Saat sah bergelar isteri, secara automatik reda seorang wanita sudah beralih arah daripada kedua-dua orang tua kepada suaminya. Maka beruntung seorang wanita yang beriman kerana diberi Allah SWT peluang keemasan untuk memasuki syurga-Nya berdasarkan empat syarat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Bagi mendapatkan ganjaran syurga di akhirat kelak, seorang wanita haruslah mengetahui enam sebab mengapa reda seorang suami ialah syurga buatnya.

IKLAN

1. Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Apabila meningkat dewasa, suami memilih untuk mencintai anda yang belum tentu anda sebagai isterinya mampu mencintai suami seumur hidup. Bahkan sering pula rasa cintanya terhadap anda melebihi rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

IKLAN

2. SUAMI DIBESARKAN SEBAGAI SEORANG LELAKI YANG NAFKAHNYA DITANGGUNG OLEH IBU BAPANYA SEHINGGA SUAMI DEWASA. NAMUN SEBELUM SUAMI MAMPU MEMBALASNYA, SUAMI BERTEKAD MENANGGUNG NAFKAH ANDA SEBAGAI ISTERINYA IAITU SEORANG WANITA ASING YANG DIKENALINYA DAN HANYA TERIKAT DENGAN AKAD NIKAH TANPA IKATAN DARAH SEPERTI AYAH DAN IBUNYA.

3. Suami reda menghabiskan masanya untuk mencukupkan keperluan anda dan anak-anak. Padahal suami tahu, di sisi Allah SWT, isterilah yang lebih dihormati tiga kali lebih besar daripada anak-anak berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun suami rasa cemburu kerana ternyata suami begitu mencintai anda dan mengharapkan anda mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah SWT.

IKLAN

4. SUAMI BERUSAHA MENUTUP MASALAHNYA DI HADAPAN ANDA DAN BERUSAHA MENYELESAIKANNYA SENDIRI. PADAHAL SAAT ANDA MENGADU MASALAH KEPADA SUAMI DENGAN HARAPAN SUAMI MAMPU MEMBERIKAN JALAN PENYELESAIAN, MUNGKIN SUAMI SEDANG BERDEPAN DENGAN MASALAH YANG LEBIH BESAR DAN SUAMI TETAP MENGUTAMAKAN MASALAH ANDA BERBANDING MASALAH YANG DIHADAPINYA.

5. Suami berusaha memahami bahasa diam dan bahasa tangis anda. Padahal ada ketikanya anda hanya mampu memahami bahasa lisan suami saja, itu pun apabila suami mengulanginya berkali-kali.

6. APABILA ANDA MELAKUKAN DOSA JIKA SUAMI TIDAK MENEGUR ANDA, MAKA SUAMI AKAN TERSERET SAMA KE NERAKA KERANA SUAMI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN DOSA YANG ANDA TELAH LAKUKAN. NAMUN APABILA SUAMI MELAKUKAN DOSA, ANDA TIDAK AKAN PERNAH DITUNTUT KE NERAKA KERANA APA YANG DILAKUKAN SUAMI MERUPAKAN DOSA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKANNYA SENDIRI.

Oleh itu wahai isteri, taatilah suami dengan menjalankan tanggungjawab kepadanya. Mudah-mudahan anda akan beroleh keredaan Allah SWT untuk memasuk syurga dari mana-mana pintu. Semoga usaha anda itu akan menjadi tiket untuk anda menuju ke syurga yang kekal abadi.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI