Tip
  • 758
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    758
    Shares

Buat pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin, sudah tentunya malam pertama ialah malam  yang menjadi kenangan saat indah buat mereka. Jika mahu kebahagian berpanjangan, jadikan malam-malam seterusnya seperti malam pertama anda. Mungkin keghairahannya tidak sama tapi kebahagiaanya berpanjangan. Namun amalkan doa sebelum Bersama dengan pasangan.

Soalan:

Setiap kali ingin berjimak dengan isteri, saya membaca doa, surah al-fatihah dan surah al-ikhlas dengan tujuan hubungan kami itu diredhai Allah dan mendapat anak yang baik. Tapi menurut pendapat teman-teman , haram membaca surah-surah itu kerana saya berada dalam keadaan hadas besar. Benarkah begitu?

Jawapan :

Sunat membaca doa-doa dan ayat-ayat al Quran yang tertentu jika ketika hendak bersama dengan isteri atau suami.

Doa yang diajar oleh Nabi SWT ialah seperti berikut:

“ Allah humma jannibnassy syaiton wa jannibisy syaiton ma razaqtana.”

Sebelum itu disunatkan juga membaca bismillah. Demikian menurut adab sebelum bersetubuh yang diajarkan oleh Nabi SWT.

Adapun ketika sedang melakukan hubungan jenis dengan isteri dilarang membaca basmalah atau sebarang ayat Al-Quran secara lafaz(lisan). Tidak mengapa jika ia dibaca di dalam hati.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: