Hanya dengan sekali lafaz, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, selamat bergelar suami kepada Asha Merican, 25, juga merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Pasangan ini jarang berkongsi kisah peribadi mereka di laman sosial.

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami IsteriPada majlis ijab qabul yang disaksikan keluarga dan rakan-rakan terdekat, bekas peserta Hero Remaja edisi 2017/2018 itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1000 kepada pengantin perempuan.

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami IsteriPasangan pengantin baru kelihatan berseri dalam persalinan serba putih di majlis pernikahan yang diadakan di Magica Events. Baju nikah pasangan ini mendapats entuhan dari pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat manakala solekan oleh @aqilasriii.

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami Isteri

IKLAN

Dalam kemeriahan majlis tersebut, Harris bagaimanapun tidak menahan emosi saat menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada ibunya yang juga merupakan seoarang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami Isteri

IKLAN

Majlis pernikahan tersebut turut dikongsikan secara Live menerusi Instagram Harris Annuar.

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami Isteri

IKLAN

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Bercinta Dalam Diam Selama 4 Tahun, Harris Annuar & Asha Merican Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Difahamkan Harris dan Asha telah menjalinkan hubungan cinta secara diam-diam sejak empat tahun lalu dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing. Laman Instagram Harris mahupun Asha dipenuhi ucapan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Foto: Instagram @nadiaannuar & harrisannuar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI