Hidup kita sememangnya penuh misteri. Setiap manusia pastinya mengharapkan agar diberi pasangan yang baik, namun yang terjadi mungkin sebaliknya apabila kita dipertemukan dengan pasangan yang salah. Sedarlah bahawa orang yang pernah hadir dalam hidup kita merupakan cerminan dalam diri kita.

Jangan pernah menyesal apabila ditemukan dengan orang yang salah kerana setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita tentunya membawa banyak pengajaran untuk kita selami. Sama-sama kita selami perkongsian menarik dari blog Aku Penghibur ini.

Satu ketika, kita bersiap pakai baju yang cantik-cantik. Pakaian wangian yang harum, berharap hari semakin cerah. Tiba-tiba turun sang hujan. Hati keciwa.

Kita sangka cerahnya keadaan kerana mentari. Rupanya cahaya malam itu lebih indah. Begitulah hidup, berkali-kali Allah temukan kita dengan seseorang yang kita anggap salah.

Salah pada pandangan kita dan pesepsi. Kita ditemukan dengan seseorang buat hati kita keciwa. Dalam kita tak sedar, di sebalik keciwanya kita Allah nak didik hati kita kuat semangat dan redha ketentuannya. Bila hadirnya ujian seterusnya hati yang keciwa itu buatkan insan lebih tabah.

Allah temukan dengan kita rasa gembira dan sayang. Kita rasa ianya rasa yang seharusnya kita lalui setiap hari. Tetapi kita silap ianya juga ujian untuk kita. Rasa gembira dan sayang itu penuh dengan onak berduri,rasa kecintaan pada manusia itu lebih dari segalanya. Kita khilaf dan lakukan banyak pekara lagha.

Allah hadirkan berkali-kali di sakiti. Sayangnya kita tak belajar dari kesilapan. Kita biarkan diri kita di pergunakan, di permainkan. Padahal seharusnya kita pelajari setiap apa yang berlaku. Hati kita ego, marah padahal kita terlalu mengikut perasaan.

Ads

Allah uji kita melalui emosi dan akal kita. Akal dan emosi kadangkala seiring dan kadang kala bertentangan.

lalu di jentikkan dengan ujian dan kesenangan.

Allahurabbi. Di saat itu bertalu-talu kita diuji. Adakah kita hanya mengikut kewarasan kita atau terlalu terikut dengan emosi.

Ikut hati mati, ikut emosi binasa.

Ads

Maka tanyalah pada iman.

Andai dirimu diuji, hadirkan hari sepi mu. Di pelusuk malam hari. Berbicara dengan tuhanmu.

Luangkan masamu, luangkan mindamu, luangkan bisikan hatimu.

Memuji kebesarannya, bercerita denganNya. Menangislah mengadu denganNya.

Ads

Ada ketika, kita perlu berhenti seketika.

Merenungi apa yang berlaku. Ambil masa untuk muhasabah diri dan kembali untuk berjalan kembali. Ada salahnya diri kita, ada silapnya kita. Berhenti menyalahkan orang lain. Berhenti untuk rasa diri betul. Bangkit dan kembali muhasabah diri.

Ada ketika kita harus terus berjalan melihat kanan dan kiri melihat mana yang baik dan buruknya. Emosi kita diuji, fizikal kita diuji.

Maka ingatlah hidup kita tak pernah bersendirian. Kanan dan kiri tanpa jemu dan leka mencatit apa yang kita lakukan.

Allah selalu bersama kita, Allah selalu rindu luahan hati kita. Hanya kita perlukan bentangkan masa untuk berbicara dengan dari hati ke hati.

Kerana hati itu Milik Allah dan rasa itu Allah juga yang beri. Jadi jangan kita lupa dan alpa.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI