Kebanyakan wanita hari ini punya kerja dan ada pendapatan sendiri. Kemampuan ini sekali gus menjadikan kaum hawa semakin berdikari malah boleh dikatakan terlalu independent.
Lihat saja isteri sekarang, ramai yang mengambil alih tugas suami kerana selesa menguruskan urusan itu sendiri. Tapi buat suami jangan terlalu senang hati bila punya isteri yang serba boleh ini.
Salah satu kesilapan besar kaum lelaki hari ini adalah membiarkan isteri melakukan banyak perkara sendiri. Memang memudahkan anda tapi untuk perhubungan ia membahaya. Ini pengakuan dari lelaki sendiri ya.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .
Ini tanda isteri independent
IKLAN
Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .
Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds.
Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan tv sendiri.
Dalam sesebuah perhubungan kena ada sikap tolak-ansur dan tolong-menolong antara pasangan. Zaman sekarang ramai wanita mampu berdikari dalam banyak hal tanpa memerlukan pertolongan kaum lelaki. Tapi tu tak bermakna peranan lelaki sebagai pasangan wanita tersebut boleh diambil mudah!
Seorang suami berkongsi cara paling mudah untuk menghargai wanita yang pandai berikari dan menguruskan banyak hal tanpa meminta bantuan orang lain. Agak-agak kaum lelaki kat luar sana boleh buat tak?
Langsung Tak Tanya Rutin Pasangan
IKLAN
Tahu tak,kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship, i tell you .
Yup, perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju.Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower. Atau seronok makan kek depan tv sendiri.Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari .
Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri. Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi? So, hati-hati…
IKLAN
“Don’t Take Them For Granted”
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life . But dont take them for granted .
Call , text or talk to her daily . Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-bendani. Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu .
At least ask her – How hectic was your day today ? Did u sleep you well last night ? Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam . Dan sekurangkurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya.
Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role modelâ€. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda. Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada Kerosakan Rahim Di Usia Muda.
.
1.Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
2.Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
.
3.Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
4. Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada!
5. Jika Anak-Anak Gadis Mengalami Senggugut, Gangguan Perdarahan Dan Edaran Haid, Elok Buat Ultrasound Scan Perut Untuk Kesan Masalah Peranakkan Dan Ambil Langkah-Langkah Awal Untuk Mengawal Dan Mencegah kerosakan rahim.
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.
Jika tahun-tahun sebelumnya, perkara-perkara ini hanya berlaku dari kejauhan, berlainan pula dengan tahun ini. Kali ini, mesti lagi seronok sebab dah ada pasangan halal. Admin kongsikan perkara pasangan baru betul-betul excited bila hari raya.
1.Sembahyang Raya
Masuk bab ni, confirm ramai pasangan yang baru kahwin tak sabar nak tunggu! Yelah, sebelum ni selalunya pergi sembahyang raya sendirian. Tapi tahun ni ada peneman pula.
2.Berkenalan dengan Saudara-mara pasangan
Seronoknya nak berkenalan, beramah-mesra dengan saudara baru, paling excited sekali masuk bab saudara-mara nak berkenalan. Tanya pelbagai soalan.
3.Memasak bersama
Kalau kita balik awal sehari atau dua hari sebelum raya, perkara ni yang membuatkan kita rapat dan lebih mengenali keluarga pasangan kita. Masa ni jangan duduk sahaja tanpa membantu ok. Ramai mata yang memerhati.
4.Balik Kampung Bersama
Tahun-tahun sebelum ni, buat anak perantau bila balik kampung, antara balik sendiri atau balik bersama dengan kawan-kawan. Tapi berlainan dengan tahun ni. Ada peneman berbual. Confirm mata tak jadi lena.
5.Kongsi Duit Raya
Siapa ada anak buah ramai? Tahun ni tak perlu risau lagi. Anda dan pasangan boleh sama-sama kongsi untuk bahagi duit raya. Jadi, bukan terletak pada anda seorang. Jimat!
6.Berpakaian Sedondon
Bab ni sebelum raya mesti dah plan nak berpakaian sedondon kan. Jadi, bila hari raya adalah hari di mana nak bergambar bersama pasangan pakai sedondon dan kongsi di media sosial masing-masing.
7.Bermaaf-Maafan
Sebelum ni hanya menerusi whatsapp atau panggilan telefon sahaja. Tapi tahun ini, dah boleh bersalam dan bermaafan. Lagi syahdu dan berkat kan?