Jika semua manusia dilahirkan dengan keinginan yang sama maka terbelahlah bumi ini.Lelaki bernama Mizan Dzai ini kongsi, Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza.

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap pagi, setiap hari tapi dia tetap tak buka kedai?

Sebab dia selesa macam tu, tak suka nak fikir masalah yang complicated.

Kenapa ada yang jadi jururawat walaupun mungkin gaji tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang dikorbankan?

Sebab jiwa dan suka, dia gembira bila tengok pesakit baik semula.

Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi sedangkan sehari berapa ekor je dia makan?

Sebab mungkin hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

IKLAN

JANGAN KAU PAKSA ORANG JADI KAYA. JANGAN KAU SOMBONG DALAM KATA, SEOLAH-OLAH SEMUA MANUSIA KENA KAYA DAN BERHARTA.

Seolah yang memilih makan gaji itu tidak berjiwa besar atau tak nak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu tak ada apa nak dibanggakan.

Seolah yang memilih menjadi suri rumahtangga sepenuh masa itu Loser dan tak berguna.

Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza.

Hidung dan saiz pinggang pun berbeza. Kau gemuk aku kurus, hidung kau penyek aku mancung.

IKLAN

Kan lain tu.

Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza.

Sebab kita semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero.

IKLAN

Kalau hari ni kita zero, jangan lupa hari esok pastinya kita boleh jadi hero.

Sekelip mata, hanya dengan Kun Fayakun.

Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak atau belum memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian yang lebih hebat yang lebih halus.

Optimis itu bagus cuma jangan sampai riak, takbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita.

Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan nanti.

#SalamJumaat
#UstazHanafi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI