Barang hantaran adalah sudah menjadi keperluan wajib yang ada pada majlis pertunangan mahupun pernikahan. Kebiasaannya kedua-dua belah pihak akan saling menukar barang hantaran untuk diberikan kepada bakal pasangan mereka.
Selain hal-hal berkaitan tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, lagi satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan pengantin adalah membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Kami akan kongsikan dengan anda apa yang patut dipertimbangkan ketika membuat pilihan.
1. Barang kemas
2. Wang mas kahwin
3. Gajet
4. Set Make up
5. Set minyak wangi
6. Kek
7. Coklat
8. Telekung / sejadah
Jadi, anda boleh lah fikir-fikirkan. Semua barang ni berguna 🙂
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip Paling Jimat Bakal Pengantin Wajib Ikut, Tambah-tambah Waktu Ekonomi Tak Menentu Ni
Ramai yang mengeluh kesukaran hidup pada waktu PKP ni. Pada golongan biasa-biasa, nak buat simpanan setiap bulan pun sangat susah. Sedangkan perbelanjaan pun tak cukup, inikan pula untuk menyimpan. Lebih menambah tekanan apabila ada yang dah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.
Selagi ada idea untuk dikongsi, selagi itu berusahalah untuk mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Tip ini diharap dapat membantu bakal pengantin untuk lebih berjimat dan dapat melangsungkan perkahwinan tanpa rasa bimbang terbeban hutang.
- Rancang tarikh kahwin
Sudah tentulah ini poin paling penting. kerana apabila sudah ada tarikh, baharulah kita ada objektif yang ingin dikejar. Objektif ini yang akan menggerakkan dan mengingatkan kita tujuan penjimatan itu dilakukan. Macam alarm clock la. Dan kita akan rasa terkejar dengan dateline.
- Tetapkan jumlah tetamu
Pada waktu PKP atau PKPB dan sebagainya, kita terpaksa kurangkan tetamu untuk majlis. Jadi, ambillah peluang ini untuk memilih tetamu kita. Utamakan keluarga yang terdekat dan kemudian teman paling rapat. Memang kita bimbang mereka berkecil hati tetapi ini adalah untuk kebaikan semua. Kita sendiri ingin kurangkan risiko jangkitan.
- Tempah makanan
Tetapkan harga makan untuk satu kepala. Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Jika ada ahli keluarga yang sudi untuk memasak sendiri atau buat rewang, pun lebih baik. Anda hanya beli barang basah dan sedikit pemanis mulut sebagai pelengkap.
- Kiriman kad
Zaman sekarang ni e-card sudah mencukupi. Gunakan sahaja aplikasi Canva untuk membuat rekaan kad jemputan dan hantarkan kepada tetamu.
- Cenderahati
Disebabkan tetamu untuk majlis anda terhad, jadi cenderahati pun bolehlah dikurangkan bajetnya. Terlalu banyak barangan yang cantik dan memorable untuk anda pilih di kedai borong. Ataupun anda juga boleh membuat pesanan lebih awal dari laman web seperti Lazada dan Shopee sebelum tibanya majlis perkahwinan.
- Tidak terpengaruh
Jangan sesekali membandingkan majlis anda dengan orang lain. Duit kita bukan duit mereka dan begitu juga sebaliknya. Kalau boleh, janganlah berangan-angan untuk menggunakan waktu PKP ini untuk membazir di tempat lain pula. Ikut segala strategi penjimatan yang ada.
- Hantaran
Sekarang ini trend barang hantaran sorok dah kembali. Pilih sahaja barang hantaran dari jenama biasa untuk hantaran kepada pasangan. Orang takt ahu pun jenama apa yang anda gunakan sebagai hantaran. Bila ekonomi dah stabil, hadiahkanlah yang best sikit untuk mereka.
- Busana pengantin
Anda boleh pilih untuk membuat tempahan atau beli yang sudah siap. Awal-awal lagi anda perlu letakkan bajet yang anda mampu. Banyak juga pilihan busana pengantin untuk lelaki dan wanita dengan harga sangat berpatutan.
- Memori
Kahwin ni sekali seumur hidup. Pasti anda mahu abadikan foto perkahwinan menggunakan jurugambar professional. Sila tanya pada kawan-kawan atau orang yang pernah menggunakan khidmat jurugambar professional. Dapatkan info dari mereka. Bukan tak boleh pilih dari Instagram atau Facebook tetapi takut kalau-kalau anda terkena dengan jurugambar yang tak bertauliah. Rugi duit!
- Simpanan
Sentiasa ingat bahawa kehidupan selepas kahwin memerlukan wang yang banyak lebih dari sewaktu melangsungkan perkahwinan. Majlis kahwin ini sekali sahaja tetapi lepas kahwin yang kita perlukan lebih banyak duit. Elakkan dari berhutan, baik hutang dengan kad kredit atau berhutang dengan orang. Susah nak bayar balik nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Cara Jadi Suami Yang Kaya Sebelum Mencecah Usia 30-an
“Saya tidak berani. Saya tidak yakin. Saya takut dengan kata-kata orang sekeliling.” Ini keluhan yang sentiasa menjadi sebutan golongan-golongan yang gagal hari demi hari dalam kehidupan mereka.Membiarkan diri dalam hidup kemiskinan adalah satu perbuatan yang merugikan. Hidup ini hanya sekali. Maka nikmati ia dengan cara yang terbaik. Satu daripada cara untuk menikmati adalah hidup dengan penuh keberanian. Terdapat 7 prinsip keramat yang boleh kita amalkan, supaya hidup lebih berani. Seterusnya mencetuskan suasana kehidupan yang lebih kaya, berjaya dan bahagia.
Prinsip #1 – Berani Berimpian
Hidup adalah kosong tanpa impian. Orang yang hidup tanpa impian adalah orang yang hidup atas impian orang lain. Terdapat satu persamaan ketara yang terdapat dalam diri setiap orang yang berjaya, iaitu mempunyai impian yang jelas dan menghairahkan.Ramai juga orang yang mempunyai impian. Tetapi impian itu cuma berpusing-pusing dalam fikiran. Untuk merealisasikan impian menjadi nyata, perkara pertama adalah menggunakan pendekatan, “Write your dreams.”
Kaedah ini digunakan secara turun temurun oleh individu berjaya, seperti Tony Robbins, Bob Proctor dan ramai lagi. Apa yang mereka lakukan adalah menulis setiap satu impian yang mahu dikecapi.Tulis di atas kertas kosong. Tulis impian dengan spesifik. Bila tarikh kita mahukannya dan kenapa kita mahukannya. Lebih kuat sebab kita mahukan impian, lebih hebat impak yang Tuhan akan berikan.
Prinsip #2 – Berani Berguru
Sesat manusia kerana sesat gurunya. Berhati-hati apabila mendengar nasihat orang. Contoh yang boleh kita lihat hari ini, ramai yang kononnya bijak memberikan nasihat berkenaan kejayaan dan kekayaan.Khususnya berkaitan dengan perniagaan. Golongan destruktif ini berkata, “Tidak perlu berniaga. Kekayaan itu bukan boleh dibawa mati.” Objektif si penyebut dialog ini hanya satu, yakni memusnahkan impian dan harapan orang yang mahu berjaya dalam hidupnya.
Untuk mengatasi masalah ini, maka pergi kepada orang yang sudah berilmu. Orang itu namanya guru. Mereka ini yang akan berikan maklumat-maklumat sebenar, terhadap apa yang ingin kita kecapi di masa akan datang. Seorang guru yang baik bukan sekadar berkongsi. Mereka menasihati seperti ayah yang mahu lihat anaknya cemerlang dunia akhirat. Mereka berkongsi pengalaman yang tidak ternilai harganya.
Untuk hidup dengan lebih berani, cari guru yang berani untuk memberikan kita landasan kekayaan dan kejayaan.
Prinsip #3 – Berani Berilmu
“Untuk berjaya di dunia, maka terangi hidup dengan ilmu. Begitu juga kejayaan di akhirat.” Ilmu adalah kuasa. Ilmu yang membezakan di antara manusia dungu dan manusia yang berjaya. Dengan ilmu, kita boleh kuasai segala-galanya. Dengan ilmu, kita melangkah dengan lebih berani dan berkuasa. Ilmu adalah perisai diri yang dapat melindungi kita daripada terjerumus daripada lembah kegagalan dan kesesatan.
Orang yang berjaya, mereka mempunyai ilmu yang luar biasa. Mereka juga tidak takut untuk melabur wang, masa dan tenaga untuk menuntut ilmu. Bagi mereka, nilai ilmu terlalu bernilai. Ia tidak boleh diukur dengan jumlah wang yang dilaburkan. Jika tidak, mengapa para alim ulama kita sanggup menjelajah ke serata dunia, demi tujuan yang satu, iaitu menuntut ilmu.
Prinsip #4 – Berani Bertindak
Napoleon Hill mempunyai satu penerangan keramat terhadap kuasa tindakan. Katanya, “Jangan tunggu. Masa yang sesuai tidak akan tiba. Melainkan kita bertindak, bertindak, dan bertindak.”
Mesti ada sebab yang konkrit beliau menyebut perkataan, “Bertindak” lebih dari sekali. Satu daripadanya adalah impak tindakan itu sendiri. Orang yang pernah bertindak dalam membangunkan sebuah perniagaan sahaja yang tahu, betapa ghairah nikmatnya memperoleh 9 daripada 10 sumber rezeki di muka bumi.
Sehingga hari ini, tindakan menguasai kejayaan dan keberanian yang keramat. Tidak ada tindakan, maka berhenti sahaja perjuangkan impian. Seperti kata pepatah, “Dare to dream. Dare to act.”
‘Pertaruhkan diri mulai saat ini untuk menebus kembali kegagalan kita di masa lalu’. Ini skrip-skrip yang digunakan oleh individu yang berjaya. Mereka tidak menyalahkan takdir. Mereka tidak menyalahkan kegagalan.
Apabila gagal, mereka belajar dan memahami semula kenapa kegagalan itu boleh berlaku. Prinsip ini namanya, “Try and adjust.” Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Gagal sekali tidak bermaksud kita terus mati. Kejayaan itu adalah hak milik insan yang komited berusaha. Janji Allah itu pasti. Iaitu orang yang berusaha, pasti diberikan nikmat dan ganjaran terhadap segala usaha yang diterjemahkan.
Prinsip pertama sehingga prinsip keempat kejayaan sudah berada di tangan saudara, para pembaca yang budiman lagi disayang Tuhan. Kali ini, kita sambung dengan tiga lagi prinsip keramat untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Bukan itu sahaja, malah mentransformasikan diri supaya menjadi lebih berani, pada tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya.
5 Berani Bertarung
Memetik daripada kata-kata orang Melayu berpengalaman, “Bertarung biar sampai berjaya. Selagi belum, selagi itu bertarung.” Petikan ini mencerminkan sikap masyarakat kita yang suka bertindak, tetapi akhirnya berhenti di separuh jalan.
Dalam program-program anjuran Richworks, semua yang berjaya memaparkan tingkah laku yang sama. Mereka bukan sekadar berimpian. Mereka bukan sekadar bertindak.
Mereka juga ikat perut, ikat nafsu, dan ikat pendirian untuk selesaikan perjuangan sehingga peroleh hasilnya. Orang yang berjaya dan berani, sentiasa habiskan apa yang sudah dimulakan.
6 Berani Dominasi
Brendon Burchard berkata, “Walaupun perniagaan kita masih kecil. Namun jangan samakan ia dengan potensi minda.” Laman sosial milik Zuckerberg mengambil masa lebih 10 tahun sebelum mempunyai komuniti pengguna melebihi 1 bilion.
Bukan itu sahaja. Facebook bermula dengan satu laman web yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan di awal pembabitannya. Pada tahun 2011, Facebook mencatatkan keuntungan sekitar USD3.71 bilion.
Pentingnya untuk masyarakat negara kita mempunyai skrip kehidupan untuk mendominasi sesuatu pasaran. Alang-alang berniaga burger jalanan, biar satu hari nanti kita menjadi pembekal burger untuk seluruh pengusaha burger di Malaysia.
Jangan kecilkan fikiran. Mantapkan diri dengan skrip-skrip kejayaan yang luar biasa. Hidup mesti berani dominasi.
7 Berani Bertuhan
Semua yang kita lakukan adalah sia-sia, jika ia tidak diselaraskan untuk memperoleh restu Tuhan yang satu. Allah adalah segala-galanya. Niatkan segala perbuatan kita untuk memperoleh redha Allah.
Kenapa? kerana ketika para manusia sedang mencaci, Allah juga sentiasa berada di sini. Tiada apa yang boleh melawan kuasa dan kemampuan Tuhan. Jadikan setiap kejayaan dan keberanian yang kita kecapi hari ini, sebagai landasan untuk mencium bau syurga.
Kejayaan dunia adalah untuk dihimpunkan supaya kejayaan akhirat dipermudahkan. Semoga terus sukses dan berani!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Perapan Ayam Yang Sihat Tapi Sedap, Sesuai Buat Pasangan Yang Nak Kurus
Bulan Ramadan bakal menjelang. Ramai yang menggunakan bulan Ramadan sebagai salah satu cara untuk diet dan menurunkan berat badan yang mencanak naik akibat PKP. Mana tidaknya, perut asyik lapar je kan?
Kebanyakan individu gagal dalam bab diet kerana tidak kreatif dalam menyediakan menu yang sedap tetapi sihat. Jadi, anda akan mudah berasa bosan dengan menu anda. Akhirnya, impian untuk kurus hanya tinggal angan-angan.
Be creative dalam menghasilkan menu yang menyelerakan. Jom kita lihat 7 resipi perapan ayam yang ringkas dan menarik oleh Fafae Mimie menerusi perkongsiannya di Facebook.
1. Ayam Sate
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk cendawan (pengganti kiub ayam/serbuk perasa)
- Gula kabung/gula stevia (kalau tiada, tukarkan dengan gula merah/gula biasa)
- Serbuk kunyit
- Jintan
- Ketumbar
- Serai
- Sedikit garam
2. Ayam Cili Kering
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk cendawan
- Cili kering potong
- 1 sudu kecil sos cili
- 1 sudu kecil sos tiram
3. Ayam Berempah
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk cendawan
- Rempah kari
- Serbuk jintan
- Cili kisar
- Sedikit garam
4. Ayam Nasi Ayam
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk Cendawan
- Minyak bijan
- Sedikit garam
- 1 sudu kicap manis
5. Ayam Hainan
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk cendawan
- Minyak bijan
- Sedikit garam
6. Ayam Blackpepper
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk cendawan
- Lada hitam kisar
- Sedikit garam
7. Ayam Mix Herbs
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk cendawan
- Mix herbs
- Cajun
Mama busy. Nak masak kena tnggu baby tidur. Makanya kita frozenkan je. Nanti nak makan, grill. Siapp.
Mission nak kurus diteruskan. Siap perap ayam untuk next week. Kalau ada resepi perap best dan tak guna banyak bahan, meh laa share.
Semua perapan guna bahan asas bawang putih, halia dan serbuk cendawan. So blend kering dulu bawang tu, tuang kat semua ayam sebelum tambah bahan-bahan lain.
Serbuk cendawan tu pengganti kiub/aji tapi version sihat. Beli kat AEON/Shopee.
Sumber: Fafae Mimie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI