Hubungan suami isteri ni bukan semuanya indah. Kita bukan robot yang semuanya sempurna. Pasti ada perkara kecil yang terguris ataupun tersakit hati. Lelaki ini kongsi, kenapa sebelum tidur, si isteri kena minta maaf pada suami.

Suami isteri haruslah memastikan tempat tidur mereka menjadi tempat yang menenangkan untuk mereka melepaskan lelah dan menghabiskan waktu malam bersama

Bilik tidur haruslah menjadi tempat yang menenangkan untuk suami isteri melepaskan lelah dan menghabiskan waktu malam bersama. Sebelum berhasrat untuk tidur, sebaiknya usahakan untuk anda berdua mencipta suasana bahagia dan romantis bersama pasangan. Lelaki ini kongsi mengapa sebelum tidur, isteri harus mohom maaf dan ucap terima kasih pada suami.

Isteri. Sebelum lelapkan mata mohon maaf kepada suami. Mungkin hari ini buatkan suami terasa hati. Mungkin hari ini burukkan suami kepada orang lain.

Jangan lupa juga ucap terima kasih tak terhingga kepada suami kerana berusaha sebaik mungkin untuk bahagiakan keluarga ini. Keluar pagi balik malam cari rezeki, ada suami sakit macam mana pun kuatkan diri juga untuk keluar mencari rezeki.

Ucapan terima kasih walaupun nampak kecil tapi cukup memberi kesan kepada jiwa seorang suami. Percayalah kata-kata yang indah dari seorang isteri buatkan jiwa seorang suami jadi lembut dan itulah doa isteri buat suami.

 

HARGAILAH SUAMI SELAGI MEREKA DISISI.

 

-EncikMatt-