Bagi seorang wanita yang bergelar isteri, tiada apa yang lebih memedihkan apabila suami berubah hati. Saat cinta kian memudar, mulalah si dia sering mencari kesalahan dan menunding hari pada isteri. Pada ketika itulah peluang untuk suami membuka hati untuk membahagikan kasih sayang terhadap wanita lain.

Sakitnya hati dan perasaan itu hanya mereka yang pernah melaluinya saja yang tahu. Tapi, pernah tak anda terfikir cara untuk tawan hati suami semula agar hubungan anda bahagia seperti dahulu? Mungkin anda anggap sudah terlambat untuk bertindak tetapi sekurang-kurangnya anda cuba terlebih dahulu.

Jom Pesona Pengantin kongsikan 12 tip menawan hati suami semula agar tidak terfikir untuk kahwin lain atau “pasang dua”!

1. JANGAN AMBIL SIKAP TIDAK PEDULI

Tunjukkan yang sebenarnya anda amat menyayangi pasangan. Jika anda ambil sikap tak peduli, pasangan akan cepat merasa bosan. Jadi, cuba ambil berat mengenai dirinya.

2. BAIKI PENAMPILAN DIRI

Berhiaslah untuk suami. Jaga dan jangan sesekali mengabaikan kecantikkan diri. Sentiasa nampak cantik dimata suami. Cuba untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelum ini, luaran dan dalaman. Okay?

3. DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN

Ini yang paling utama sekali. Pokoknya ingat tuhan dan sentiasa berdoa supaya diberi hidayah dan keberkatan dalam rumahtangga. Bagi yang muslim, ingatlah Allah itu sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan. Percayalah, tak ada yang lebih tenang dari mengadu pada sang Pencipta.

IKLAN

4. INGATKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA ANAK-ANAK

Orang kata, anak-anak merupakan pengikat kasih antara suami isteri. Apa kata anda ingatkan kembali tanggungjawab si suami. Bukan dia terlupa, tapi mungkin hanyut dek cinta sementara. Cewah! Ajaklah anak-anak bermanja sekali dengan ayah mereka, pasti kebahagiaan keluarga akan bertambah.

5. AMALKAN DOA DALAM MASAKAN

Orang kata, nak pikat suami melalui masakan. Tapi, jika anda sayang suami anda, apa kata amalkan beberapa doa ketika memasak makanan. Bukan apa, ia sebagai penguat dan pengikat kasih sayang. Barulah suami anda akan terikat dan terpikat. Jangan cari bomoh sudahlah ya!

6. IZINKAN SUAMI BERPOLIGAMI

IKLAN

Ya, pastinya perkara ini amat sukar. Wanita mana yang ingin berkongsi kasih. Betul tak? Tetapi, kadang-kadang anda harus belajar untuk menerima dan redha dengan ketentuan Allah. Mana tahu, bila anda izinkan suami berkahwin lain, dia akan mula sedar kesilapan diri dan ingin anda menyayanginya seperti dulu kan.

7. HUBUNGAN INTIM YANG SIHAT

Hubungan intim sememangnya amat penting dalam kehidupan rumahtangga. Waktu tidur amat penting, pasangan suami isteri hendaklah tidur bersama. Kerana sebelum waktu tidurlah si suami mahupun si isteri akan bercerita dan berkongsi apa yang dirasai dalam hati.

8. DUDUK BERBINCANG

Ini yang sepatutnya anda lakukan. Tak ada jalan penyelesaian jika bermasam muka dan saling marah antara satu sama lain. Ingat, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Berbincang degan baik. Tunjukkan anda seorang wanita yang tabah dan kuat.

IKLAN

9. PIKAT HATI SUAMI KEMBALI

Kembalikan kehangatan bercinta. Mungkin apabila sesuatu perhubungan itu sudah terlalu lama, dah tiba masanya anda melakukan sesuatu. Cuba tawan hati suami kembali dengan kelembutan dan kemanjaan anda yang sering membuatkannya rasa sentiasa disayangi. Wanita kan dilahirkan dengan sifat lemah lembut. Tunjukkanlah.

10. CARI KAUNSELOR DARI PEJABAT AGAMA

Tak tahu nak bercerita pada siapa? Jangan risau, cari kaunselor yang dapat membantu masalah anda. Mungkin akan ada jalan penyelesaian yang anda terlepas pandang. Carilah kaunselor yang arif mengenai hukum-hukum syariah dan dapatkan pendapat mereka. Sedikit sebanyak ia akan membantu menguatkan semangat anda dan pasangan.

11. JANGAN MENDESAK ATAU BERI TEKANAN

Lelaki memang tak suka didesak dengan pelbagai persoalan. Lagi didesak, lagi mereka akan mengelak. Bagi mereka, desakan itu satu tekanan yang amat merimaskan. Jadi, cuba berlembut dan sabar dalam mencari jawapan.

12. AJAK SUAMI SOLAT BERJEMAAH

Sesungguhnya sembahyang itu tiang agama. Jadikan sembahyang berjemaah bersama suami dan anak-anak sebagai satu rutin harian. In sha Allah, jika di izinkan oleh-Nya rumahtangga akan terpelihara dari pelbagai anasir-anasir jahat. Ketika bersolat, mintalah hubungan anda dan pasangan dijauhkan dari perkara maksiat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI