pic-ari wedding couture

Tidak salahnya anda jadi cerewet dalam memilih baju kahwin bagi memastikan penampilan memuaskan di majlis bahagia nanti. Disarankan jangan mencari baju kahwin dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana jangka masa yang pendek boleh menjadikan apa yang anda hajati tidak kesampaian.

Terdapat banyak kesilapan yang mungkin dilakukan oleh bakal pengantin di luar sana ketika membeli baju kahwin. Ia disebabkan oleh persediaan yang tidak mencukupi atau tidak berfikir dengan lebih jauh sebelum membuat keputusan.

Kesalahan atau kesilapan yang sering dilakukan ketika membeli baju pengantin.

Tidak Memikirkan Kos Tambahan

Apabila anda mempunyai bajet untuk membeli atau menyewa baju kahwin, anda perlu ingat bahawa perlu memakai aksesori tambahan seperti kasut tumit tinggi, layah, tiara, tudung, subang, rantai dan lain-lain lagi.

Semua perkara ini melibatkan kos dan memerlukan belanja yang agak tinggi. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau menyewa baju impian anda, fikir dengan lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara lain yang juga perlu anda lakukan.

Keliru Membuat Pilihan Baju Kahwin

IKLAN

Memilih baju kahwin merupakan perkara istimewa jika dibandingkan daripada membeli-belah pakaian harian. Rata-rata akan membawa teman mahupun ahli keluarga ketika membeli baju kahwin.

Namun dinasihatkan agar membawa orang yang anda percaya untuk memberikan pendapat yang jujur. Sebaiknya jangan membawa terlalu ramai orang kerana boleh mengelirukan pilihan yang bakal dibuat.

Beli Terlalu Awal Atau Terlalu Lewat

Membeli baju di saat-saat akhir boleh menyebabkan anda tiada masa untuk membuat pilihan yang lebih terperinci. Baju kahwin tidak perlu dibuat terlalu awal, tetapi anda masih perlu menetapkan matlamat untuk mempunyai masa yang cukup jika ada sebarang perubahan.

IKLAN

Sekiranya anda sudah menetapkan tarikh dan lokasi perkahwinan, menempah baju di waktu awal adalah perkara yang digalakkan. Ini penting bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Tiada Rujukan Sebelum Membeli

Sebaiknya  perlu bagi bakal pengantin mempunyai beberapa idea tentang baju kahwin pilihan anda.

IKLAN

Mengetahui lokasi perkahwinan dengan lebih awal akan membantu anda untuk mengenakan baju yang tepat di majlis perkahwinan itu nanti. Contohnya, lokasi perkahwinan anda akan diadakan di tempat terbuka.Oleh itu, anda harus mengkaji terlebih dahulu baju yang sesuai untuk digayakan di majlis tersebut.

Mencuba Satu Gaya Sahaja

Sebelum membuat keputusan untuk memilih baju kahwin,  dinasihatkan untuk mencuba beberapa pasang baju bagi mendapatkan baju yang paling sempurna untuk digayakan di majlis perkahwinan nanti.

Jangan membuat keputusan terburu-buru dengan hanya mencuba satu gaya baju sahaja. Mintalah pendapat dari perunding perkahwinan atau penasihat fesyen berpengalaman bagi mendapatkan pilihan baju yang sesuai buat anda.

Tidak Membuat Bajet

Dengan adanya bajet yang telah ditetapkan, ia memudahkan untuk mencari baju kahwin yang sesuai dengan bajet. Selain itu, bajet yang diperuntukkan untuk membeli baju kahwin perlulah berpatutan dan jangan terlalu mahal.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI