung minggu time saya keluar shoot wedding.
  • Dia ajar anak buat cup cake.
  • Dia ajar anak ngaji.

Firasat dia, selalunya betul.

Dia pandu kereta manual selama 19 tahun, bln lepas baru bawa kereta auto.

Dia tak kisah dapat hadiah hari jadi ke tak.

******************************************************************************

Kesimpulannya buat para suami, hargailah isteri anda sebaik mungkin. Mereka telah banyak berkorban untuk kesejahteraan anda dan keluarga. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

Takkan ada wanita yang sama seperti isterinya:

Sangat menghargai isterinya yang luar biasa

Isteri itu unik, ada keistimewaan dalam diri dia

Selamat hari jadi isteri