Dalam dunia ini tiada seorang pun yang mampu meneka nasib pasangan dia dan pasangan. Mungkin hari ini gembira dan nampak tenang tetapi esok lusa? Hubungan yang telah lama dibina hancur begitu sahaja dalam sekelip mata.

Lumrah perkahwinan mesti ada pahit dan manisnya. Pergaduhan itu mesti akan berlaku tetapi ia terpulang kepada kita bagaimana kita mengawalnya. Jika kena pada caranya, sudah pasti penceraian itu dapat dielakkan. Ikut tips ini kalau tak nak rumah tangga anda lenyap begitu sahaja.

1. Saling menghormati

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

Walau marah sekalipun, jangan ungkapkan kata-kata yang kasar dan nada yang tinggi. Jangan cakap kasar atau menengking kerana pasangan akan rasa tercabar seterusnya tertekan dan merasa yanng anda sedang memanipulasi emosi mereka. Kerana ini adalah kunci kebahagiaan yang abadi.

2. Jangan membanding-banding

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

Jangan terlalu terikut kehidupan orang. Apa yang mereka ada semua anda mahu, apa yang mereka buat semua anda ikut. Jangan memaksa pasangan anda untuk melakukan perkara yang tidak disukai. Untuk itu, jagalah hubungan sendiri dan tak perlu cuba meniru atau mengikut gaya hidup orang lain.

3. Jaga penampilan diri

IKLAN

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

Jagalah penampilan diri bukan sahaja di rumah tetapi bila keluar dengan suami juga. Dia juga teringin untuk isterinya kelihatan sempurna di hadapan kawan-kawannya. Suami juga perlu lakukan benda yang sama. Jangan isteri je melawa tapi suami? Biasa-biasa sahaja. Biar fair & square ok. Sama-sama cantik dan menawan.

4. Suami/Isteri Adalah Keutamaan Lebih Daripada Anak

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

Anak-anak memang penting tetapi jangan terlalu mengutamakan anak-anak sehingga lupa yang anda itu sudah beristeri atau bersuami. Anak-anak lama-kelamaan akan membesar dan akan memulakan kehidupan mereka sendiri. Cari jalan bagaimana nak intim kan balik hubungan anda berdua!

IKLAN

5. Saling memaafkan

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

Kalau dah ego tu memang tak kemana. Lebih baik memaafkan atau mengaku kesalahan diri daripada pendam kerana lama-kelamaan hubungan akan beransur menjadi bosan dan menyebabkan pernceraian. Jika dua-dua tak mahu mengalah, dua-dua besar kepala memang sampai kesudah tak akan selesai masalahnya.

6. Terima pasangan seadanya

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

IKLAN

Salah satu perkara yang perlu dijauhi adalah untuk mengubah pasangan. Kalau dah niat ubah pasangan anda kenapa terima dia pada awalnya? Kalau anda tidak suka caranya lebih baik jangan mendekatinya. Untuk itu, terimalah pasangan seadaanya. Sokong minat pasangan dan biarkan mereka lakukan minat mereka kerana hubungan yang bebas dari kongkongan adalah cara terbaik.

7. Jangan pernah sebut perkataan… cerai

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye Bye

Jangan sesekali sebut perkataan ini lagi-lagi masa tengah marah! Walau apa yang berlaku, jangan seskali sebut perkataan cerai kerana dalam Islam apabila lelaki sebut sahaja cerai kepada isterinya, jatuhlah talak dan serta-merta status perkahwinan akan gugur. Jangan menyesal kemudian.

8. Jangan Buruk-Burukan Pasangan

Isteri Bukan Bahan Uji Kaji, Nak Bila Perlu, Tak Nak Boleh Bye ByePerempuan lazimnya gemar berkongsi cerita tentang keburukan pasangan lebih-lebih lagi apabila keadaan rumah tangganya tegang dan sedang dingin. Hal ini akan mengakibatkan pertelingkahan yang lebih serius sehingga wujudkan amalan suka membanding-bandingkan. Lebih baik jangan menceritakan keburukkan pasangan anda. Biarlah hanya anda berdua sahaja yang tahu.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI