Walaupun usia belum cecah senja, tapi awal-awal lagi mak dah cuba carikan calon suami. Nak tolak, mak mesti kecil hati. Nak terima pula, tak kenal langsung dengan dia. Serba salah kan? Apakata kalau kita buat solat istikharah untuk dapat petunjuk Allah. Lebih afdal.

Sebenarnya, ada adabnya jika sebagai ibu bapa kita hendak carikan jodoh buat anak-anak. bukan hanya rupa paras dan kerjaya jadi taruhan tetapi selidik juga soal agama dan keluarganya. Di sini dikongsikan beberapa tips untuk ibu bapa dan anak-anak ‘melihat’ jodoh.

 

  1. Solat istikharah

Orang ketiga

Ada juga jodoh yang dipilih bukanlah dicari oleh ibu bapa sendiri namun diperkenalkan oleh pihak ketiga. Sebagai orang ketiga, jika boleh lakukanlah solat sunat istikharah. Satu tanggungjawab yang besar apabila kita menjadi orang tengah untuk satukan pasangan sehingga ke gerbang perkahwinan. Andainya doa kita ‘dijawab’ dengan baik, bolehlah diteruskan niatnya.

 

IKLAN

Ibu bapa

Kemudian, ibu bapa pun perlu juga solat sunat istikharah. Mohon agar Allah tunjukkan dan berikan jawapan kepada persoalan kita.

 

Diri sendiri

Kita sendiri pun perlu lakukan perkara sama. Letakkan sepenuh harapan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui Segala-galanya.

 

  1. Pertemuan

Bila sudah sepakat, berjumpalah bakal pasangan anda. Tapi bukan jumpa berdua sahaja. Ibu bapa perlu hadir sekali. Tak manis bila orang tengok ada pasangan bukan muhrim berdua-duaan kan?

 

  1. Agama dan akhlak

Bakal pasangan itu biarlah yang menghayati prinsip-prinsip dalam agama dan mempunyai akhlak serta perlakuan mulia.

 

  1. Bersifat pengasih dan penyayang

Dari zahirnya kita sudah boleh melihat sifat seseorang. Kita sendiri boleh rasa kasih sayang seseorang dari perlakuannya.

 

  1. Keturunan

Anda perlu tahu latar belakang bakal pasangan. Janganlah memilih sampai nak yang hartawan. Asalkan agamanya, kecerdasannya, kesihatannya dan akhlaknya mulia, kan sudah memadai.