Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta pasti ingin mengakhirinya dengan ikatan yang sah di sisi agama. Ia merupakan impian setiap pasangan untuk melayari bahtera kehidupan bersama buat selama-lamanya.

Namun, tidak semua pasangan bersedia untuk komited untuk mendirikan rumah tangga meskipun telah menjalin hubungan cinta yang agak lama. Setiap kali diajak untuk membina masjid bersama, ada sahaja alasan yang diberikan.

Oleh itu, ketika sedang hangat bercinta, anda harus kenalpasti tanda-tanda pada pasangan anda, adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama anda? Bukan apa, khuatir perhubungan anda berakhir dengan kekecewaan. Jom kita lihat 9 tanda pasangan anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius sekali gus mendirikan rumah tangga.

1. PERNAH KECEWA DAN DILUKAI

Tanda-Tanda Pasangan Korang Sebenarnya Belum Bersedia Nak Dirikan Rumah Tangga

Biasanya, mereka yang pernah kecewa ini memang sukar untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua hubungan yang serius. Lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan kerana takut dilukai lagi. kisah percintaan lepas yang tidak berjaya mungkin menjadi penyebab kepada perkara ini. Mungkin pasangan anda memerlukan masa untuk mengubati hati yang pernah dilukai.

2. SUKA MENGUNGKIT KISAH PERHUBUNGAN YANG LEPAS

Biasanya pasangan jenis ini memang tidak bersedia untuk sebarang komitmen serius kerana dia seolah-olah sukar melepaskan hubungan terdahulu. Mereka sering membandingkan hubungan lepas dengan hubungan yang dijalinkan bersama anda. Jadi, cuba elak mengharap satu komitmen daripadanya.

IKLAN

3. TIDAK BERSUNGGUH

Tanda-Tanda Pasangan Korang Sebenarnya Belum Bersedia Nak Dirikan Rumah Tangga

Hanya anda sahaja yang asyik membuat panggilan dan WhatsApp setiap hari untuk bertanya khabar pasangan. Nak harapkan si dia mulakan dulu, alahai memang tak adalah! Jika anda memerlukan pertolongan daripada pasangan anda, dia seperti acuh tak acuh untuk mambantu anda. Sekiranya perkara ini berlaku, ini bermakna si dia belum serius dengan anda!

4. TIADA TOLAK ANSUR

Selalunya anda yang perlu berkorban masa dan tenaga untuknya. Dek kerana sayang, anda rela melakukannya asalkan si dia gembira. Anda sering dijadikan tempat untuk bergantung ketika dia mengalami masalah. Namun, saat anda punyai masalah, dia mencari alasan untuk menghulurkan bantuan buat anda.

IKLAN

5. SUKA MENGELAK

Tanda-Tanda Pasangan Korang Sebenarnya Belum Bersedia Nak Dirikan Rumah Tangga

Jika diajak berjumpa, ada sahaja jawapannya. Busylah. Ada meetinglah. Penatlah. Untuk bertemu seminggu sekali pun agak susah dan dia sering menghabiskan masa bersama rakan-rakannya tetapi bukan anda. Jangan ambil mudah alasannya kerana itu tandanya pasangan anda mengelak dari berjumpa anda.

6. SUKAR MEMPERCAYAI ORANG LAIN

Pasangan akan sentiasa berhati-hati dengan anda dan sesiapa saja yang cuba dekat dengannya kerana sukar mempercayai orang lain. Jika dia benar-benar serius untuk mendirikan rumah tangga dengan anda, dia seharusnya menaruh sepenuh kepercayaan buat anda. Saling percaya itu juga merupakan perkara wajib yang harus ada dalam perhubungan.

IKLAN

7. SEMUA SERBA TIDAK KENA DI MATANYA

Tanda-Tanda Pasangan Korang Sebenarnya Belum Bersedia Nak Dirikan Rumah Tangga

Apa sahaja yang anda buat, semuanya tidak sempurna di matanya sehingga menguji kesabaran anda. Sukar untuk mewujudkan persefahaman. Jadi, jika anda tidak tahan kerenahnya, anda boleh mempertimbangkan untuk let go hubungan dengannya.

8. SUKA BERCAKAP MENGENAI KEBEBASAN

Jika pasangan kerap bercerita mengenai isu kebebasan, fahamilah bahawa si dia masih belum bersedia untuk komited dalam perhubungan yang lebih serius. Dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri dan mempunyai keluarga.

9. MENGELAK UNTUK BERJUMPA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN ANDA

Tanda-Tanda Pasangan Korang Sebenarnya Belum Bersedia Nak Dirikan Rumah Tangga

Sebolehnya pasangan cuba mengelak berjumpa keluarga ataupun berkenalan dengan kawan rapat anda. Baginya, berjumpa dengan keluarga anda seolah-olah berjanji untuk menjaga anda padahal si dia belum bersedia. Begitu juga dengan dia. Dia juga tidak akan mengajak anda untuk bertemu dengan keluarganya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI