Kecantikan

Tentu anda pernah mendengar ada beberapa makanan yang boleh membantu menaikkan ghairah bercinta. Nah! Ternyata aromaterapi juga ada yang boleh membantu meningkatkan mood berhubungan intim. Hanya dalam hitungan beberapa minit sahaja, wangian ini akan mampu membuatkan anda dan pasangan hanyut, malah ingin segera menikmati malam berdua yang super panas.

 

Kayu Manis

Siapa yang tidak suka dengan bau kayu manis? Aroma rempah-ratus yang satu ini memang bermanfaat untuk meningkatkan aliran darah ke daerah intim. Oleskan sahaja sedikit minyak aromaterapi kayu manis di belakang telinga atau di belakang tengkuk untuk merangsang ghairah bercinta.

 

Vanila

Vanila telah lama digunakan dalam minyak wangi dan lilin sejak zaman dahulu. Vanila ialah sumber alami yang akan membuatkan anda berasa relaks dan santai. Wangian ini juga mampu membuatkan lelaki rasa ghairah untuk segera bercinta dengan pasangannya.

 

Pepermin

Kajian telah menunjukkan bahawa pepermin meningkatkan hasrat seksual pada wanita dan dapat membantu mereka mencapai orgasma berulang kali. Aroma min ini mampu merangsang dan meningkatkan suasana hati, menyegarkan nafas serta menyenangkan pancaindera.

 

Lemon

Aroma lemon yang agak ‘tajam’ dapat membantu membangkitkan ghairah untuk berhubungan intim. Jika ingin rasa bersemangat dan bernafsu, anda boleh menggunakan pelbagai produk berbau sitrus.

 

Kayu Cendana

Aroma yang satu ini merupakan aroma kayu-kayuan yang sempurna untuk minyak urutan dan cologne. Aromaterapi yang berasaskan kayu cendana diyakini untuk memperkuatkan respons seksual dan memacu orgasma menjadi lebih kuat. Anda dan suami akan mengalami malam yang super panas dengan bantuan aromaterapi yang satu ini.

 

Nah! Tunggu apa lagi? Dapatkan wangian aromaterapi yang anda dan pasangan sukai agar malam anda berdua lebih panas dan mendebarkan

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: