Dari dahulu sehingga sekarang, lelaki yang mempunyai perwatakkan ceria dan juga lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita. Kenapa? Ikuti penerangan tentang lelaki berpewatakan lucu oleh pakar motivasi, Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad di bawah.

Jenis-jenis Suami Idaman, Yang Ada Sense of Humour Paling Best

 

Soalan yang cukup bagus diutarakan mengenai rahsia lelaki buat bacaan wanita juga isteri di luar sana. Cuma jangan keliru dengan perbezaan ‘lelaki kelakar’ dan lelaki yang memiliki ‘sense of humour’ di dalam diri mereka. Ke dua-duanya berbeza.

 

Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.

IKLAN

Jenis-jenis Suami Idaman, Yang Ada Sense of Humour Paling Best

Lelaki ‘Sense of humour’ – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya mengembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.

 

Jadi mana satu pilihan anda? Senang cerita beginilah, kaum wanita gemar mengejar lelaki yang mempunyai sense of humour (SOH) berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka. Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.

IKLAN

 

Berbanding lelaki SOH, mereka lebih relaks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda. Mereka mudah membahagiakan pasangannya.  Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.

Jenis-jenis Suami Idaman, Yang Ada Sense of Humour Paling Best

IKLAN

Ciri-ciri lelaki SOH:

  1. Gentlemen – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.
  2. Cepat tenang – tidak stress dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.
  3. Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.

Jenis-jenis Suami Idaman, Yang Ada Sense of Humour Paling Best

Dengan info di atas, maka anda sudah mengetahui satu lagi rahsia dari seorang lelaki. Dunia lelaki cukup mudah tetapi agak sukar untuk difahami oleh wanita. Jika anda wanita mempunyai pasangan kelakar, syukur kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan tetapi mungkin anda dapat membantunya menjadi lebih bijak dengan memberi nasihat di atas. Jika anda memiliki pasangan lelaki SOH, ternyata anda cukup bertuah!

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI