Kecantikan
  • 172
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    172
    Shares

Momokan kulit lebih putih dalam masa tiga hari, sapuan gincu X membuatkan bibir menggoda , kekal wangi 48 jam dan sebagainya buatkan ramai menggila . Andai benar berkesan, ambil tahu apa isi kandungan dan kesannya untuk jangka masa lama.

1. Merkuri

Bahan merbahaya ini memang tidak dinafikan penggunaannya dalam setiap produk kecantikan di pasaran . Kebanyakan krim pemutih menggunakan bahan ini untuk kesan yang cepat. Untuk pengetahuan anda, merkuri mempunyai keupayaan untuk meresap ke dalam tubuh apabila krim tersebut disapu pada kulit.

Kesan

Merkuri boleh menyebabkan berlaku gangguan sistem saraf seperti insomnia , terketar-ketar, gangguan penglihatan, gerakan tangan tidak normal, gangguan emosi dan depresi.

2. Hidrokuinon

Ini juga merupakan bahan wajib yang ada dalam krim pemutih di pasaran. Ia digunakan kerana berupaya membuatkan lapisan kulit luar menggelupas. Selain itu, ia juga mencegah pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam atau pun berbelang kerana sinaran matahari.

Kesan

Kandungan hidrokuinon melebihi dua paratus dalam produk kecantikan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan terbakar. Paling teruk ia memberikan kesan kelainan pada ginjal , kanser hati dan kanser darah ( leukemia). Sebab itu, kadang-kadang anda dapat lihat sesetengah wanita memiliki wajah seakan-akan merah jambu mahu pun berkilat akibat kulit wajah yang kian menipis.

3. Plumbum

Warna menarik pada gincu bibir dan didatangkan bersama campuran pelembut bibir sering kali membuatkan anda terpikat untuk memilikinya. Memang benar, wajah yang kusam perlu dirias termasuk kawasan bibir anda.

Kesan

Sebaiknya elakkan gincu bibir yang memiliki bahan plumbum. Ia merupakan sejenis neurotoksin yang boleh menyumbang kepada masalah kelakuan dan pembelajaran. Ia juga boleh menyebabkan anda hilang tumpuan ketika belajar.

4. Formaldehid

Selalunya bahan kimia ini digunakan dalam produk mandian bayi. Ia digunakan dengan tujuan untuk mengurangkan kekuatan bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam produk tersebut.

Kesan

Penggunaan yang berlebihan bahan ini boleh menyebabkan rasa gatal, ruam dan kerengsaan pada kulit.

5. Paraben

Anda disarankan menggunakan deodoran untuk menyah bau yang tidak enak tetapi perlu peka melihat isi kandungan deodoran tersebut. Mungkin terkandung paraben!

Kesan

Penggunaan bahan paraben pada deodoran memainkan peranan pennting dalam pembentukan kanser payudara. Ia akibat tinggalan sisa deodoron yang terdapat pada ketiak anda. Selain deodoron, paraben juga terdapat di dalam prduk kecantikan untuk mengawet dan menjadikan produk tersebut tahan lama.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: