Tip

Setiap wanita yang sudah berkahwin tentunya mengharapkan zuriat. Sebaik disahkan seorang wanita itu hamil, ia suatu perkara yang menakjubkan. Ia menjadi suatu momen indah dalam hidupnya. Namun, bukan semua wanita sempurna dan mudah hamil.  Ada beberapa keadaan  yang menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil.

Untuk itu, beberapa tip ini boleh membantu wanita untuk hamil dan segera memiliki zuriat.

  1. Kenal pasti hari subur anda

Mengetahui bilakah waktu tersubur sangat penting apabila pasangan ingin merancang kehamilan. Umumnya, ovulasi terjadi antara 12 dan 16 hari sebelum menstruasi. Sel sperma boleh tetap hidup selama tiga hingga empat hari, sementara sel telur dapat disenyawakan antara 24 hingga 48 jam.

  1. Makanan yang merangsang kesuburan

Pengambilan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang ada dalam buah dan sayuran, serta vitamin dan asid folik terdapat dalam cereal, juga lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti tuna, salmon, ikan sardin dan kerang.

  1. Posisi seksual

Cubalah posisi yang memungkinkan untuk penetrasi lebih dalam, terutama seperti misionaris. Ini membantu air mani masuk ke vagina. Jangan lepaskan penis segera setelah ejakulasi, sehingga sperma tidak keluar dari vagina. Hindari juga posisi berdiri atau wanita di atas, kerana boleh membuat sel sperma keluar dari vagina lebih cepat.

  1. Rawatan

Beberapa rawatan seperti tablet depresi atau kecemasan, boleh mempengaruhi kesuburan hingga cacat pada janin dan keguguran. Berbincang terlebih dulu dengan doktor tentang hal ini.

  1. Kualiti sperma

Kualiti sperma juga penting untuk kehamilan. Stres, lelah, tekanan, alkohol berlebihan, tembakau, pengambilan ubat serta kebiasaan makan yang buruk mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma.

  1. Cinta

Zuriat tentunya juga hadir kerana cinta. Hubungan seksual juga harus dilakukan dengan penuh rasa cinta, kerana ini memperkuat hubungan serta mencapai tujuan anda. Namun, jika memang ada berbagai hal yang tidak memungkinkan anda untuk hamil, ada beberapa pilihan seperti membuat rawatan IVF atau mengambil anak angkat.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: