
Buruk-buruknya lelaki itu, dialah suami kita. Dialah yang kita pilih untuk bersama hingga akhirnya. Mungkin dalam segala hal, banyak kelemahan yang sering kita ungkitkan tapi ada kebaikan yang kita lupakan.
Jadi isteri, jadilah yang paling sabar dan meredhakan setiap apa yang berlaku. Paling tegas tapi lembut hatinya. Paling kuat tapi penyayang dalam segala hal. Percayalah isteri, suami itu adalah hadiah dari Allah untuk seorang isteri.
Isteri Insan Istimewa. Kalau Menyiasat Bagaikan Dewa Tapi Dulu Hingga Kini, Kaulah Lelaki Yang Dipuja-Puja

Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak. Lelaki ini kongsi, suami bukan takut bini sebab dia garang tapi…
TAKUT BINI
=========
Pendek je tajuk posting aku kali ni kan? Tapi pendek pendek macam ni lah yang paling kau orang goyang. Eleh, tak mengaku. Selalu orang cakap bukan takut bini tapi bini tak takut kita atau sayang bini punya hal.
Gila tak takut, bini kalau tekan mental suami bukan main main, boleh terangkat bontot. Lagi lagi bila suami buat hal. Bukan nak buat hal sangat pun, kekadang terbuat. Tergatal. Terkenyit. Terpandang. Tersentuh. Terngorat.
Bagi kita lelaki ni, buat hal macam mana sekalipun, isteri tiada tandingannya. Langsung tak ada. Yang mana tinggalkan atau abaikan isteri untuk orang ketiga atau orang luar, itu suami yang tongong.
Mana tak tongongnya, itulah wanita yang kau berhabis duit masa nak ngorat sampai lah kahwin. Wanita yang jaga makan pakai, sakit sihat dan melahirkan anak anak kau. Tetiba bila terjumpa orang lain, kau terus abaikan anak bini. Alahai tongongnya lah.
Kalau sampai kahwin lain tu berbaloi jugak, ini tak. Lepas tu kena tinggal. Buang duit, buang masa, buang tenaga dan buat lutut longgar je. Sebab tu kena takut bini. Bukan takut bini bermaksud tunduk depan bini, dengar cakap bini 100%, kau tu lelaki sebagai pemimpin. Bukannya dipimpin.
Maksud takut bini tu ialah takut bini hilang. Takut bini merajuk. Takut bini sakit hati. Sebab apa kena takut? Sebab kau akan menyusahkan diri dan pergerakkan kau sendiri. Bini ni bila dia rasa yang kau tipu atau buat hal, dia akan bertukar jadi orang yang sangat detail. Umpamanya habuk kat atas bumbung dan dalam tangki air pun dia boleh kesan. Punyalah hebat.
Banyakkan berbincang dan berkomunikasi selalu. Bila dah seminggu dua kurang bercakap, kurang bemesra, percayalah satu hari nanti semua itu akan berterusan dan mengakibatkan perpisahan. Nak bina balik susah. Sangat susah. Nak runtuhkan, semudah kau petik jari.
Aku tak pernah suka berkawan atau kenal orang yang suka maki, pukul, dan keras kat bini dia terutamanya yang tak reti menjaga maruah dan aib bini. Tak kisah kau siapa tapi kalau kau orang tu, memang aku tak mengaku kawan aku. Sibuk cakap pasal maruah kau sebagai lelaki tapi maruah isteri kau injak injakkan.
Bini merajuk sebab perlukan perhatian. Bini marah sebab dia tak nak kau terleka. Bini membebel sebab dia nak meluahkan. Bini soal sebab dia nak tahu insan dunia akhirat dia berlaku jujur. Bini menangis sebab dia sayangkan hubungan dan rumah tangga yang dibina.
Isteri itu insan istimewa. Kalau menyiasat bagaikan dewa. Tapi dari dulu hingga kini, kaulah lelaki yang dipuja puja. Setiap saat takkan habis teruja. Kekal setia walau badai melanda.
#SuamiMithali
#TillJannah
#LebihGeli
Rasa Hormat Pada Suami Berganda Bila Kerap Berjemaah Bersama

Suasana harmoni bagi pasangan yang sudah berumahtangga dan pasangan yang berkasih sayang mempunyai persefahaman yang baik. Suasana bahagia serta ikatan yang di bina bermula dari akad nikah tidak semudah yang disangka. Perkara yang paling penting ialah sikap mendidik yang betul dan berhemah antara satu sama lain.
Sembahyang 5 kali sehari adalah wajib dan ia merupakan tiang agama. Sekianya suami isteri tidk berkesempatan untuk sembahyang jemaah bersama-sama, sekurang-kurangnya ambil masa semasa sembahyang maghrib ataupun isyak. Mungkin dari mata kasar, kebaikannya tidak dapat lihat.
Tapi anda harus mempercayai, ia akan terus tersemat didalam hati dan jiwa anda dan pasangan. Mungkin permulaannya akan rasa sedikitmenganggu namun percayalah, lakukan jemaah bersama secara perlahan-lahan dan rasai nikmat suasana rumahtangga yang harmoni dan bahagia.
Kemesraan suami isteri
Jalinan jujur yang dibina melalui sembahyang berjemaah bersama pasangan boleh memberikan kemesraan selepas waktu solat. Saat suami isteri bersalaman dan meminta ampun di antara satu sama lain akan menjadikan hati sejuk dan jauh dari hasutan dan anasir jahat syaitan yang sering mengoda.
Bersama menuju ke syurga
Sering berjemaah bersama-sama, secara sekaligus, anda membina sebuah jambatan menuju ke syurga bersama pasangan. Yakinlah kepada Allah SWT yang memberikan banyak pahala buat anda dan pasangan. Munurut hadith Rasullah SAW yang mengatakan bahawa, jika sering sembahyang berjemaah anda akan mendapat 27 darjat berbanding sembahyang sendirian.
Saling hormat menghormati
Sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain dan si isteri akan mula timbul rasa hormat pada si suami. Bagi isteri, si suami merupakan ketua (imam) ketika sembahyang dan berdoa serta turut diaminkan oleh isteri. Bersama-sama dalam menuntut ilmu agama Allah SWT bersama-sama dan dapatkan keberkatan dalam membuat ibadah barulah semuanya memberikan manfaat yang baik.
Kukuhkan tiang rumahtangga seperti anda menjaga sembahyang. Jangan sesekali anda abaikan sembahyang yang memberikan banyak kebaikan untuk diri anda sehingga ke syurga. pimpinlah keluarga dan isteri anda agar bersama-sama menuju ke syurga yang hakiki. Memerik dari laman wanista.com.
Dalam Tempoh Bertunang Inilah, Antara Pasangan Kenal Keluarga Si Dia Betul-Betul

Terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
– Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
– Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
– Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
PERTUNANGAN DI SISI ADAT
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.
WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama – terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.
Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar.