Tip
  • 143
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    143
    Shares

Bila sebut tentang hubungan cinta, tentu ia penuh dengan rintangan yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Perselisihan faham sering terjadi dalam perhubungan sekali gus boleh merenggangkan hubungan anda dengan pasangan. Sebab itulah hubungan dengan pasangan kena sentiasa ngam agar percintaan yang anda jalinkan bahagia dan harmoni.

Bagi mendapatkan hubungan yang ngam ini dengan pasangan, kuncinya ada pada 8 perkara ini. Pastikan anda beri perhatian agar hubungan anda bersama pasangan akan bertambah erat.

1. JANGAN MENIPU

Siapa yang suka ditipu? Kalau anda dalam hubungan yang baik dengan pasangan, tiba-tiba anda tahu hubungan itu hanyalah palsu. Pasti anda terasa seperti membuang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul penipuan-penipuan yang lain.

2. SELALU BERSAMA

Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan pasangan. Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita, tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.

3. JANGAN BERPURA-PURA

Memang anda sentiasa mahu menjaga hati si dia walaupun dalam hati anda sebenarnya ada benda yang anda tidak suka dengan dia. Buang sifat itu kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri anda menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. Ada pula yang sanggup melukakan diri hanya kerana anda enggan memberitahu seseuatu yang anda tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan anda. Cuba buang sifat tu, terus-terang apa yang anda ingin katakan kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.

4. MINTA MAAF DENGAN IKHLAS

Kalau mahu meminta maaf, buatlah dengan ikhlas dan dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respons daripada si dia. Kalau dia tidak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia rasa tenang hati misalnya anda boleh meninggalkan sekeping nota dan nyatakan yang anda mohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.

5. SELESAIKAN MASALAH DENGAN CEPAT

Bila anda bergaduh dengan pasangan, tidak kiralah fasal apa pergaduhan itu jangan sampai ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya diselesaikan dengan cepat. Katakan hari ini anda bergaduh, lepas itu anda terus tidur, malas mahu melayan kerenah pasangan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, dan minggu depan. Nanti lama-kelamaan ia boleh mendatang stres kepada anda dan pasangan hingga menjejaskan hubungan anda berdua.

6. JANGAN SEBUT TENTANG PUTUS HUBUNGAN

Jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali anda berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa anda terus kepada negatif. Jika setiap perbalahan berakhir dengan keputusan untuk berpisah, ia adalah penyelesaian yang negatif. Lebih baik anda fikir dahulu sebelum berkata-kata. Gara-gara mulut, badan binasa!

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: