Sakitnya hati wanita bila mendapat tahu suami atau pasangan curang di belakangnya. Kepercayaan yang diberikan seratus peratus telah dikhianati. Remuk redam hati bagai dihiris sembilu. Apa lagi yang kau mahu duhai lelaki. Makan dan minummu semua ku jaga rapi. Namun ini balasan atas harga pengorbanan yang diberikan.

Ya, curang memang bukan perkara mudah dan suami Anda tidak akan terlalu bodoh untuk pulang dengan pakaian ada kesan gincu atau haruman wanita. Namun, ada tanda-tanda yang lebih jelas untuk membuktikan seorang suami yang sedang berlaku curang

Ini antara tingkah laku pelik dilakukan olehnya;

1. Dia tiba-tiba mengubah penampilannya

Jika tiba-tiba suami membuat perubahan  yang begitu mendadak bukan satu hal yang normal. Contoh sering ke gymnasium menyatakan dia sedang berusaha menarik perhatian seseorang.

2. Tiba-tiba memberikan anda hadiah

Jika suami bersikap pelik sering memberi anda pelbagai hadian, ini juga antara tanda-tanda bahawa dia ingin menutupi kesalahannya atau mahu menyembunyikan kecurangannya dirinya.

IKLAN

3. Bersikap menjauhkan diri dari anda

Dia suka mencari salah isteri walaupun hanya kesalahan kecil demi menutupi dirinya yang sedang berlaku curang. Dengan cara ini dia dapat menjauhkan diri dengan isteri.

4. Dia menjadi sangat protektif terhadap telefonnya

Jika pasangan atau suami tiba-tiba sangat paranoid atau ketakutan ketika anda dekat-dekat dengan telefonnya, ini salah. Berbicara diam-diam dalam waktu yang lama juga merupakan tanda dia curang.

5. Tiba-tiba jadi seorang yang sibuk

IKLAN

Jika suami tiba-tiba menjadi sangat sibuk dengan pekerjaan atau mengerjakan sesuatu secara berlebihan hingga tidak memiliki masa dengan anda, besar kemungkinan dia telah bertemu dengan wanita lain.

6. Tidak menjawab telefon dari anda

Suami yang curang akan melambatkan atau  tidak pernah menjawab telefon dari isterinya. Ia akan memberi pelbagai alasan, seperti  sedang dalam kerja, mesyuarat dan sebagainya.

7. Naluri isteri kuat mengatakan dia ada melakukan kesalahan

IKLAN

Perasaan seorang wanita tidak dapat diabaikan begitu saja, Anda dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Sangat sukar untuk seorang suami yang curang dan bersikap normal, Anda akan merasa ada sesuatu yang sangat mengganggu perasaan.

8. Dingin untuk melakukan hubungan intim 

Jika tiba-tiba suami anda tidak lagi tertarik dengan hubungan intim, ia suatu masalah. Seks yang singkat boleh  jadi dia telah terpuaskan dengan orang lain, sedangkan seks berlebihan adalah tanda dari rasa bersalah.

9. Dia banyak membicarakan orang lain

Seorang suami yang sering menyebut nama seorang wanita di dalam percakapan anda, ini bermakna dia memiliki sesuatu dengannya. Ketika ditanya, dia akan menjawab bahawa wanita ini hanya sekadar teman dan ini boleh jadi benar-benar bahaya untuk anda.

Sumber: https://www.liputan6.com/lifestyle

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI