• 133
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    133
    Shares

Menggayakan kasut bertumit tinggi yang menampakkan kuku kaki membuatkan anda tampil seksi dan menjadi pilihan menarik di hari istimewa. Apalagi jika anda ingin menampilkan tema bohemian yang memberi kesan santai dan unik.

Jika hujung kuku jari anda atau kuku ibu jari tampak kuning dan memiliki titik putih, boleh jadi itu ialah masalah kuku . Jika dibiarkan, kuku bertukar warna dan lama-kelamaan akan rapuh dan hancur di hujungnya. Infeksi ini pun boleh menyebar ke seluruh kuku, termasuk ke akar kuku.

Keadaan kaki yang sering tertutup lembap dan panas menjadi tempat kesukaan bakteria untuk berkembang. Selain itu, aliran darah pada jari kaki lebih sedikit dibandingkan jari tangan, sehingga sistem kekebalan tubuh tidak boleh mengesan jika ada masalah dan tidak boleh dengan cepat menghentikan infeksi.

Untuk penampilan sempurna di hari bahagia anda, ada baiknya atasi masalah kuku dengan bahan semula jadi.

Bawang Putih

Bawang putih terkenal dengan kandungan anti fungus  sehingga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kuku kaki. Caranya, potong  bawang putih segar secara diagonal. Gosokkan perlahan hingga lumat di bahagian kuku kaki yang terkena infeksi. Biarkan selama beberapa minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. Rawatan ini boleh anda lakukan dua kali dalam seminggu.

Baking Soda

Salah satu bahan pembuat kuih iaitu baking soda juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan masalah kulat pada kuku kaki dan mencegah timbulnya bau kaki. Caranya campurkan 4-5 sudu makan baking soda ke dalam air, kemudian rendam kuku selama 20 minit. Lakukan rawatan ini 2-3 kali sehari.

Minyak Kelapa

Minyak kelapa memiliki elemen khusus yang mampu secara semula jadi meresap ke dalam membran kulat dalam kuku. Caranya, usapkan minyak kelapa ke kuku kaki yang berjangkit kulat. Biarkan minyak kelapa menyerap. Lakukan langkah ini 2-3 kali sehari.

Cuka epal

Sifat asid yang dimiliki cuka epal sangat efektif untuk mengatasi kulat yang ada di kuku kaki. Anda hanya perlu mencampurkan cuka epal ke dalam air bersuhu ruang bilik dengan perbandingan 50:50. Rendam kaki anda selama 20 minit. Kemudian keringkan menggunakan tuala. Lakukan secara rutin hingga kulat mati dan hilang.

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: