
Kata orang, tempoh 1 hingga 5 tahun perkahwinan itu adalah tempoh yang banyak dugaan. Tempoh untuk saling mengenal buruk baik pasangan.Mengenal luar dan dalam dan jika kita dapat melepasinya, InsyaAllah, hidup berumahtangga lebih bahagia selepas itu. Benarkah?
Dan tentu untuk mencapaikebahagian itu, kita harus mampu melewati setiap ujian-Nya dengan sempurna dan sebaik-baiknya.
Kerana tidak mungkin Allah memberikan kenikmatan yang luar biasa kepada hamba-Nya tanpa diuji terlebih dahulu.
Oleh sebab itu jadikanlah doa sebagai penguat untukmu terus bersama-sama dalam ujian-Nya, berdoalah semoga jodoh yang Allah gariskan benar-benar sampai ke syurga-Nya kelak. Aminn
Berdoalah Semoga Tidak Pernah Merasa Bosan Untuk Terus Bersama, Walau Masalah Kadang Datang Menyapa
Berdoalah semoga kau dan pasanganmu tidak pernah merasa bosan untuk terus bersama, walau sebenarnya rasa bosan itu kadang menyapa ketika masalah menimpa diri ini.
Berdoalah Semoga Allah Selalu Memberi Kesabaran Untuk Kamu dan Pasanganmu Dalam Menghadapi Setiap Cubaan & Dugaan
Berdoalah semoga Allah selalu memberi kesabaran untuk saling memahami antara satu sama lain, sehingga ketika dugaan datang menyapa maka kamu atau pasanganmu dapat menghadapinya dengan bijaksana.
Tidak saling mengeluh dan tidak saling menyalahkan, tapi sama-sama menghadapi masalah yang ada dengan rasa tanggung jawab.
Berdoalah Semoga Apapun Masalah yang Tengah Kamu Hadapi Tidak Pernah Membuatmu Merasa PenatUntuk Tetap Bersama
Berdoalah Semoga Allah Selalu Melimpahkan Ketulusan Bagi Hubungan yang Ada, Agar Hubungan Yang Dibina Terjalin Kukuh
Berdoalah semoga Allah selalu melimpahkan ketulusan bagi hubungan ini, agar saling percaya, saling terbuka, dan saling setia.
Tip Pilih Kasut Kahwin, Pengantin Akan Nampak Anggun Dan Tak Terpelecok

Sebelum majlis bersanding, anda patut tahu tip pilih kasut kahwin untuk kelihatan anggun dan selesa sepanjang hari bahagia.
Memang tidak lengkap penampilan pengantin perempuan tanpa kasut tumit tinggi tetapi kalau salah pilih, kaki akan sakit dan silap gaya boleh terpelecok waktu majlis berlangsung.
Jadi pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting agar anda tidak berasa sakit bahkan tampak menyerlah apabila dipadankan dengan busana kahwin memukau.
Ada Tiga Jenis Kaki
Umumnya, manusia memiliki tiga jenis kaki iaitu normal ‘foot’, tapak kaki rata (pronator) dan tapak kaki lengkungan tinggi (underpronator).
Ketiga-tiga jenis kaki ini mempunyai kemampuan berbeza untuk menjejak, menapak dan berjalan.
Menerusi mStar Online, Pengarah Operasi Areethan Malaysia, Daphne Lee, ada berkongsi beberapa tip pemilihan sepatu perkahwinan khusus buat bakal pengantin agar tampil anggun dan yang penting tidak malu besar gara-gara terpelecok.
Menurut Daphne, kasut jenis tumit tinggi merupakan suatu kemestian buat setiap bakal ratu sehari dalam menaikkan lagi seri dan penampilan seseorang untuk dipadankan dengan busana perkahwinan.
Kasut jenis ‘pointy’ dan ‘peep toe’ antara yang paling sesuai untuk digayakan oleh si ratu sehari.
Pilih Kasut Ikut Ketinggian
Jika bakal pengantin perempuan seorang yang bertubuh rendah manakala pasangannya seorang yang tinggi lampai, mereka sebaiknya memakai kasut berketinggian sekurang-kurangnya empat inci.
“Trick mudah untuk menggayakan kasut tumit tinggi adalah dengan memilih ketebalan platform sepatu berkenaan agar tekanan pada kaki dapat dikurangkan pada masa sama, anda juga akan rasa lebih selesa dan stabil.”
Sebagai contoh, jika kasut yang dipilih adalah empat atau lima inci, bermakna platformnya haruslah berketebalan dua inci.
Pilihan Kasut Bagi Bertubuh Gempal
Bagi wanita yang bertubuh gempal, kasut jenis half open peep toe mampu memberi ilusi kaki yang lebih kecil dan panjang.
Sesetengah wanita memiliki kaki jenis besar. Antara kasut yang harus dielakkan adalah jenis sling backs kerana sepatu jenis ini akan lebih menonjolkan pergelangan kaki anda.
Kasut jenis pointy high heels juga harus dielakkan kerana kasut jenis ini tidak sesuai untuk menampung berat badan dan akan membuatkan kaki anda berasa sakit.
Sebaiknya pilih kasut dari material tulle lace dan jenis half open peep toe agar kaki anda kelihatan lebih tinggi, runcing dan kurus.
Beli Jenama Dan Kualiti Terbaik
Bercakap soal kualiti, perkara yang difikirkan semestinya mengenai rekaan dan meterial yang digunakan.
Fabrik seperti plastik misalnya tidak sesuai dipakai untuk tempoh jangka masa lama kerana mampu membuatkan kaki anda cepat berpeluh, berasa sakit dan melecet.
“Sekiranya anda ingin membeli sepatu untuk dipakai ketika perkahwinan, belilah sesuatu yang berkualiti.
“Jangan sesekali beli kasut yang tidak berkualiti hanya kerana harganya yang lebih murah.
“Fabrik yang diperbuat daripada calf leather (kulit lembu) pada dalam bahagian kasut sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari,” kata Daphne.
Rona Ideal Kasut Kahwin
Selain jenis kasut, warna juga memainkan peranan yang sangat penting dan perlu anda titik beratkan.
Rona-rona seperti putih, silver, beige atau keemasan merupakan pilihan ideal untuk digayakan ketika majlis pernikahan mahupun pernikahan mahupun resepsi.
Bagaimanapun awas, kasut berwarna hitam tidak sesuai dan perlu anda elakkan!
Daphne yang mengusahakan perniagaan kasut bersama dua lagi kakaknya iaitu Sherena Lee, 34, dan Michelle Lee, 38, sempat berkongsi tip mengenai pemilihan fabrik dan perincian yang susuai untuk si ratu sehari!
Sesuai dengan status ratu sehari, Daphne berkata fabrik kasut dari jenis satin mampu menyuntik elemen mewah dan elegan.
Fabrik Dan Perincian
Material Pun Mainkan Peranan
Kasut yang mempunyai material jenis brocade atau perincian kristal dan swaroski mampu menaikkan aura glamor.
Jika anda inginkan sesuatu yang sweet & romantic, fabrik jenis satin silk ditambah perincian seperti bow dan floral mampu menonjolkan sifat feminin si ratu sehari.
Untuk sesuatu yang simple anda boleh memilih fabrik jenis satin silk dipadankan dengan kerongsang.
Jika inginkan kelainan namun simple, boleh mencuba jenis rekaan lipatan atau drape ini.
Kasut jenis ini juga sesuai dipadankan dengan busana tradisional seperti baju kurung.
Busana untuk material tulle pula sesuai digayakan dengan kasut daripada fabrik jenis french lace dan french beads.
Cara Layanan Suami Yang Membentuk Sikap Seorang Isteri

Tahap kesabaran setiap individu ada hadnya, kenapa kalau isteri bersuara dan menegur kesalahan suami dianggap kurang ajar. Sebagai suami isteri kita saling melengkapi. Jangan pentingkan diri, jangan buat salah seorang daripada kita terasa hati atas perbuatan yang kita lakukan. Lihat kembali apa yang kita buat. Jaga hati pasangan kita sebaiknya. Ikuti perkongsian rasa dari Firdaus Shakirin tentang perangai suami yang menggugat kesabaran seorang isteri.
.
Tak ramai isteri yg boleh kekal berlembut dgn suami yg naik lemak…
Isteri tinggi suara, kita marah…isteri kurang ajar, kita marah…isteri buat muka, kita marah…isteri melawan, kita marah…
Tapi bila kita asyik dgn game dan HP, xpe, xsalah…kita tak pernah membantu keje2 rumah, xpe, xsalah…kita tak tunaikan nafkah, xpe, xsalah…kita biar dia bertungkus lumus menguruskan anak2 seorang diri, xpe, xsalah…kita sibuk dgn melepak, kwn2 dan hobi, xpe, xsalah…kita tgok lucah, main judi, bermaksiat, pun xpe, xsalah…
Apa yg kita buat, walaupun terang2 salah, tapi tetap tak salah sbb kita yg buat…klu isteri yg buat, memg salah la…mana boleh buat mcm tu…
Isteri pun ada limitnya…
Bila dah smpai limit dia, takkan kita nak dia berlembut lagi? Agak susah dan sukar serta tak logik la nk isteri terus berlembut bila kita sendiri dah naik lemak…
.
Isteri org lain boleh berlemah-lembut dgn suami dia sbb suami dia tak cari masalah dgn dia…suami dia buat apa yg dia patut buat…suami dia tunai apa yg dia patut tunai…suami dia amalkan apa yg agama suruh…suami dia tinggalkan apa yg agama larang…suami dia tak berkira dgn dia dan suami dia tak anggap dia tu satu beban…
Maka tiada alasan utk dia tinggi suara dgn suami dia…tiada sebab utk dia kurang ajar dgn suami dia…klu dia buat muka dgn suami sebegini, dia pulak rasa bersalah…
Cara layanan suami tu yg akan membentuk personaliti dan sikap isteri setelah mendirikan rumahtangga…dia boleh hilang kelembutan dia sekiranya suami dia dah naik lemak…
Yg peramah pun boleh jd pendiam klu bersuamikan lelaki yg selalu menyakiti dan melukakan hatinya…
Tgoklah diri sendiri, pastu renung2kan kenapa isteri sendiri tu lain drpd isteri org lain…
PPN : Ubahlah sikap anda ke arah yang lebih baik, perbaiki kelemahan diri dan jangan persalahkan orang lain lagi. Saling melengkapi dan sayangi pasangan anda.
Betul Ke Lelaki Hanya Pandang Wanita Daripada Sudut Fizikal Sahaja?
Adakah benar lelaki memang cuma suka wanita kerana kecantikan sahaja? Membaca ayat pertama ini sahaja sudah membuatkan ramai wanita tertanya-tanya apakah benar lelaki hanya memandang wanita daripada segi fizikal sahaja.
Apakah yang pertama kali dinilai seorang lelaki saat melihat seorang wanita? Benarkah para lelaki hanya ‘peduli’ tentang penampilan fizikal semata-mata?
Secara realitinya memang seorang lelaki adalah makhluk yang bersifat visual. Saat baharu berkenalan pertama kali dengan seorang wanita, pada lima minit awal, seorang lelaki akan menilai kecantikan fizikal wanita daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Namun tidak dinafikan bahawa tidak semua lelaki menilai wanita daripada sudut fizikalnya sahaja.
Untuk dijadikan pendamping hidup, seorang lelaki juga mempertimbangkan berbagai hal seperti berikut ini:
Keserasian
Keserasian merupakan faktor utama sebelum seseorang lelaki memilih calon pasangan hidup. Jika seseorang lelaki itu sedah berasa serasi dengan seseorang wanita maka dia tidak akan sekali-kali memandang wanita lain sekalipun wanita yang disukainya itu berstatus janda. Jika seorang lelaki itu sudah ‘berkenan’ mereka tidak akan ambil peduli tentang kisah lalu seorang wanita yang berjaya menambat hati mereka.
Sedap Mata Memandang
Rupa paras tetap menjadi kategori yang tersenarai dalam pemilihan calon hidup oleh seorang lelaki. Kecantikan itu memang sesuatu yang subjektif namun tidak dapat disangkal seorang lelaki tertarik pada rupa paras seorang wanita. Mungkin pada pandangan orang lain seseorang wanita itu tidak cantik mana namun pada pandangan mereka, wanita itulah yang telah membuatkan hatinya berdetak kencang.
Agama
Kategori ini juga antara perkara penting yang diambil kira oleh seorang lelaki dalam memilih calon isteri. Ini kerana agama juga menjadi isu penting dalam membina sesuatu hubungan. Jika ingin menuju bahtera yang bahagia dan kekal hingga ke syurga, soal agama sangat memainkan peranan. Ia merupakan kunci kerukunan rumahtangga.
Akhlak Dan Keperibadian
Lelaki yang baik, jelas akan mencari wanita yang baik juga. Begitu jugalah sebaliknya Kadangkala kekurangan fizikal akan tertutup dengan akhlak dan keperibadian yang baik. Wajah yang cantik sahaja tidak menjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga jika tidak disertai dengan akhlak dan keperibadian yang mulia.
Sifat
Seorang lelaki akan lebih mudah jatuh cinta pada wanita yang bersifat baik dan murah hati. Fizikal dan kecantikan akan jadi pilihan yang nombor dua jika sudah jatuh hati dengan si inner beauty. Hidup berumah tangga bukan sehari dua. Jika boleh biarlah sehingga nafas yang terakhir.
Oleh itu pada para wanita, usah terlalu khuatir dan prejudis dengan kaum lelaki. Tidak semua lelaki hanya memilih pasangan hidup daripada sudut fizikal sahaja. Ini kerana kecantikan sahaja tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki.