
Fasa Pertunangan ialah fasa dimana ujian cabaran dugaan bakal pengantin perlu hadapi sehinggalah detik ijab kabul lafaz nikah oleh wali dan bakal suami.
Dari permulaan cabaran mencari tarikh pernikahan, faktor kewangan, kengkangan masa, persiapan majlis, gangguan emosi, tekanan daripada pihak-pihak yang bercanggah pendapat, hadirnya bekas kekasih, kejujuran, kesetiaan, keimanan, kesabaran diuji satu persatu oleh bakal pengantin.
Air mata fasa pertunangan adalah perkara biasa. Mengadulah kepadaNya. Mintalah ketenangan, kekuatan, jalan penyelesaian, kelancaran dan keyakinan untuk pernikahan ini.
Berjuanglah untuk jodoh ini. Kerana lelaki ini yang berjuang untuk membahagiakan, berkorban macam perkara untuk sampai ke gerbang perkahwinan demi menemani sang isteri sehingga akhir hayat.
Berjuang dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Betulkan niat pernikahan ini, janji Allah SWT itu pasti. Semua urusan diperlancarkan dan akan dipermudahkan sehingga lafaz ijab dan kabul. Jadi, dah bersedia? Kalau hati yakin dan ikhlas, pasti semuanya akan berjalan lancar. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Kredit : tukangpalletbatupahat
Besar Hak Isteri Dalam Harta Pusaka Selepas Kematian Suami

Urusan keluarga selepas seseorang meninggal dunia tidak terhenti di perkuburan. Waris perlu mengetahui tindakan seterusnya bagi menunaikan hak si mati seperti membayar hutang; memenuhi hak anak yatim serta menguruskan harta dengan cara terbaik bagi mengelakkan pertelingkahan sesama ahli keluarga.

Berikut merupakan 12 perkara yang wajib para isteri tahu berkenaan peninggalan arwah suami dikongsikan Majlis Agama Islam Selangor.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.

6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Untuk lebih mudah, uruskan harta anda di Majlis Agama Islam Selangor, layari www.mais.gov.my
Dalam Diam Sebenarnya Media Sosial Boleh Merosakkan Rumahtangga. Hati-Hati!

Dalam kita galak menggunakan media sosial ni sebenarnya dalam tak sangka kita banyak menyimpang ke arah yang boleh mempengarudi rumah tangga kita. Contohnya, kita lihat kehidupan orang lain kaya, kita juga inginkan di dalam rumahtangga kita. Dalam diam media sosial ni sebenarnya banyak mempengaruhi kehidupa rumah tangga kita. Hati-hati!
1. Media sosial merugikan masa peruntuh rumah tangga
Kita selalu asyik scroll newsfeeds Facebook, Twitter atau Instagram ketika kita tak ada benda nak buat. Betul tak? Kita membuatkan ia jadi satu “habit” untuk scroll media sosial ketika tak sibuk.Tak salah pun kalau asyik scroll media sosial ketika anda free, tapi kalau anda dan pasangan asyik sibuk dengan handphone dan tak bersembang langsung, maka perkahwinan kalian pasti akan ada masalah nanti.
Salah seorang dari kalian sebenarnya tengah terlepas momen indah yang tak boleh diulang semula!
2. Media sosial buat anda berhubung dengan orang yang salah
Sebelum berkahwin, anda atau pasangan pasti pernah date dengan orang lain, kan? Walaupun itu semua kisah lepas, tapi media sosial memudahkan anda untuk “terjumpa” dengan kisah silam ini.
Berbaik-baik dengan bekas kekasih mungkin tak berbahaya pun, tapi anda kena mempertimbangkan perasaan pasangan. Lebih bahaya kalau anda (atau pasangan) masih belum move on dan menggunakan media sosial untuk stalk bekas kekasih. Aduh!
3. Media sosial buat anda mahu hidup yang “lebih baik”
Anda kena ingat satu benda ini: apa yang anda nampak dalam media sosial selalunya bukanlah gambaran sebenar tentang kehidupan kawan-kawan anda.
Kita semua hanya akan muatnaik gambar yang “terbaik” dalam media sosial. Jadi, apa yang anda lihat di newsfeed itu mungkin adalah gambar yang digunapakai untuk menanam idea. Ini boleh membuatkan anda rasa “tak cukup” dan mahu hidup yang “lebih baik”.
4. Media sosial memburukkan komunikasi
Media sosial kan satu alat komunikasi, bagaimana ia boleh memburukkan komunikasi pula? Itulah ironiknya media sosial ini!
Kalau anda akan buka media sosial apabila ingin dipujuk, berbanding bercakap dengan pasangan, itu satu masalah.
Apabila anda asyik dengan media sosial apabila bersama dengan pasangan, itu juga satu masalah! Lagi satu, pasangan anda tak sepatutnya tahu tentang sesuatu tentang hidup anda dari newsfeed. Anda yang kena cakap dan bercerita dengannya. Bukan perlu update di Facebook.
5. Media sosial buat anda terlebih kongsi pasal rumah tangga
Pasti kita pernah berkongsi tentang hubungan kita di media sosial, kan? Tak kisahlah mungkin gambar suami dengan caption bergula ke atau kes perselisihan faham malam tadi.
Anda boleh membebel dan meluahkan perasaan, tapi apa yang anda luah di media sosial TAK BOLEH DIPADAM, walaupun lepas anda menyesal dan delete post itu.
Ini sebab semua orang di media sosial telah membacanya! Cuba bayangkan anda meluah perasaan marah pada suami di media sosial. Tiba-tiba esok kalian sudah berbaik.
Walaupun anda padam post marah-marah itu dari timeline anda, tapi tanggapan buruk orang pada suami anda telah tercipta!
6. Media sosial merosakkan keakraban suami isteri
Kalau anda selalu sangat sibuk nak periksa feed media sosial sebelum tidur, percayalah, ia boleh merosakkan hubungan kalian. Ini kerana biasanya sebelum tidur, tika itulah pasangan anda mahu cuddle dan bersembang dengan anda.
Malah, media sosial juga boleh mengganggu waktu tidur anda! Kalau boleh, buka night mode atau reading mode pada waktu malam kerana cahaya terang (warna seakan biru) dari skrin membuatkan anda tak boleh tidur.
Bertunang Lama-Lama, Potensi Nak Putus Tu Memang Tinggi

Hukum membatalkan pertunangan
“Pembatalan pertunangan ini hukumnya adalah harus, samada pembatalan itu dari si lelaki, atau wanita, atau wali kepada si wanita, kerana pertunangan itu bukanlah akad nikah atau perkahwinan, akan tetapi ia adalah janji untuk bernikah. Bagaimanapun pembatalan ini menjadi makruh sekiranya bukan kerana sebab-sebab yang jelas lagi syarie seumpama si wanita atau walinya nampak sesuatu yang tidak kena pada si lelaki sehingga memerlukan kepada dibatalkan pertunangan dan membatalkan penerimaan yang telah dibuat. Ataupun si lelaki nampak sesuatu yang tidak kena pada tunangannya yang memerlukan kepada pembatalan pertunangan, asalkan ianya daripada sebab-sebab yang diterima syarak.”
Dr Abdul Karim Zaidan, Al-Mufasshal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wal Bait Al-Muslim – (4/ 74)
Jadi jelas kepada kita bahawa meminang atas pinangan orang lain itu hukumnya haram, manakala memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab yang perlu adalah harus, dan dengan sebab-sebab yang tidak perlu (semata-mata mahu putus tanpa sebab) hukumnya adalah makruh.
Menyembunyikan pertunangan.
Hikmah sebenar pertunangan adalah untuk kenal mengenal dan mencari keserasian antara pasangan dan kedua-dua belah pihak keluarga. Jika tiada keserasian ataupun ada masalah ketika perhubungan, ia bukanlah suatu kesalahan untuk memutuskan perhubungan.
Atas sebab itulah ada hadis yang menyarankan supaya pertunangan tidak dihebahkan demi menjamin maruah kedua-dua belah pihak sama ada pihak lelaki mahupun perempuan. Lafaz tersebut berbunyi; “Zahirkanlah (war-warkan) perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan.” Namun hadis ini dhoif (lemah) seperti yang dinilai oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Dhoifah bilangan: 2494, dan di dalam Dhoif al-Jami’ al-Soghir 922.
Walaupun taraf hadis tersebut adalah dhoif dan tidak boleh dijadikan hujah, namun ia masih boleh dipakai untuk kegunaan sendiri bagi menjamin maruah diri dan menjaga aib jika suatu pertunangan itu tidak seperti yang diharapkan hingga ke jinjang pelamin.
Malah, ada sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki. Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis;
“Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.”
(Hadis Riwayat al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)
Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki.
Kesimpulan.
Pembatalan sesebuah pertunangan bukanlah suatu perkara yang menggembirakan. Namun adakalanya, ia menjadi langkah yang terpaksa dibuat demi menjaga maslahat yang lebih besar. Maka saya nasihatkan, bertunanglah dengan menjiwai hikmah pertunangan, agar pertunangan tidak menjadi fitnah dan benar-benar dapat dicapai kehendaknya yang digariskan syarak. Sebaik-baik pertunangan adalah dengan menyegerakan pernikahan, kerana ia lebih selamat dari fitnah dan lebih menyempitkan ruang-ruang untuk diganggu oleh syaitan.