Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, kenalah ada titik nokhtah hubungannya. Betul tak? Ramai pasangan yang melalui perhubungan perkenalan atau percintaan yang lama namun ramai yang kecundang di tengah jalan. Tetapi, buat pasangan Mohammad Safiq dan Asifa Azra, kasih yang disemai sejak sembilan tahun lalu diakhiri dengan sebuah ikatan hubungan yang sah.

 

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

 

20 Mei 2021 menjadi tarikh istimewa buat pasangan ini yang disatukan di Segamat, Johor. Meskipun perkahwinan yang dilangsungkan tidak dihadiri sanak-saudara dan rakan-rakan kerana masih di dalam PKP namun kenangan indah itu dirakam dengan sempurna. Azra mengambil keputusan untuk memanggil perancang perkahwinan, jurufoto dan juru video untuk menjadikan hari istimewanya lebih bahagia dan bermakna untuk dipotretkan dalam bentuk gambar dan video.

 

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

 

“Berkahwin di musim PKP bukan mudah terutamanya apabila kami berdua telah merancang pelbagai perkara termasuk mengadakan majlis buat kedua-dua pihak. Namun, atas nasihat dan dorongan keluarga serta rakan-rakan, kami akur untuk melangsungkan perkara wajib terlebih dahulu iaitu bernikah.

 

Sama seperti pasangan lain, kami menyertai kursus perkahwinan, melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan kemudian menghantarnya ke pejabat kadi. Sedih juga bila kawan-kawan rapat tak ada di hari bahagia sebab itu semua impian seorang perempuan kan?

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

Pada malam sebelum nikah baru saya tahu, mereka sudah merancang pelbagai perkara buat saya. Tetapi saya tetap positif, memikirkan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini atau mungkin sudah tertulis semuanya buat saya,” kata Azra.

IKLAN

 

9 TAHUN BERKENALAN, APA AGAKNYA TIP UNTUK TERUS ‘BERTAHAN’ DALAM PERHUBUNGAN?

 

  1. Pertama, percaya dengan pasangan anda. Tetapi pada masa yang sama, diri sendiri itu juga perlu meletakkan atau mengehadkan batas pergaulan dengan rakan-rakan.

 

  1. Yang kedua adalah komunikasi. Walaupun jarang berjumpa, namun kami sering berhubung menerusi telefon bimbit walaupun cuma sekadar 3 minit. Bercakaplah dengan pasangan anda, sekiranya mempunyai masalah atau berkongsi berita gembira. Pasangan bukan sekadar untuk bercinta, malah teman & rakan ketika suka dan duka.

 

  1. Yang ketiga, sekiranya mempunyai perasaan marah, ambil masa untuk muhasabah diri masing-masing kemudian mohon maaf dan memaafkan.

 

  1. Yang keempat, cuba mengalah dalam apa jua situasi dan jangan ikutkan sangat perasaan ego. Kadang-kadang perkara yang kecil boleh jadi besar sampai membawa ke situasi yang tidak diingini.

 

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri
Appreciation post: @munstara.event Words cannot express how grateful I am to meet a person like Nas! He went all out for my wedding. From decorating the pelamin, hantaran, to the room and handbouquet. It’s not easy when you had to change your plan at the very last minute. But Nas took only 5 days to figure out how to make my dream wedding came true. I mean look at all the fresh flowers! The whole house smells sooooo good even after 3 days since we got married. How thoughtful Nas is, he then added two handbouquet, one for pejabat kadi and one for the home photoshoot. The cake wasn’t on our itinerary but Nas pulled it off by buying one so we could have memorable shot as shown in the last picture. To future brides out there, you should definitely consider @munstara.event as part of your wedding plans. Trust me, you will love everything about their touch.

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

IKLAN

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

“Safiq adalah seorang lelaki yang sangat penyabar. Sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya lebih sayang padanya.

 

Soal bosan dalam perhubungan yang lama tak pernah timbul kerana saya dan pasangan mempunyai minat dan kerjaya yang berlainan. Jadi, kami jarang meluangkan masa bersama sebaliknya berjumpa sekiranya mempunyai aktiviti-aktiviti riadah seperti berbasikal, makan bersama rakan-rakan dan keluarga dan selebihnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier masing-masing,” kata Azra.

 

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri
Appreciation post: @tehfirdaus It’s a rare thing to find someone as attentive, humble, kind and soft spoken as Firdaus. Especially when the brand has been established and well-known by many. Met Firdaus for the consultation and tell him I want a simple clean cut kurung so I can wear it again on a special occasion in future. He sketch it on a piece of paper and suggested a few things to be added on the fabric. After a long process of going back and forth to his boutique, alhamdulillah my kurung and headpiece/veil all came together in the most beautiful ensemble on the day and turned out even better than I anticipated Thank you Firdaus, for making my day so memorable! My baju kurung looked absolutely stunning and till this day, I just want to put it back on and do it all over again!

 

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

Di mata Safiq, Azra dilihat wanita yang cukup sempurna…

IKLAN

 

“Azra ialah seorang yang sangat memahami dan bertoleransi dengan saya. Saya mempunyai kerjaya yang sangat ‘time consuming’ serta sentiasa memerlukan saya on standby mode. Ini yang membuatkan saya jarang dapat meluangkan masa dengan dia terutamanya pada waktu hujung minggu seperti pasangan lain.

 

Walaupun begitu, dia tetap cuba faham dan bersikap positif. Wanita yang kita tahu, sentiasa mahukan ‘attention’ untuk dia ceritakan hal kerja, peribadi dan sebagainya tapi dengan Azra ia satu perkara yang istimewa yang memang saya tak akan jumpa dengan orang lain. Itu yang membuatkan saya sayangkan dia.” Ujar Safiq.

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri
Appreciation post: @_azizulazman We just want to say how happy we are with his work. He made everything so easy – before, during and after the wedding. He has the ability to execute the session with warmth and kindness and yet still be attentive to detail Azizul has such an amazing talent for capturing moments both unique and timeless which is exactly what we wanted on our special day. It’s not the formal photos that remind you how great your day was – it’s the natural moments of fun, excitement, and love that are so important to be documented. Thank you so much Azizul & his assistant, for being such an important part of the start of our lives together.

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

 

Untuk menjalani perhubungan yang positif, cubalah elakkan perkara-perkara ini:

 

  1. Tidak mengongkong pasangan anda.
  2. Kurangkan pertemuan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kerana masih tiada ikatan.
  3. Elakkan berkongsi masalah di media sosial.
  4. Jangan berselindung atau berahsia, jujur dan berterus terang pada pasangan.
  5. Tidak membezakan pasangan anda dengan orang lain.
Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri
Appreciation post: @azni.hadi If I could give her 6 stars I would, because Azni was an absolute dream to deal with from the start to finish. She’s like the perfect antidote to wedding day anxiety. From the second she walked in my room, it was like she sprinkled fairy-dust on everything she touched, making it beautiful, and calming our energies. She really knows how to accentuate your best features so you look like your best self on your special day. I feel so honored to have shared the day with you, Azni. Of course your make-up skills are superb, allowing everyone’s natural beauty to shine through.

Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum  Sah Jadi Suami Isteri

Semoga pasangan ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah Safiq dan Azra!

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI