Dunia semakin hari semakin mencabar. Semakin maju sesebuah negara, semakin banyak duit yang perlu dikeluarkan. Apalagi buat mereka yang sudah berkeluarga. Lelaki ini kongsi, kita kita suami isteri tak boleh tambah pendapatan, cuba kurangkangkan belanja dengan beberapa cara ini.

Jika kita tidak boleh tambah pendapatan, kita kena kurangkan perbelanjaan. Antaranya,
.

1. Jalan kaki sahaja jika tempat tersebut terlalu dekat.

2. Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya.

3. Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran mahal.

4. Batalkan langganan siaran berbayar atau beli majalah artis.

5. Tutup lampu dan air jika tidak digunakan. Baiki paip air yang rosak.

6. Gosok baju untuk seminggu terus lagi jimat bil elektrik.

7. Minum air suam berbanding air manis. Kesihatan pun terjaga.

IKLAN

8. Beli secara tunai dan tak perlu berhutang yang tidak perlu.

9. Kurangkan wang dalam dompet bila jalan-jalan. Cukuplah RM200.

10. Tak perlu pergi pasar raya tanpa hala tuju. Baik membaca di rumah.

11. Berhenti beli majalah pasal artis. Kau je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan kau tak kisah pun kau ada duit ke tak.

12. Beli barang dapur untuk dua minggu sekali ataupun sebulan sekali. Tak perlu pergi pasar raya hari-hari.

IKLAN

13. Buat bajet dan patuhi bajet yang dibuat.

14. Tak perlu makan tempat mewah semata-mata nak up gambar dekat Insta.

15. Pakai pakaian berjenama kalau dompet nipis tak guna.

16. Lelaki bujang beli motor je dulu.

17. Bayar bil guna khidmat atas talian. Jimat masa, tenaga dan minyak.

IKLAN

18. Berhenti lawan dengan jiran sebelah. Jiran tukar sofa baru, kau nak tukar sama. Jiran beli TV besar kau menggelupur nak beli baru juga.

19. Bawa bekal ke pejabat. Buat potluck untuk lebih meriah.

20. Berhenti merokok dan hisap vape.

.
.

Apa tips korang untuk mengurangkan berbelanja? Boleh kongsi di ruangan komen untuk manfaat bersama. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI