
Buat suami isteri..
Ada beberapa kes perceraian yg berpunca dari hal yang sangat kecil, sehingga adakala kita ketawa mendengarnya, macam tak percaya. Sebenarnya bukan hal remeh itu puncanya, tapi kerana HATI DAH PENAT. Maka hati akan mudah marah pada perkara yg sekecil-kecil lapik meja, silap warna, masak kurang masin dan sebagainya. Lagi sedih bila perceraian tak mendatangkan perasaan sedih tapi seolah rasa terlepas dari sesuatu yang berat untuk ditanggung.
Egonya seorang suami bila berkata mahu menceraikan isterinya kerana tak mahu menanggung dosa si isteri yg tak mendengar kata, dah berubah dan makin degil. Sedangkan anak berderet memeluk ibu, bukan memeluk bapa. Tiada setitis air mata yang keluar dari mata si isteri menandakan hatinya dah keras dan kini pasrah.
Wahai suami…
Bila isteri dah tak macam dulu, dah tak pandai senyum, dah tak boleh cakap lemah lembut, dan dah tak pedulikan penampilan dirinya, dah selalu jadi singa dan dah tak secantik wanita lain diluar sana, jangan terus cari silap dia, tapi carilah kekurangan dalam keluarga hasil pimpinanmu…
Berapa kali kau peluk isterimu dlm seminggu?
Berapa kali kau tanya khabarnya minggu ni?
Berapa kali kau mengimamkan solat fardhunya?
Berapa banyak nafkah yg kau beri peribadi utknya, bukan utk keluargamu? Samada dia bekerja atau tidak?
Berapa kali kau bantunya buat kerja rumah?
Berapa kali kau berterima kasih kepadanya disepanjang perkahwinanmu kerna menjadi penemanmu?
Siapa yg jagakan anak-anak mu?
Kemanakah pandanganmu dikala dia berbicara denganmu?
Berapa kali kau bangun malam, bertahajjud sambil menangis, mendoakan kesejahteraan dlm keluargamu?
Apa beza dirinya sebelum dan selepas berkahwin dan punyai anak bersamamu?
Sudahkah kau lakukan segala yg ALLAH suruh?
Bila isteri buat perangai, bukan kerana dia nak melawanmu tapi dia nakkan perhatianmu. Bukan dia tak tahu, Rasulullah saw bersabda, “Andai seorang manusia boleh sujud kpd manusia lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kpd suaminya.”
Seorang isteri, dosanya ditanggung oleh suami selagi suami tak menegur kesilapannya. Tapi setelah ditegur masih si isteri itu tak mengikut kata, tugasmu tak tamat begitu saja, tegurlah ia berlandaskan islam.
Pertama : tegurlah dengan lisan.
Kedua : pukullah dengan selembut-lembut kain di bahagian yang tak sensitif
Ketiga : asingkan tempat tidur
Andai kesemuanya tak berjaya, janganlah kata tugasmu dah selesai selagi kau belum mendoakan kebaikan untuknya tanpa henti. Selagi dia tidak nusyuz dalam hukum Islam.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. Perbetulkanlah ia dengan cara yang baik, jgn sampai patah sebab jika patah, ia takkan sama seperti yang asal.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk di sisimu, kerana itu yang rapat dengan hatimu untuk kau cintai dan sayangi. Bukan di kepala untuk kau junjung dan bukan juga di kakimu untuk dipijak.
Suami yang baik ialah yang sentiasa berusaha membawa keluarganya membina istana di Syurga.
Tiada isteri sengaja nak menderhaka,
Tiada isteri suka-suka nak masuk neraka,
Islam itu dah cukup sempurna,
Rasulullah panduan berguna,
Ayuh kita tempah syurga bersama
Suami Kena Faham Kerja Suri Rumah Adalah Kerja Yang Sangat Memenatkan

Perkerjaan sebagai suri rumah tidak asing lagi dalam kalangan wanita. Menjadi suri rumah ini sebenarnya banyak cabaranya. Bukan hanya tahu goyang kaki saja. Anda tidak akan faham kerja mereka selagi anda tidak berada di tempat mereka. Ikuti perkongsian dari facebook Syahirah Omar ini.
Aku terpanggil untuk menulis depresi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah “mengangkang” saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.
Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.
Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita fokus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.
Kenapa dengan emosi suri rumah?
#1 DILABEL SEBAGAI ” GOYANG KAKI”
” kerja apa?” Soal makcik senah jiran depan rumah.
“Oh, saya suri rumah Cik Senah,”
” Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ,” Cik Senah mula cari gaduh.
Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat “loser”.
Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.
Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini
” Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! ”
#2 PENAT MENTAL FIZIKAL
” Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” Timah mula mengadu.
” Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!” Seman naik berang sambil scroll facebook.
Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,
” Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak,” – Seman, suami dan ayah mithali.
Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami seperti raja pula.
Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas ” Sabarlah,mama. Papa jauh ni,”
Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?
Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah 😞
Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.
Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.
Percayalah!
#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN
Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.
Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?
Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.
Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.
Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.
Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.
Sayang,
Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.
Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau “recharge” semula diri.
#4 DIBEZAKAN MERTUA
Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.
Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.
Astaghfirullahal’azim.
Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.
Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak.
Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.
Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.
#5 MAHUKAN PENGHARGAAN
” Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,”
” Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,”
Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di youtube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?
Bawalah isteri dan anak-anak ke Masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di Masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.
Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?
Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.
#6 SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.
Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.
Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.
Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.
Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia
” Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,”
“Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha…ada ke patut?” Timah mula bercerita.
Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.
Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.
Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.
Allah Allah Allah.
Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.
Suami, isteri, datang dari “planet” yang berbeza.
Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza.
Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.
Semua yang diatur pasti ada hikmahnya.
Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.
Kredit : Syahirah Omar
Aib Pasangan Silalah Simpan, Bukan Sebar Jadi Bahan Membawang

Tujuan dari seseorang berumah tangga adalah agar mendapatkan ketenangan dan ketentraman di dalamnya dikarenakan adanya rasa saling mencintai, mengasihi, menyayangi, seperasaan dan senasib sepenanggungan di dalam menjalani kehidupan.
Tujuan dari seseorang berumah tangga adalah agar mendapatkan ketenangan dan ketentraman di dalamnya dikarenakan adanya rasa saling mencintai, mengasihi, menyayangi, seperasaan dan senasib sepenanggungan di dalam menjalani kehidupan.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Artinya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Ruum [30] : 21)
Untuk itu, islam telah menentukan hak-hak dan kewajiban masing-masing anggota keluarga serta kewajiban bersama mereka didalam mewujudkan berbagai tujuan diatas. Diantaranya adalah adanya upaya untuk saling menjaga kehormatan dan menutupi aib masing-masing.
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Artinya: “Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).” (QS. An Nisa [4] : 34)

Islam melarang seorang suami atau istri mengungkapkan aib-aib masing-masing pasangannya kepada orang lain dengan tujuan yang tidak dibenarkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Bukhori dari Abdullah bin Umar bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari qiyamat.”
Ibnu Majah meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Barang siapa yang menutupi aib saudaranya muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa mengumbar aib saudaranya muslim, maka Allah akan mengumbar aibnya hingga terbukalah kejelekannya di dalam rumahnya.”
Begitu juga larangan Islam dari menceritakan dan mengungkapkan rahasia hubungan mereka berdua di tempat tidur kepada orang lain berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Sa’id Al Khudri berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah seseorang yang menyetubuhi istrinya dan istri bersetubuh dengan suaminya, kemudian suami menyebarkan rahasia istrinya.”
Wallahu A’lam
Kena Pukul Suami Pun Masih Setia, Wahai Isteri Awak Dah Kenapa?

Suami atau teman lelaki kaki pukul, berkelakuan kasar dan boleh mencederakan fizikal serta mental anda, adakah yang terbaik untuk anda? Jika anda tergelumang dalam masalah yang mahu dielak dari semua wanita, ini nasihat Wanista untuk anda…

Hukum suami pukul isteri dari prespektif Islam
Islam hanya membenarkan suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mendidi tanpa mencederakan serta menjatuhkan maruah isteri. Pukulan berbentuk pengajaran ini adalah cara terakhir yang boleh digunakan jika dua langkah ini gagal iaitu teguran baik dahulu dan kemudian memboikot tempat tidur.
Pukulan juga hendaklah tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka.
Langkah awal…
# Berbicaralah mengenainya. Ajak suami untuk menceritakan segala masalah yang mungkin dia hadapi sehingga memilih melakukan kekerasan.
# Pastikan sistem sokongan sentiasa disamping anda. Seeloknya berhubunglah dengan keluarga dan sahabat baik sebagai tempat bergantung jika berlaku sebarang kecemasan. Diingatkan segala aib rumah tangga masih perlu dijaga kerana kebanyakan campur tangan keluarga boleh menutup jalan perdamaian.
Cuba untuk belajar tentang sikap pemarah suami dan kelakuannya. Aturkan sempadan antara kamu dan suami supaya dapat mengelakkan dari membuka pekuk amarahnya.
Namun jika suami terus untuk memukul anda sehingga menjejaskan kesihatan dan mental,
Langkah terakhir…
# Ambil gambar kecederaan yang dialami sebagai bukti.
# Lakukan laporan polis dan minta untuk membuka kertas siasatan serta memohon Perintah Perlindungan Sementara.
# Dapatkan pemeriksaan doktor dari hospital kerajaan dan pastikan anda terima laporan perubatan yang penuh.
Jika perlu, rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan perlindungan.
# Buat keputusan yang tepat untuk berdamai (beri peluang) atau berpisah dengan cara yang baik.

10 tanda-tanda pasangan anda seorang yang panas baran;
1. Maki hamun
Penggunaan perkataan kesat kepada anda dan orang lain. Sekiranya semasa bertemu janji pun sudah maki-hamun, apabila sudah berkahwin pasti akan lebih buruk.
2. Serangan fizikal
Lempang, tumbuk, cekik, tarik tudung atau rambut, mencubit serta genggaman tangan secara kasar – Jika pernah terjadi perkara seperti ini, larilah jauh-jauh. Lupakan si dia, keluar terus dari radar kehidupannya. Jika tidak, saya jamin anda akan merana.
3. Marah yang meluap
Pasangan anda penyayang dan baik orangnya tetapi ada ketikanya dia menjadi seorang yang sangat pemarah. Kadang-kadang perkara itu mudah sahaja seperti kenderaan lain potong barisan, tiba-tiba dia jadi terlalu marah, memaki hamun, meludah, bergaduh dan sebagainya.
Perlu tahu yang semasa dia berada dalam keadaan 'normal' itu adalah saat dia 'cover' baran dirinya. Jangan terpedaya.
4. Sering mengeluarkan perkataan menyakitkan hati
Bila anda ada masalah, pasti anda akan diperli sebagai cara untuk si dia melepaskan geram. Kadang-kala dia akan bersembunyi di sebalik ayat "saya bergurau jer" sedang perkara itu sering dilakukannya.
5. Menjerit
Ini selalu disalahertikan sebagai bercakap dengan kuat, tapi sebenarnya tidak. Bila dia panggil anda, dia panggil dengan jeritan terutamanya apabila timbul sesuatu krisis.
Jeritan ini lama kelamaan akan menjadi makian. Jeritan juga menandakan yang dia tidak menghormati anda dan tidak menjaga maruah anda jika ia dilakukan di hadapan orang lain.
6. Tidak boleh bergurau
Ada yang tidak boleh gurau langsung tapi ada yang sekejap boleh, sekejap tidak. Ini yang selalu merunsingkan anda.
Ada hari yang anda boleh bergurau, dia akan ketawa terbahak-bahak tetapi esoknya dia menjeling anda dengan pandangan yang amat tajam dan menakutkan, mendengus dan terus marah dengan gurauan anda.
7. Sentiasa menyalahkan orang lain
Orang yang sentiasa menyalahkan orang lain ini adalah orang yang terlalu ego dan tidak bertanggungjawab. Bila masuk bab marah, makian dan pukulan, dia akan menyalahkan anda atau orang lain di atas kelakuannya sedangkan dia yang memaki dan memukul.
8. Suka mengawal
Dahagakan kawalan dan kuasa – akibatnya anda akan 'terpenjara' walaupun sebelum berkahwin apatah lagi selepas bergelar suami-isteri.
Orang begini boleh menjadi sangat cemburu melampau yang menyesakkan nafas dan membuatkan anda rasa tercekik. Fikir panjang-panjang sama ada anda boleh hidup di 'penjara ini setahun, 10 tahun, 20 tahun? Tepuk dada, tanya selera.
9. Mengharapkan benda tak masuk akal
"Saya nak awak jangan keluar dengan kawan-kawan perempuan lain". "Saya tak nak tengok awak mesej dengan orang lain selain saya".
"Saya tak nak dalam mesyuarat awak duduk sebelah lelaki". "Saya nak awak terus balas mesej saya tak kira waktu, saya tak nak terima apa-apa alasan". – Sangat menyesakkan bukan? Ini perkara biasa yang dihadapi orang yang ada pasangan panas baran.
10. Sentiasa mengadu dan mengeluh
Itu salah, ini salah. "Aku penat kerja, kau ape tahu?". Fokusnya hanya pada diri sendiri, dia sahaja yang betul dan orang lain salah. Ada sahaja yang tidak kena.
Tiada daya usaha, hanya mengeluh, mengadu, menyalahkan orang lain dan marah. Orang sebegini juga tidak peduli pendapat orang lain. Dia tiada empati.