Bila pasangan kekasih sudah mencapai kata sepakat untuk berumahtangga, masing-masing sibuk untuk mencari apa yang boleh membahagiakan pasangan. Biasanya bakal isteri yang teruja untuk jadi isteri solehah.

 

Untuk bakal suami pula, mungkin anda boleh persiapkan diri untuk tahu mengenai hal ini. Setiap perkahwinan pasti disertai dengan impian untuk mempunyai zuriat. Di sinilah isteri akan menjadi sangat sibuk lebih-lebih lagi jika dia tidak bekerja.

 

Menjadi suri rumah dan menjaga anak-anak di rumah bukan semudah yang disangkakan. Banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari tanpa gagal setiap hari dari pagi ke malam kecuali waktu tidur. Itupun sesekali anak terbangun menangis kelaparan meminta susu.

Penat, letih dan lenguh badan si isteri menghadap rutin yang sama. Keadaan seperti itu akan membuatkan si isteri rasa tertekan dan jika tidak diberi perhatian oleh suami, lama kelamaan bom jangka masa itu akan meletup dan semua pasti terkena tempiasnya.

Jadi, bagaimana mahu mengelakkan perkara ini berlaku? Minta time-off, tidak lama, 15 – 20 minit seperti yang disarankan oleh Puan Intan Dzulkefli. Semoga bermanfaat.

Suami Perlu Alert ‘Time-Off’ Isteri. Hanya 15 – 20 Minit Je
.

ADA satu hari itu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh dan kemudian masing-masing menangis, membuatkan terasa begitu bingit menyucuk kepala dan serabut sungguh. Saya cuba tenangkan diri dengan istighfar dan kawal pernafasan, tetapi akhirnya terasa semakin teruk.

INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU
Inner peace = Ketenangan jiwa

IKLAN

Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari sekejap dari keserabutan ini. Akhirnya terus mesej suami.

“Abang, boleh tak hari ini selepas maghrib nak minta izin keluar sekejap? Time-off. Alone.”

Pada mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun dan ada T-juntion yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun hari itu, si isteri ini tidak rasa tertawan dengan pelawaan itu.

Okey, tak apalah. Pergilah. Tetapi drive jangan ikut jalan yang itu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe, nanti abang jagakan anak-anak,” akhirnya suami yang baik hati mengalah.

Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami ambil alih segalanya. Disuruh isteri bersiap. Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.

Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia, terus buka radio. Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh. Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya. Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.
Suami Perlu Alert ‘Time-Off’ Isteri. Hanya 15 – 20 Minit Je
.

MasyaAllah, macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.

IKLAN

Bukan kita tidak dapat menerima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu dan isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga dan hidup untuk anak-anak dan suami. Tetapi kadangkala kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.

Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalunya diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil. Buka pintu rumah dan dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur. Subhanallah, rasa sungguh rindu dan sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.

Saya pergi ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangannya mendukung Insyirah dan ucapkan terima kasih.

“Dah okey dah? Happy tak?” tanya suami dengan prihatin.

“Alhamdulillah, 20 minit yang berharga.”

Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah. Mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah, insyaAllah kita akan rasa lebih baik. Jagalah ‘inner peace’ kita. Kalau dah mula asyik nak marah anak, dah tak boleh nak senyum, mula rasa nak memukul anak bila anak menangis minta dilayan, itu tandanya inner peace kita sudah kacau bilau. Bahaya, bahaya.

IKLAN

Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi dan bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.

Suami Perlu Alert ‘Time-Off’ Isteri. Hanya 15 – 20 Minit Je
.

Jangan rasa rendah diri jika meminta time-off dari suami. Jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang tak nak berpisah dengan anak-anak. Jangan, kita bukannya sedang bertanding siapa supermom dan siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri untuk menjaga kestabilan dan kebahagiaan ‘inner peace’ kita.

Golongan suami pula, beralahlah dengan isteri. kasihanilah isterimu, mereka tidak meminta banyak pun. Kadang cuma minta lima minit untuk mereka mandi dan menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tidak mahu berenggang sepanjang hari.

Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun, isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.

Jangan pula dikatakan isteri itu mengada-ngada. Jangan pula dikeji hina seolah-olah isteri yang duduk di rumah itu tiada sumbangan apa-ap. Isteri itu cuma meminta pertolongan agar ‘taufan’ dalam dirinya dapat diredakan. Bantulah mereka wahai lelaki yang budiman!

Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ini sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun sudah rasa gembira ya robbi. Wallahi!

Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally and mentally stabilized, ada seorang suami yang tidak pernah lokek untuk berlebih kurang.

SUMBER : Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI