Siapa sangka bertemu bertemu jodoh mudah hanya di media sosial. Segala-galanya bergantung pada rezeki masing-masing. Takdir Allah s.w.t kita tidak boleh menafikan. Media sosial telah mempertemukan Fatin Aqilah Bt. Mohd Raman dan Shafiq Amirrudin B. Mahadi  berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing secara rapat hingga membawa keduanya ke jinjang pelamin.

Ternyata pertemuan pertama mereka berdua membawa rentetan perkenalan yang lebih rapat hingga berjaya membuka hati keduanya untuk bicara soal perkahwinan. Ikuti perkongsian perkenalan pasangan ini hingga lebih serius hingga menyatukan mereka menjadi suami isteri.

 Bagaimanakah anda dan pasangan mula berkenalan dan ceritakan detik pertemuan buat pertama kali.

Kami kenal melalui salah satu media sosial iaitu tahun lepas iaitu bulan empat. So he approached saya dahulu dan kami hanya bicara tentang kehidupan . Beberapa hari kenal, kami buat keputusan untuk berjumpa. Saya masih ingat perjumpaan kami Empire subang, selepas waktu kerja. Saya tunggu dia berdekatan kedai buku lebih kurang 10 minit. Kali pertama dia muncul dalam hati berkata “ oh this is him.. okay” �. Hati sangat berdebar, maklumlah blind date kan! Kemudian kami pergi makan dan seterusnya dia menawarkan diri untuk menghantar saya pulang, dan entah kenapa saya cakap ‘ yes’, dah la kali pertama jumpa!

Berapa lama tempoh percintaan sebelum mengambil keputusan untuk terus berkahwin. Apakah yang membuatkan anda membuat keputusan sedemikian?

Tempoh yang sangat singkat saya kira iaitu lebih kurang sebulan. Agak terlalu awal, tapi ada sesuatu tentang dia yang buat saya begitu yakin yang dia adalah orangnya. Sikap dia yang easy-going dan sering menjadikan diri saya yang utama menjadi tarikan. Selain itu mungkin sebab sudah sampai jodoh dan Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Bilakah tarikh anda berdua berjumpa dan berkenalan? Nyatakan detik perkenalan anda berdua?

IKLAN

Kali pertama mengenali satu sama lain di media sosial ialah pada 11 April 2017. Seterusnya kami memberanikan diri berjumpa dan makan malam yang pantas pada 14 April. Keesokkan hari kami bersua lagi, saya pelawa dia untuk tengok wayang (acah-acah offer), tak sangka dia bersetuju. Hati seronok bukan kepalang ketika itu dan pada hari tersebut 15 April 2107 merupakan official date kami berdua.

Bagaimanakah lamaran dibuat? Terangkan momen tersebut

Ingat lagi ketika itu dia beritahu saya dalam kereta di mana dia terus terang mahu mengahwini saya. Dia seorang yang berterus terang. Balas saya , kalau betul-betul serius mahukan saya, dia perlu berjumpa ibu dan ayah saya. Ternyata dia lakukan. Dia terus datang rumah ke rumah dan menyatakan hasratnya untuk mengahwini saya. Saya kagum dengan keberaniannya. Maka  pertengahan Julai kami bertunang.

Bagaimanakah respon keluarga mengenai perkara  ini?
Keluarga saya terbuka dengan syarat lelaki itu boleh jaga saya dan betul-betuk sayangkan saya, mereka tidak menolak.  Sebab mereka tahu apa yang saya sudah lalui sebelum ini , dan  Alhamdulillah mereka setuju selepas jumpa dia.

IKLAN

Apakah perasaan anda sebagai suami isteri selepas berkahwin?
 I feel blessed ! That’s all I can say! Selain itu rasa tidak percaya sebab dalam masa kurang dari setahun kenal , kami dah kahwin. Tentunya semuanya masih baru dan masih belajar dan proses kenali hati budi masing-masing.

Adakah keputusan anda untuk berkahwin adalah keputusan yang betul walhal anda tidak mengenali pasangan anda sebelum ini?
Tidak dinafikan pada mulanya timbul juga rasa ragu-ragu dan fikir  betul ke keputusan yang saya  buat. Saya berdoa setiap hari semoga semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya yakin pada Allah dia adalah yang terbaik untuk saya. Ada sebab kenapa saya jumpa dia. Alhamdulillah kehidupan dari hari ke hari semakin baik dan masih lagi belajar mengenal antara satu sama lain.

Apakah keistimewaan yang ada pada pasangan anda sehingga menyebabkan anda mengambil keputusan untuk hidup bersama?

IKLAN

Dia mempunyai  tarikan dia tersendiri yang buat saya senang dengan dirinya. Lain dari yang lain. Dia juga seorang pendengar yang setia selain bertanggungjawab. Dia mempunyai tiga orang adik perempuan dan saya suka lihat cara dia melayan mereka membuat diri saya bertambah yakin dengan dia.

Apakah pendapat dan pandangan anda mengenai isu dikenenkan?

Pada pendapat saya perkara dikenenkan ini susah sikit, sebab ada orang tidak kisah ada orang kisah. Sebab zaman sekarang ini kalau boleh masing-masing mahu mencari pasangan mengikut cita rasa sendiri tak suka dikenenkan. Sebenarnya terpulang pada individu itu sendiri.
Ada juga kenalan saya yang dikenenkan,tak lama kemudian mereka kahwin, sudah jodoh katakan.

Apakah nasihat anda buat mereka yang ingin berkahwin dalam tempoh perkenalan yang singkat?

Apa yang boleh saya kongsikan ialah kita kena fikir betul-betul ,kenal siapa dia dan keluarga dia. Tengok penerimaan keluarga dia macam mana dan kesungguhan masing-masing dalam hubungan. Kalau satu pihak saja yang bersungguh tidak menjadi juga. Oleh itu kedua pihak kena bersungguh dan yakin pada Allah dan diri masing-masing.

Dalam proses yang singkat itu,cuba kenal hati budi masing-masing dan be transparent antara satu sama lain. Kalau bergaduh itu perkara biasa, cuma kena tahu cara nak selesaikan lagi-lagi bila dah kahwin. Alhamdulillah saya dan suami gembira dan kami masih learning about each other and now we’re expecting our first baby!

Foto : Koleksi Peribadi Fatin Aqilah & Shafiq Amirruddin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI