Sebelum nak kahwin pasti macam-macam petua yang cuba anda amalkan agar seri wajah anda terserlah di hari bahagia. Maklum sahajalah anda kan bakal menjadi tumpuan ramai.

Tak perlu berhabis wang ringgit, petua menuam muka dengan ais batu ternyata beri banyak manfaat untuk kecantikan wajah. Jom kita tengok antara kelebihan mengamalkan petua ini.

RAWAT BENGKAK BAWAH MATA

Petua Tuam Muka Dengan Ais Batu Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah

Masalah bengkak di bawah mata pasti merungsingkan terutamanya jika hari bahagia anda bakal tiba. Gunakan ketulan ais yang diperbuat daripada jus timun dan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Hanya balut dua biji air batu dengan kain dan tekapkan pada mata yang terpejam. Kemudian urut dengan gerakan membulat secara perlahan selama 2 minit.

IKLAN

PENGGANTI ALAT SOLEK

Jangan bimbang jika anda tak ada masa nak mengenakan alat solek. Balut ais batu dan oleskan pada wajah. Hasilnya menjadikan kulit wajah akan berseri secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

KECILKAN LIANG PORI

Bagi anda yang miliki pori-pori wajah yang besar, cuba sapukan ais batu pada wajah selama 2-3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, pori-pori wajah yang besar itu akan mula mengecil hanya dalam masa beberapa hari.

SAPUAN BEDAK ASAS LEBIH SEMPURNA

Ternyata ais batu merupakan penyegar kulit wajah yang murah dan menjimatkan. Sebelum memakai alat solek, sapukan dahulu ais batu pada wajah. Hasilnya menjadikan sapuan bedak asas anda lebih sempurna dan sekata.

IKLAN

Petua Tuam Muka Dengan Ais Batu Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah

Wow! Memang banyak rupanya kelebihan menuam ais batu pada wajah ni kan? Rugi kalau yang nak kahwin tu tak amalkan.

IKLAN

Dah kasi kelebihan, sekarang anda ikuti pula perkongsian Zara Razali yang pernah mengamalkan petua menuam ais batu atas saranan mak andamnya sebelum beliau melangsungkan majlis pertunangan.

Teringat dulu-dulu zaman makeup nak bertunang dan kawin.. time tu kitaorang panggil mak andam je… sekarang je dah tukar MUA ye.. tak kisah la mak andam ke MUA ke, yang penting memang kerje diaorang makeup orang bagi lawoo…

 

Throwback la ni kiranya kan.. lagi seminggu nak bertunang, mak andam pesan sesiap…

“Hari-hari tuam muka tu pakai ais… sampai bengkak-bengkak kebas pun takpe… bagus tu…”

Hakak pun pelik.. katanya bagus untuk kecilkan pori wajah, kulit berminyak akan berkurang.. so bila pori dan minyak berkurang, maka makeup pun nanti akan tampak lebih cantik, tahan lama dan tak mudah crack…

 

So hakak ni memang lurus pembaris orangnya.. maka ikot je cakap mak andam tu.. lagi seminggu nak tunang, memang rajin tuam muka dengan ais.. sampai kuyup baju dengan ais yang dah cair … bengkak merah2 kebas muka macam sotong kepanasan… hihihi… gigih sebab kekonon nak cantik time tunang..

 

Lepas 2-3 hari amalkan tuam ais, ofismate pun ada tegur, kulit muka hakak memang nampak lain je.. pori mengecil, gebu semacam..

Dia siap cakap “berjaya la ko ye dengan petua mak andam tu” .. Hakak hihihi kan je la…

So MUA-MUA semua, yang rasa tak pernah dengar petua ni… maka korang bolehlah share petua ni kat bakal-bakal pengantin yang bakal korang makeup kan nanti.. Memang berhasil sangat2 tau.. agak2 lagi sejam nak makeup.. tuam lagi dengan ais..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI