Idea
Pening Tak Tahu Nak Pilih Apa? Ini Senarai Idea Hantaran Yang Confirm Menarik !

Pening Tak Tahu Nak Pilih Apa? Ini Senarai Idea Hantaran Yang Confirm Menarik !

Masih keliru ataupun tidak mempunyai idea untuk memilih perkara apakah yang ingin dijadikan barang hantaran? Jangan pening ataupun kusut memikirkan ia, kerana disini kami kongsikan senarai panduan barang-barang yang kebiasaannya dijadikan barang hantaran oleh pasangan-pasangan muda di Malaysia. Moga-moga perkongsian admin kali ini bermanfaat bagi anda dan pasangan!

Selalunya jumlah barang hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan adalah kurang 2 dulang dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Pihak perempuan kena bagi lebih kepada pihak lelaki. Contohnya,

3 Berbalas 5
5 Berbalas 7
7 Berbalas 9
9 Berbalas 11
11 Berbalas 13.

Tapi, apa-apa pun biarlah ikut kemampuan masing-masing, kalau tak mampu boleh buat 3 berbalas 5 sahaja. Jangan membazir ok!

  1. COKLAT

Untuk manisan korang boleh bagi coklat. Antara kebiasaanya adalah ferrero rocher, cadbury, toblerone. Ha kalau nak murah korang kirim lah kat sesiapa yang ke Langkawi tu. hihi Coklat kat Langkawi kan murahh taw!

2. KEK

Kek sebagai hadiah hantaran. Pastikan kek yang pasangan korang suka lah ya.

3. BUAH-BUAHAN

Selain coklat & kek sebagai manisan, buah-buahan juga boleh dijadikan barang hantaran.

4. SET MINYAK WANGI

Set minyak wangi ni pihak lelaki boleh beri ke pihak perempuan dan pihak perempuan juga boleh beri ke pihak lelaki.

Yang penting bincang dulu dengan pasangan korang takut nanti ada yang tak suka dengan bau pilihan korang, dah membazir tak pakai nanti. hihi

5. SET MAKE UP

Haa, yang ni sah sah lah hanya pihak lelaki sahaja yang beri ke pihak perempuan kan. Kalau pasangan korang tu suka bersolek, memang elok lah hadiahkan set makeup ni sebagai barang hantaran!

6.SET PENJAGAAN MUKA

Selain set makeup, set minyak wangi, set penjagaan muka juga boleh dijadikan sebagai barang hantaran. Ni lelaki & perempuan boleh bagi.

Tapi ingat , set penjagaan muka juga perlu berbincang dengan pasangan juga, takut pasangan korang kulitnya jenis sensetif , pastikan tak salah beli ya.. takut rosak kulit muka nanti.

7. KASUT

Kasut tak semestinya kasut formal, kalau pasangan korang suka bersukan, korang boleh hadiahkan kasut suka sebagai hantaran.

8. KEMEJA ATAU BAJU

Selalunya pihak perempuan yang hadiahkan kameja untuk lelaki. tapi boleh je nak hadiah baju juga untuk pihak perempuan. Baju malam pertama ke HAHA.

9. JAM TANGAN

Jam tangan ni juga salah satu sentimental value yang korang boleh jadikan sebagai hadiah hantaran.Beli yang mahal sikit dan tahan lama pastinya.

10. TELEKUNG/SEJADAH

Untuk hantaran ke pihak perempuan, lelaki boleh hadiahkan telekung & sejadah. telekung yang femes tuu SIti Khadijah githew,

11. BAG TANGAN

Wuu, ni kalau perempuan yang gila handbag ni tak sah kalau tak dijadikan hadiah hantaran. So, pada lelaki kat luar sana, jangan lupa hadiahkan bag tangan untuk pasangan korang sebagai hantaran ya.

12. GADGET

Hmm, yang ni sis tak kata wajib ya, ikut kemampuan masing-masing. kalau ada budget lebih atau memang nak hadiakan kepada pasangan korang, boleh jadikan sebagai hadiah hantaran. Ni kalau dapat Iphone X nii hmm yabedabeduuu

13. WANG MAS KAHWIN

Yang Wajib ni pastikan ada ya untuk pihak lelaki hadiahkan ke pihak perempuan. Selalunya di framekan atau dilipat-lipat jadikan bunga kalau orang dolu-dolu hehe.

14. BARANG KEMAS

Barang kemas juga boleh hadiahkan ke pihak perempuan. Boleh hadiahkan rantai, gelang atau cincin.

 

 

Serlah Gaya Pengantin Dengan Solekan Dan Rambut Yang Sempurna

Serlah Gaya Pengantin Dengan Solekan Dan Rambut Yang Sempurna

Aura memukau saat bergelar raja sehari pasti menjadi idaman si ratu sehari. Oleskan nada cinta pada raut wajah dan dandanan memukau agar tampil bagaikan puteri kayangan di majlis meraikan cinta. Serlahkan kejelitaan sejati buat tatapan si dia dan hadirin yang hadir.

  1. Tampil minima dengan solekan ringkas menggunakan rona-rona tanah. Sapuan pembayang mata yang sedikit berkilat mencipta gaya yang lebih glamor.

TIP: Letakkan penggaris mata rona hitam agar solekan mata tampak lebih galak dan menyerlah. Solekan jenis ini sesuai buat majlis pernikahan.

 

  1. Serlahkan keanggunan ratu sehari dengan rambut gaya high braided bun Ternyata gaya dandanan ini mampu memberi kelainan agar anda tampak lebih kemas dan moden di majlis bahagia.

TIP: Padankan dengan tiara ringkas jika ingin tampil lebih anggun dan memukau. Elakkan daripada memakai layah yang sarat dengan perincian manik.

 

  1. Chicdan sweet! Gaya solekan ini memberi lebih tenaga buat si ratu sehari. Padanan rona pastel pada kelopak mata tampak sempurna dengan pilihan gincu berona merah jambu lembut.

TIP: Elakkan daripada memakai pembayang pipi berona terang. Oleskan sedikit glossy agar bibir tampak lebih mungil.

 

  1. Cetuskan sedikit kelainan buat gaya ratu sehari dengan rambut gaya low braided bun Tampak lebih berani dan moden, gaya rambut ini bakal membuatkan hadirin terpukau.

TIP: Anting-anting yang ringkas lebih padan digayakan dengan jenis dandanan ini. Tiara juga boleh dipadankan, namun elakkan daripada memakai rantai yang terlalu besar atau sarat.

 

 SOLEKAN & DANDANAN : EMMA MUSTAFA MODEL : MYSARA BUSANA : ARMA COUTURE

Idea Barang Hantaran Digubah Indah Buat Sidia

Idea Barang Hantaran Digubah Indah Buat Sidia

Berbalas kasih memeterai cinta dua hati menjadi satu. Ikatan murni mengikat janji setia hingga ke akhir hayat. Gubahan hantaran kasih menyuntik romantis cinta sebagai saksi saat mempelai dua sejoli bakal disatukan. Dulang hadiah berhias bunga disua berbalut dengan penuh adat.

Aura jelita yang terpancar bersama olesan rona segar daripada palet produk jenama terkenal ini nyata tampak memukau pandangan. Kesegaran                                yang dirasai membuatkan raut wajah tampak berseri dengan set penjagaan kulit yang berkualiti tinggi.

 

Wangian cinta memberi kesegaran yang berpanjangan saat mempelai mengatur langkah ke mahligai cinta.  Set perhiasan kemas daripada                                        Swarovski ini mempertaruhkan kelainan dengan rekaan yang minimalis dan moden.

 

Aksesori jam tangan yang penuh bergaya dengan rona elegan ini mampu membuatkan penampilan lebih stailo. Pautan cinta lebih bermakna                                       bersama iringan hadiah gajet yang melambangkan ikatan dua jiwa.

 

Jiwa seakan-akan mengerti dan hati mula berbicara saat dulang cinta diterima berisikan tas tangan daripada jenama mewah ini. Sepatu rekaan                                 minimalis ini meraikan langkah penuh bermakna ke teratak bahagia untuk menyempurnakan jalinan cinta.

Cetus Kelainan Majlis Resepsi Dengan Tema Night Dinner Glam Beach

Cetus Kelainan Majlis Resepsi Dengan Tema Night Dinner Glam Beach

Setiap pasangan mengimpikan majlis perkahwinan yang meninggalkan memori yang bermakna. Buat pasangan Tajul Aiman Aznan dan Nor Afifah Habib Mohamed memilih majlis resepsi mereka dengan tema Night Dinner Glam Beach. Majlis resepsi berlangsung dengan penuh meriah yang dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai. Dianggarkan lebih kurang 2000 jemputan hadir pada malam tersebut.

Villa Kuchinta, Kuantan menjadi lokasi untuk majlis istimewa ini. Memilih waktu malam dan dihiasi lampu fairy light memberikan suasana tenang dan glamor. Azmi dari Dream Catcher bertindak  sebagai perancang perkahwinan untuk majlis ini.

Idea lahir setelah pihak pengantin perempuan iaitu Fifi menetapkan lokasi majlis. Fifi menyukai akan dekorasi serba putih dan kombinasi rona hijau. Maka Azmi mencadangkan kepada pengantin untuk mendirikan pelamin berhadapan kolam. Ditambah dengan pemandangan yang indah mengadap pantai. Pokok-pokok kelapa menjadi penyeri majlis ditambah dengan hiasan lampu. Kebanyakan idea dari pengantin sendiri kerana dia mahukan kelainan.

Antara jenis-jenis  bunga yang digunakan ialah roses, hydrangea dan daun-daun  hijau. Tiada kesukaran yang dihadapi cuma bimbang hujan turun kerana majlis berlangsung di luar. ” Seminggu sebelum itu agak merisaukan kerana hujan asyik turun, Fifi cadang meletakkan khemah andai hujan turun berterusan sehingga hari majlis. Namun Alhamdulillah cuaca baik. Pada hari majlis, kami tidak memasang langsung kipas memandangkan angin sejuk dari laut. Cukup sejuk dan nyaman suasana pada ketika itu,” cerita Azmi.

Lihat dekorasi yang diilhamkan oleh Azmi dari Dream Catcher.

 

 

 

 

 

 

Sumber : pic Azmi Dreamcatcher

 

Andai Merancang Perkahwinan Di dalam Taman, Pertimbangkan Perkara Penting Ini

Andai Merancang Perkahwinan Di dalam Taman, Pertimbangkan Perkara Penting Ini

Sekiranya bercadang untuk mengadakan majlis di dalam taman beberapa perkara penting perlu diambil kira untuk memastikan majlis berjalan lancar. Antaranya ialah faktor cuaca. Pastikan anda melihat ramalan cuaca sebelum bertindak memilih konsep ini. Sekiranya cuaca hujan, ianya akan mengganggu kelancaran majlis yang bakal berlangsung. Bukan hanya tetamu rasa tidak selesa, pengantin juga  tidak kelihatan sempurna bila keadaan kucar kacir.

Pastikan taman tersebut menyediakan laluan untuk tetamu berjalan masuk ke dalam majlis. Laluan yang dibina dengan bahan konkrit adalah yang terbaik dan dapat mengelakkan dari keadaan berlecak pada waktu hujan.Perancangan yang teliti perlu dilakukan dan sering berhubung dan mendapatkan khidmat nasihat vendor-vendor yang berpengalaman dalam menjayakan majlis seperti ini. Pengalaman mereka sangat berharga dan perlu diambil kira sebagai panduan anda.

LIhat idea  Garden Wedding  oleh Nadia Darina Wedding

 

 

Tip oleh wedding planner Nadia sebelum bercadang mengadakan majlis;

🎀cek dulu ramalan kaji cuaca. Pastikan ramalan mengatakan tidak hujan .
🎀Namun pastikan ade backup plan. Jika hujan sehari sebelum majlis atau sewaktu pemasangan. Maka perlu  standby juga kanopi atau hall yang boleh transfer deco cepat-cepat andai  hari hujan.
🎀 cari design yang simple supaya senang dan mudah alihkan deco-deco itu semua sekiranya hujan turun
🎀 bincang dengan wedding planner untuk standby team mereka di sana. Sebab jarang wedding planner mahu menukar palan di saat akhir. Khidmat itu anda perlu  bayar lebih sikit memandangkan mereka menunggu majlis anda hingga habis
🎀nak buat majlis outdoor, kene fikir hujan dan  panas. Maka perlu sediakan aircooler atau kipas yang cukup untuk pastikan tetamu selesa. Jika tidak peluh menitik-nitik pula tetamu anda.
🎀 Sekiranya ingin membuat majlis di malam hari, pastikan cahaya mencukupi. Ini kerana majlis outdoor cantik jika  ada cahaya yang mencukupi.
🎀Kebanyakan  wedding planner akan pasang lmbat sikit kalau majlis outdoor. Maka tuan rumah diminta bersabar .  Jangan minta wedding planner pasang dua hari sebelumnya, Akibatnya nanti rosak barang-barang pengantin
🎀sekiranya nak buat pelamin atau wedding bawah kanopi, tolong sewa juga platform . Andai kata hari hujan, air hujan ia tidak merosakkan  carpet .
🎀Selain itu kena tahu juga sama ada tempat anda nak buat majlis itu, angin kuat atau bagaimana. Bincang dengan wedding planner design mana yang sesuai. Takut angin tiup pelamin korang nanti. Elakkan pakai kain yangg banyak.
🎀 design outdoor semestinya yang ringkas sahaja. Bukannye seperti mana di dalam dewan. 🤣

Ilham Naked Cake Pelbagai Gaya Beri Kelainan Pada Kek Kahwin

Ilham Naked Cake Pelbagai Gaya Beri Kelainan Pada Kek Kahwin

Jika tahun hadapan bakal berlangsungnya majlis perkahwinan anda, pastinya anda sudah membuat senarai panjang untuk perkara yang perlu dilakukan. Tidak terkecuali untuk memasukkan dalam senarai tersebut ialah mencari kek perkahwinan yang menjadi tren buat masa ini.

Bagi anda yang menyenangi sesuatu yang unik dan mengikuti tren, tidak ada salahnya menggunakan gaya kek pengantin terbaru ini. Naked Cake atau kek tanpa icing (olahan gula untuk menutup bahagian luar) semakin menjadi kegemaran untuk pelbagai cara yang bersesuaian dengan tema sama ada berlatar pantai, taman dan kedesaan Inggeris. Tambahan buah-buahan seperti anggur, strawberry dan blueberry mengimbangkan rasa kek yang membuat anda rasa ketagih. Naked Cake awalnya popular di Amerika.

Siapa kata kek ini tidak boleh tampil elegan? Naked Cake  masih boleh dihiasi bunga-bunga dengan di permukaan atau di sisi kek. Dekorasi juga boleh menghasilkan kek tampil mewah dan romantis. Hiasan yang terdapat pada naked cake memang kelihatan minimalis. Kek ini banyak menggunakan hiasan semulajadi seperti buah-buahan segar dan bunga segar yang boleh dimakan. Pemilihan buah segar sebagai hiasan tentunya lebih banyak memberikan manfaat kesihatan bagi tubuh.

Naked cake tampak lebih apa adanya tanpa icing sehingga layernya boleh dilihat dan dibuat tidak terlalu tinggi. Naked cake juga tidak banyak hiasan sehingga memerlukan kreativi untuk membuat kek ini. Paduan warna asli kek perlu disesuaikan dengan hiasan yang digunakan. Kualitas kek juga tetap perlu dijaga. Kek ini tidak memiliki bahan pelindung sehingga mudah kering apabila dibiarkan lama.

Walaupun nampak sederhana, namun siapa sangka harga yang ditawarkan untuk naked cake  jauh lebih mahal. Ini kerana hiasan yang digunakan semua adalah hiasan semula jadi yang boleh dimakan. Oleh itu bagi anda yang berminat bersedia untuk berbelanja untuk mendapatkan yang yang unik ini.  Sentuhan mereka yang pakar menjadikan ia unik dan menjadi tren masa kini.

Jadi Tren

Naked Wedding Cake menjadi tren dalam resepsi perkahwinan. Kek ini sesuai untuk  acara perkahwinan outdoor. Jika disajikan di outdoor, maka kek  ini hanya memiliki 2 hingga  3 tingkat saja. Bukan memiliki 7 sampai 8 tingkat sebagaimana kek pengantin di acara royal wedding.

Bahan kek yang digunakan diperbuat dari icing sugar semuanya boleh dimakan. Penyajian kek ini, diletakkan di atas cake stand sehingga tampil menyerlah dan elegan. Selain pilihan naked cake, ada juga pilihan lain seperti marble cake dan fountain cake. Semuanya boleh dicetuskan mengikut keinginan bakal pengantin.

pic-pinterest

 

pic-pinterest

 

pic-pinterest

 

pic-pinterest

 

pic-pinterest

 

pic-pinterest

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: