Tip
  • 425
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    425
    Shares

Keinginan seks antara lelaki dan wanita tidak sama. Itu realitinya. Apabila keinginan tidak setara, anda perlu sentiasa peka dan bersedia menyempurnakan apa jua hasrat pasangan. Jika tidak berjaya, maka diri anda gagal untuk menyerlah di hadapannya. Kelak, pasti si dia akan mengelak untuk bersama. Itu yang ditakuti, bukan? Ini antara aksi intim yang boleh anda praktikkan buat si dia.

PENUHI FANTASINYA

Sex fantasy is a guilty pleasure. Adakala ia boleh mewujudkan dilema tetapi hasilnya pasti mengujakan. Sebenarnya, wanita terbuka untuk ruang bermain fantasi tetapi ia perlulah bermula dengan suami terlebih dahulu. Tanyakan kepada si dia, jika dia berminat untuk anda membawa watak tertentu sebelum bermulanya hubungan intim. Tidak kisahlah apa jua karakter, ia mampu mewujudkan pengalaman baharu dalam rutin seks anda. Tip patut ikut – Jangan takut untuk kelihatan kelakar di hadapannya, tetapi anda perlu memainkan karakter yang diberi sehabis baik. Yang penting janganlah sampai anda tertekan pula. There is no best actor award for this!

TURN ON THE ROMANCE

Bersikap romantis ketika di awal permulaan cinta dan ketika berada di atas ranjang bersamanya adalah dua perkara yang berbeza, tapi motifnya sama. Oleh itu, jangan sesekali anda mengendahkan tentang kepentingan bersikap romantis ketika berhubungan intim. Memakai bau-bauan, meletakkan kelopak bunga di atas katil mahupun membakar lilin aroma di setiap penjuru bilik. Siapa yang tidak tertawan bukan? Jadi amalkan!

 ANGKAT DIA

Give her a lift! Ini rahsianya! Jangan terkejut jika pasangan inginkan anda untuk mengangkatnya, membawanya rapat ke dinding dan serta-merta menyentuhnya. Mungkin ia kedengaran agak klise tetapi inilah antara aksi yang diidamkan pasangan. Percayalah, perbuatan ini merupakan antara yang paling diminati wanita masa kini.

LELAHKAN DIA

Sex can be an adrenaline rush for some people. It’s chaotic, but it’s magical. Ini adalah bingkisan kata-kata daripada pakar terapi seks terkenal, Laura Berman, Ph.D. Seks yang mendatar tanpa didorong oleh aksi kasar dan memberahikan sewajarnya dielakkan. Oleh itu, lelaki perlu terbuka untuk melelahkan pasangan – iaitu mengasarinya dengan penuh etika, di samping menawarkan ‘sesuatu’ untuk diusahakannya. Biarkan si dia kepenatan, asalkan aksi intim anda berdua berakhir dengan satu kepuasan.

 PIMPIN DIRINYA

Do not sitting there and do nothing! Berdasarkan iaitu penyelidik seks, Debby Herbenick dari Universiti Indiana, wanita tergilakan seorang lelaki di ranjang yang bersedia untuk mengambil alih (take charge) dalam setiap aksi dalam perjalanan seks tersebut. Wanita sebenarnya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang arahan, asalkan ia bersesuaian dan boleh diterima. Arahan tidak semestinya dengan kata berjela-jela, cukup sekadar aksi spontan dengan bantuan sedikit upaya.

 MENGGELETEK

Kata orang-orang tua, geletek-geletek manja. Sentuhan ringan seperti geletek tickle, cuit squeak mahupun cubit pinch merupakan sentuhan ‘ajaib’ yang boleh anda usahakan. Wanita sebenarnya tidak mahu perjalanan seks mereka terus di pertengahan mahupun klimaks. Mereka lebih suka lelaki untuk melayani mereka seperti ‘bayi’ yang ingin dibelai dan dimanja. Selain menggunakan jari-jemari, geletek menggunakan bulu ayam (feather) boleh memberahikan dan memberikan impak ‘elektrik’ ke atas kulit lembut mereka. Cubalah!

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: