Ta’aruf; Jangan tergesa-gesa bertunang selagi belum menyelesaikan Ta’aruf.

“Saya percaya dia baik, dan saya terima dia seadanya..”

Jika ayat ini keluar daripada seorang yang dipinang dalam keadaan dia benar-benar mengenali orang yang meminangnya, ia adalah satu perkara yang baik kerana dia telah memudahkan urusan pertunangan.

Sebelum Bertunang, Berkenalanlah Dulu. Tapi Ikutlah Adab Islam

Namun, jika jawapan tersebut datang daripada seorang lelaki atau perempuan yang dipinang tanpa pernah ada proses perkenalan (ta’aruf) ia merupakan satu perkara yang merugikan.

IKLAN

Pertama, kerugian yang diterima adalah tidak menuruti saranan Sunnah Nabi s.a.w. apabila ingin melakukan proses peminangan. Sebagaimana yang disarankan didalam hadith Mughirah bin Syukbah r.hu supaya dilihat terlebih dahulu wanita yang ingin dipinang sebelum meminang.

Kedua, kerugian melepaskan kebebasan seseorang dalam memilih pasangan. Sedangkan, muslim diseru untuk memilih pasangan yang terbaik dalam perkahwinan, kerana ia adalah kehidupan.

Peluang Ta’aruf adalah peluang yang besar kepada lelaki dan perempuan untuk memilih dan membuat keputusan tentang halatuju perkahwinan masing-masing. Kedua-dua pihak berhak untuk memilih.

IKLAN

Sebelum Bertunang, Berkenalanlah Dulu. Tapi Ikutlah Adab IslamBermula dari berTa’aruf tentang Tabiat peribadi, hal ehwal akhlak dan adab serta Agama, keturunan, kedudukan dan harta.

BerTa’aruf bukan berbincang soal perancangan perkahwinan, tetapi membincangkan kesesuaian dan keserasian antara lelaki dan perempuan yang berniat membina rumah tangga.

IKLAN

Persoalan perancangan perkahwinan adalah perbincangan dalam proses pertunangan. Kerana ini, sebelum berbincang soal perkahwinan, selesaikan terlebih dahulu soal keserasian dan kesesuaian.

Diletakkan Ta’aruf sebelum berlaku pertunangan adalah untuk tujuan apabila timbul kekurangan semasa pertunangan, tidak berlaku pertunangan separuh jalan, kerana ia menyakitkan (perasaan).

Manfaatkan ruang Ta’aruf sebaiknya. Kerana ia mula kepada bahtera perkahwinan.

Kredit: Abdul Hakim Othman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI